Nama pelakon, Datin Maria Farida memang tidak asing lagi dalam industri seni tempatan. Bukan sahaja sentiasa tampil dengan kualiti lakonan yang mantap, nama beliau juga sering meniti di bibir ramai dek kerana wajahnya yang sentiasa awet muda.
Walaupun sudah berusia 52 tahun, pelakon filem MySpy ini tetap kelihatan menawan dan pandai menjaga tubuh serta kecantikannya sehingga sering disangka jauh lebih muda daripada usianya yang sebenar.
Terbaharu, wanita berdarah kacukan Filipina-Melayu ini telah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi fotonya mengenakan hijab bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini.
Ramadhan Kareem.. As you fast and offer prayers to Allah, may you find your peace and happiness… ❤️
Tampil ayu dengan lilitan selendang berwarna merah jambu, ramai pengikut laman instagramnya yang memberikan pujian terhadap gayanya yang anggun itu.
Memang cantik sungguhkan Datin Maria Farida ni! Tidak pernah mengambil apa-apa suntikan kecantikan, beliau lebih gemar mengamalkan rutin pemakanan yang sihat serta tidur yang cukup untuk kekal menawan.
Jadi, kalau anda juga mahu tampil awet muda sepertinya, minumlah air kosong secukupnya setiap hari dan tinggalkanlah segala makanan yang tidak berkhasiat. Barulah lawa!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Kak Sarah Janji Nak Nyanyi Untuk Wedding’- Uqasha Senrose Sebak Terkenang Memori
Pagi ini kita dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi pujaan ramai, allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin akibat wabak covid-19.
Biarpun hanya mengenalinya sebagai seorang figura anak seni, ramai rakyat Malaysia yang terkesan dan tersentuh hati dengan khabar duka ini seolah-olah sudah lama mengenalinya secara peribadi.
Berkongsi di laman instagram, pelakon Uqasha Senrose turut sebak kerana teringatkan permintaannya yang mahukan arwah menyanyi di hari bahagianya nanti.
arwah seorang yg sangat-sangat baik .. Allah sayang akak .. 😢 .. im gonna miss you kak sarah … alfatihah
Innalillahhiwainnalillahirajiun .. salam tahizah kepada abang @shuibsepahtu dan anak2 .. Ya allah berita yg sgt mengejutkan , kaksarah 😢 .. arwah orang yang sangat2 baik .. ya allah its hard for me to accept this . kaksarah janji nk nyanyi untk wedding sha 😢😢😢😢 … subahanallah semoga rohNya di tempat kan digolongan yang beriman amin amin amin .. youll be missed kaksarah .. Alfatihah 😢
Pastinya banyak amalan baik yang dilakukan oleh arwah sehinggakan ramai yang mendoakan dan merindui dirinya. Sungguh, pemergianmu dicemburi ramai Sarah. Moga syurga buatmu, InsyaAllah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Istimewa potongan surah At-Taubah dibaca Elcah, satu-satunya surah tidak dimulai kalimah bismillah
Program #Quranhour adalah satu aktiviti yang sangat murni terutama dalam mendidik masyarakat hari ini untuk terus mencintai, berinteraksi dan mendekatkan diri dengan Al-Quran.
Ramadan lalu telah dianjurkan program Malaysia#QuranHour untuk kali ketiga di mana menyatukan hampir 5 ribu peserta di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya Jun lalu.
Kemuncak program ini nanti adalah World#QuranHour yang akan diadakan pada 9 Zulhijjah 1438H serentak seluruh dunia dan kali ini sambutannya di sini adalah di UIAM dan juga Dataran Merdeka sempena 31 Ogos nanti.
Hari ini sahaja, telah diadakan acara Climb For #QuranHourdi mana memperlihatkan ikon Rumah Ngaji, Datuk Rosyam Nor bersama 20 wakil media tempatan memanjat 2200 anak tangga Menara Kuala Lumpur dengan membawa senakhah al-Quran sebagai simbolik program World #QuranHour, jalur gemilang dan panji World #QuranHour.
Hijabista turut tidak ketinggalan menyokong majlis ilmu ini dan antaranya adalah dengan bekerjasama dengan beberapa personaliti media sosial untuk menyokong kempen #Quranhour.
Ketika sesi fotografi untuk melengkapkan isi kandungan yang lalu, Hijabista sempat berkongsi bacaan ayat suci Al-Quran dengan Insta-Famous popular Elcah.
Walaupun masih muda, namun blogger popular ini tidak ketinggalan menyokong program ini dengan membaca salah satu potongan Surah At-Taubah.
Ketika ditanya mengapa memilih potongan Surah At-Taubah ayat 128 ini, Elcah memberitahu ibunya ada mengajar surah itu kepadanya untuk dijadikan sebagai pendinding.
Menurur Editor Kanan Karya Bestari Kumpulan Media Karangkraf, Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil, surah ini banyak menceritakan tentang pengampunan yang Maha Pencipta. Surah ini juga dianggap begitu istimewa kerana satu-satunya surah yang tidak dimulai dengan Bismillahirrahmaniarrahim.
Begitu juga bagaimana ia diturunkan iaitu selepas berlakunya perang Tabuk pada tahun 9 Hijrah.
Satu lagi mengenai surah ini ialah membicarakan tentang pernyataan Allah kepada kaum Muslimin dalam memerangi golongan kuffar secara menyeluruh.
Jom sama-sama kita dengarkan bacaan surah ini dari Elcah.
p/s: Bacaan ayat Al-Quran oleh Elcah, ini adalah sempena menyokong kempen World #QuranHour yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Ustaz Mohamad Amiro yang turut menyokong video ini dan berkata mudah-mudahan memberi semangat kepada orang lain untuk turut mengaji. Salah silap sedikit itu adalah biasa dalam bacaan dan jika sudah belajar, insya-Allah sebutan akan semakin lancar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
BPN Bukan Duit Joli, Suami Mesti Beri Sebahagian Duit Untuk Nafkah Anak & Isteri
Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada
golongan B40 dan M40.
Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup.Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Bantuan ini diberikan dengan tujuan meringankan beban isi rumah di samping boleh digunakan untuk membeli keperluan sara hidup. Namun ada kisah di sebalik bantuan ini.
Ikuti perkongsian Fahmi Ramli yang merupakan Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam. Beliau banyak berkongsi tentang hal ehwal wanita dan kekeluargaan Islam di Mahkamah Syariah.
BAPA ZALIM GUNA BPN SENDIRI, NAFKAH ANAK TERABAI
Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 ini, kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang mana kebanyakan rakyat akan menerima bantuan tunai bagi menjalani tempoh ini di rumah. Saya percaya ramai rakyat Malaysia yang masih ingat tentang pengumuman PM kisah Mak Cik Kiah bukan?
Ada seorang ibu yang menanggung anaknya namun masih dalam proses perceraian di Mahkamah bertanya kepada saya, apa tindakan dia boleh lakukan dan apa hukum bagi seorang bapa yang menerima duit BPN, tapi satu sen pun tak dihulur atau diberi kepada ibu yang menjaga anaknya.
Bila ditanyakan kepada si bapa kenapa tidak beri, katanya dia nak beli keperluan dirinya dan keluarganya. Jadi, memandangkan anak tiada dengan si bapa, maka disuruhnya si ibu dan keluarga ibu yang tanggung keperluan makan minumnya.
SIAPA PERLU TANGGUNG NAFKAH ANAK SEMASA PKP?
Walaupun anak mungkin tidak berada di bawah jagaan bapa, nafkah anak masih WAJIB diberi oleh si bapa. Kalau bapa tidak boleh beri nafkah, keluarga si bapa perlu tanggungnya.
ADAKAH DUIT BPN BOLEH DIKIRA NAFKAH DAN WAJIB DIBERI KEPADA TANGGUNGAN?
Pada saya, duit BPN yang diberikan oleh kerajaan dimasukkan kepada bapa hanya sebagai PERANTARAAN memandangkan bapa adalah ketua keluarga. Berbeza bagi ibu tunggal yang mungkin sudah disahkan bercerai.
Tapi bagi mereka yang belum lagi bercerai, sepatutnya duit tersebut kalau si bapa yang menerima duit BPN atau apa-apa bantuan lain semasa PKP ini mestilah memberikan sebahagian daripada duit bantuan tersebut untuk Nafkah Anak dan Isteri. Ini WAJIB.
ADAKAH BOLEH DITUNTUT DI MAHKAMAH SYARIAH?
Saya percaya jika sekiranya bapa tidak memberi sebahagian daripada duit BPN kepada tanggungannya, ia mungkin TIDAK BOLEH dituntut di Mahkamah Syariah. Hanya tunggakan nafkah sahaja boleh dituntut iaitu selepas didapati bapa culas atau gagal selepas diperintahkan Mahkamah untuk membayar nafkah melalui perintah.
JIKA TIDAK ADA PERINTAH NAFKAH ANAK?
Penjaga anak tersebut boleh menuntut nafkah anak di Mahkamah Syariah selepas PKP. Cuma untuk tempoh ini, apa yang boleh dibuat adalah bincang dengan baik supaya nafkah untuk anak tidak terabai kalaupun si suami enggan beri kepada isterinya.
JIKA ADA PERINTAH TAPI BAPA INGKAR?
Ibu perlu catat berapa jumlah tunggakan dan selepas PKP perlu menuntut tunggakan nafkah tersebut di Mahkamah Syariah. ia tetap dikira sebagai hutang kepada si anak. Sama ada tuntutan tersebut dibuat melalui Peguam Syarie ataupun melalui Bahagian Sokongan Keluarga (BSK).
KESIMPULAN
Nafkah anak adalah tanggungjawab penuh bapa dan keluarga bapa. Memang dalam tempoh PKP ini mungkin ada yang tidak kerja, tiada pendapatan atau mungkin dibuang kerja. Tetapi harus diingat, apa-apa peruntukan dan sumbangan yang diberikan kepada ketua keluarga, perlu diagihkan kepada tanggungannya juga seperi isteri dan anak-anak.
Jangan fikir perut kita sahaja, fikirkan tentang nasib anak kita yang juga perlukan bantuan tersebut. Bapa zalim namanya tu.
Sedekah terbaik, adalah sedekah kepada Ahli Keluarga.
Sumber kredit: Fahmi Ramli
DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.
http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI