Semenjak ditubuhkan pada Mei 2014, jenama mewah dUCk seringkali menjadi penanda aras bagi kaum wanita di luar sana terutamanya yang memakai hijab untuk tampil moden, bergaya, mahal dan eksklusif. Sehingga hari ini, jenama dUCk sudahpun mencipta fenomenanya sendiri dan secara tidak langsung menubuhkan komunitinya yang digelar sebagai dUCkies!
Baru-baru ini, jenama dUCk melancarkan sebuah koleksi yang direka khas untuk kaum wanita tampil bergaya kala bersenam dan melakukan aktiviti lasak. The Sporty dUCk Collection merupakan sebuah koleksi yang wajib dimiliki terutamanya kepada golongan wanita berhijab yang ingin merasai keselesaan dan mewah sewaktu bersenam. Kali ini, secara eksklusif, Majalah Hijabista menemu bual Mira M. Rozi, Ketua Bahagian Produk dUCk, berkongsikan tentang keunikan dan keistimewaan koleksi terbaru ini.
Inspirasi Di Sebalik The Sporty dUCk Collection
Berbicara mengenai sumber inspirasi koleksi terbaru ini, Mira M. Rozi atau lebih mesra dengan panggilan Mira menyatakan bahawa koleksi ini memfokuskan kepada elemen ‘modest fashion’ yang memberi kepelbagaian dan kemudahan kepada kaum wanita yang berhijab apabila bersukan. Ia merangkumi pelbagai aspek termasuklah gaya yang lebih moden, stylish, mesra pengguna dan masih menutupi aurat.
“Dengan adanya kemajuan teknologi canggih, kami di dUCk inginkan kaum wanita yang berhijab di luar sana tampil yakin dan bangga dengan diri mereka saat melakukan senaman apabila menyarungkan helaian dari koleksi ‘The Sporty dUCk’ ini. Kita dapat lihat di pasaran hari ini, secara amnya, pelbagai jenis rekaan sukan untuk wanita ditawarkan namun masih tidak memberi keselesaan dan kepuasan kepada mereka. Ada rekaan yang bajunya terlalu pendek, potongan seluarnya sedikit ketat, tudungnya tidak patuh syariah untuk disarungkan dan juga agak ketat di bahagian muka. Jadi, masalah-masalah ini menyebabkan mereka berasa tidak yakin untuk bersukan dan mengurangkan motivasi untuk kekal aktif dan sihat. Lantas, kami hadir dengan menghasilkan sebuah rekaan yang memahami kehendak para wanita yang berhijab di luar sana,” kongsinya.
Ads
Unik Dengan Pelbagai Saiz
The Sporty dUCk Collection merupakan sebuah koleksi terbaru yang mengambil masa selama setahun untuk mempersiapkan keseluruhan koleksi termasuklah dari pemilihan rekaan, jenis fabrik, penggunaan teknologi canggih pada fabrik serta pemilihan warna yang sesuai digayakan oleh kaum wanita. Menurut Mira, koleksi ini hadir dengan rekaan Ready-to-Wear, tiga jenis rekaan tudung yang berbeza serta dua rekaan inner yang semestinya memberikan kepuasan kepada mereka yang menyarungkannya.
Istimewanya mengenai rekaan Ready-to-Wear, ia bukan sahaja kelihatan moden, stylish dan juga mewah, malah jenama ini meraikan kepelbagaian saiz yang hadir dengan tujuh saiz berbeza, bermula dari XS, S, M, L, XL, XXL dan XXXL. Malahan, penggunaan teknologi yang digunakan untuk menghasilkan rekaan ini amat sesuai dengan pelbagai jenis potongan saiz badan.
Bagi rekaan tudung pula, ia dihasilkan dengan tiga rekaan berbeza iaitu Active, Dynamic dan Leisure. Manakala, bagi produk inner pula, dua rekaan utama iaitu Boost Inner dan Headband memberi kepelbagaian dalam gaya bersukan.
“Koleksi ‘The Sporty dUCk’ ini khas untuk kaum wanita terutamanya yang berhijab. Dihasilkan untuk mereka yang sudah berkahwin atau masih bujang, rekaan ini tampil dengan variasi rekaan menarik daripada rekaan baju, seluar, leggings, tudung dan juga inner. Setiap rekaan tudung memiliki keunikannya tersendiri dan bagi inner pula, dengan adanya kemajuan teknologi canggih, ia amat sesuai digayakan biarpun sesorang itu bersaiz besar dan juga untuk mereka yang tidak berhijab. Konklusinya, koleksi ‘The Sporty dUCk’ meraikan para wanita di luar sana yang aktif bersukan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat, yang ingin tampil kelihatan bergaya, mewah, moden dan paling penting,penuh berkeyakinan!,” ulas Mira mengenai keunikan koleksi ini.
Ads
Fabrik Dari Bahan Istimewa
Menggunakan sumber kopi sebagai bahan utama dalam penghasilan fabrik bagi koleksi ini, ia menjadikan ia mat istimewa kerana bukan sahaja mampu untuk menghilangkan bau peluh dan busuk ketika atau selepas bersenam, malah ia juga bersifat mudah kering yang memberi keselesaan kepada si pemakai.
Tidak hanya bernokhtah di situ sahaja, tambah Mira lagi, fabrik yang digunakan untuk menghasilkan setiap rekaan dalam koleksi ini mempunyai kuasa untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang dapat mengelakkan kulit dari terbakar dan menerima kesan buruk dari pancaran sinaran UV. Secara tidak langsung, ia memberi rasa dingin dan sejuk buat si pemakai untuk terus lincah aktif melakukan senaman harian.
“Apa yang menjadikan koleksi ini istimewa dan berbeza dari jenama luar ialah kami melakukan kajian yang mendalam untuk memahami masalah dan kekangan kaum wanita berhijab di luar sana untuk melakukan senaman. Oleh itu, selepas proses uji kaji dilakukan, kami yakin bahawa koleksi ‘The Sporty dUCk’ jawapan tepat kepada mereka untuk menjadikan ia sebagai pakaian asas untuk bersenam dan juga melakukan aktiviti harian seperti membeli-belah, keluar berjumpa rakan-rakan dan menariknya, ia juga kelihatan ‘presentable’ untuk anda mengayakan di pejabat.
Oleh itu, saya sarankan untuk kaum wanita di luar sana mencuba dan menyarungkan rekaan eksklusif dari The Sporty dUCk Collection ini bagi merasai keunikan dan perbezaan yang ada pada setiap helaian dan merasai lima elemen utama dalam koleksi ini iaitu stylish, flexibel, cool, functional fabric and premiere!,” kongsi Mira menutupi ruang bicara sesi temu ramah ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hijab warna coklat memang membuat anda tampil tenang dan sejuk. Biar tampil maksima tanpa terkesan kusam dan tetap cantik natural, berikut beberapa cadangan warna lipstik yang sesuai apabila anda menyarungkan hijab berwarna colat natural supaya tidak kelihatan pucat dan kusam:
1. Mauve
Ingin tampil mature dengan hijab warna coklat? Anda boleh menggilap lipstik warna mauve yang elegan! Dengan tone warna ungu tanah, lipstik warna mauve ini sesuai untuk menyeimbangkan hijab coklat susu anda.
2. Merah bata
Tak ingin tampil menjolok dengan lipstik warna merah terang, anda boleh memilih warna terracotta ataupun merah bata ini. Sesuai untuk pelbagai warna kulit, lipstik merah bata memberikan kesan edgy untuk keseluruhan tampilan anda bersama hijab warna coklat susu.
3. Coral
Tampil segar dengan lipstik berwarna coral yang sesuai menyeimbangkan hijab coklat susu yang anda pilih. Kesepaduan warna ini buat anda tampak tenang dan sejuk, tetapi tidak memberikan kesan pucat mahupun kusam pada wajah.
4. Burgundy
Untuk penampilan yang lebih bold, anda boleh memilih lipstik warna burgundi atau maroon. Sesuai untuk solekan majlis di malam hari, gabungan hijab coklat susu dengan lipstik warna burgundi ini buat anda tampil anggun mempesona.
5. Jingga
Warna jingga terang juga boleh jadi pilihan warna lipstik yang sesuai digabungkan dengan hijab coklat susu. Gabungan lipstik jingga dan hijab coklat susu ini buat wajah anda semakin segar dan tidak kusam, sehingga penampilan cantik secara semulajadi persis gadis Korea.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pengalaman beg ditoreh dan dihalau di ‘airport’ bukanlah calang-calang dugaan buat suami isteri yang bercuti ke luar negara. Lebih mendebarkan apabila pernah terpisah lebih lima jam di stesen keretapi berkelajuan tinggi di Singapura.
Tidak dapat dinafikan suami isteri yang bercuti bersama akan dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dalam rumah tangga. Dalam setahun luangkan beberapa kali masa untuk bercuti bersama.
Bagi blogger Bella Idura aktiviti bercuti bersama suaminya, Mohd Firdaus bukan sahaja memberikan satu pengalaman baru buat dia dan suaminya tetapi juga dalam masa yang sama mengeratkan lagi hubungan mereka berdua.
Percutian bersama mengeratkan hubungan suami isteri apabila kami berkerjasama dan berbincang untuk membuat sesuatu keputusan. Ini kerana percutian kami selama ini tidak pernah melalui mana-mana travel agency. Semuanya diaturkan sendiri.
Selalunya saya yang akan menyusun itinerary dan bajet, suami pula akan lebih berusaha bila sampai di destinasi untuk mengikut itinerary dan menyusun masa bila tiba disana. Dengan kerjasama ini, kebanyakan destinasi kami di luar negara akan berjaya mengikut itinerary yang disusun.
PENGALAMAN MENDEBARKAN
Sepanjang bercuti bersama, banyak kali juga alami pengalaman yang mendebarkan antaranya hampir terlepas flight ke Krabi dan Hongkong. Semasa di Singapura kami terpisah selama lebih lima jam ketika mahu menaiki kereta api laju.
Suami sempat menaiki kereta api tetapi Bella tidak sempat dan menyebabkan Bella tertinggal dengan hanya kamera di tangan. Suami merayau-rayau mencari Bella di semua stesen sehinggakan ditangkap polis Singapura. Akhirnya polis tersebut membantu suami mencari Bella dengan membuat pengumuman di semua stesen.
Sesat bersama ketika menaiki bot di Bangkok! Kami berada di dalam bot sehingga malam dan penjaga tiket bot tersebut sangat kurang ajar dan menghalau kami kerana ia adalah perjalanan bot yang terakhir.
Pemandu bot berhentikan kami di satu kawasan yang sangat sunyi seperti kuil. Nasib kami baik kerana pemandu bot tersebut sangat baik telah menghubungi bot lain yang melalui kawasan kami untuk menumpangkan kami ke stesen keretapi terdekat.
Beg kami ditoreh semasa di airport Macau kerana ada losyen di dalamnya, walaupun losyen itu kurang dari 100 ml. Tidak setakat itu, kami tidak ke kaunter “verification id” kerana Bella kurang mengkaji tentang sistem imigresen di Macau, menyebabkan kami hampir dihalau oleh imigeresen Macau.
Sedangkan waktu itu kapal terbang hanya 100 meter di depan kami! Sekali lagi kami bernasib baik kerana pekerja AirAsia bersama-sama merayu supaya melepaskan kami masuk.
Agak mengecewakan kerana sebelum kami ke kaunter yang terakhir kami terpaksa melalui 4 kaunter imigresen yang lain tetapi tidak seorang pun menahan kami menyebabkan kami rasa ia ok. Setelah melalui semua ini, kami lebih berhati-hati dan menjadikan ia pengajaran untuk perjalanan yang akan datang.
PENGALAMAN LUCU
Pengalaman lucu ialah ketika mencari jalan untuk ke sesuatu tempat. Kami akan bertengkar untuk menentukan langkah perjalanan kami seterusnya walaupun ada peta ditangan. Tapi bila kami sampai ke destinasi yang kami nak tuju, kami akan ketawa mengingatkan siapa yang betul dan siapa yang salah.
TIP PASANGAN SUAMI ISTERI YANG INGIN BERCUTI BERSAMA
*Buatlah tempahan tiket penerbangan awal untuk mendapatkan harga tiket yang lebih murah kerana ia akan menjimatkan banyak kos percutiaan kita.
*Pastikan itinerary disusun mengikut kesesuaian kita bukan amazing race untuk sampai ke semua tempat.
*Pastikan bajet cukup sehingga hari terakhir perjalanan.
*Kaji tahap keselamatan, cuaca, budaya, mata wang yang digunakan, tempat makanan halal dan belajar sedikit bahasa sebelum sampai ke sebuah negara baru.
*Persetujuaan bersama amat penting. Jadi berbincanglah untuk membuat apa sahaja keputusan bagi memastikan perjalanan kita lebih seronok dan bermakna.
Sumber: Bella Idura
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kata orang jika seseorang itu dilahirkan cantik selain kurniaan dari Tuhan, juga melihat dari sudut keturunan. Dalam erti kata lain kecantikan wajah mereka adalah kerana mewarisi ketampanan si ayah atau kecantikan ibu mereka. Seperti beberapa selebriti kita yang dilahirkan cantik dan santun seperti Wany Hasrita atau Mira Filzah.
Ayuh kita lihat beberapa selebriti dan juga personaliti yang mewarisi ayah atau ibu mereka sendiri. Bukan sahaja cantik, tetapi mereka ini juga bijak dan santun orangnya hasil didikan keluarga mereka.
Malah mereka juga tidak segan untuk muat turun di laman instagram bersama insan cukup istimewa ini sambil meluahkan kata-kata penghargaan memiliki ibu/ayah tersayang.
Maklumlah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ada yang seiras dan ada juga yang kelihatan seperti seorang adik dan kakak.
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...