Pengalaman Baru Menakjubkan Gunakan 5 pancaindera Anda Dengan Koleksi Terbaharu Naelofar

Share

Jenama hijab yan tidak perlu diperkenalkan lagi, Naelofar Hijab yang diterajui oleh selebriti terkenal Neelofa. 1 Oktober pelancaran butik berkonsep terbaharu Naelofar Hijab di One Utama Malaysia.

Tahun yang agak sukar meneruskan perniagaan, namun jenama ini terus kukuh membuka butik berkonsep terbaharu. Aqif adik kepada selebriti ini dan selaku Pengarah Urusan Naelofar Hijab adalah individu yang bertanggungjawab dalam penjenamaan Naelofar yang menyuntik hala tuju baru yang lebih moden dan segar.

Ruang depan butik berkonsep Naelofar di One Utama menarik perhatian pengunjung pusat membeli belah itu.

Strategi Berbeza Ketika Pendemik Covid 19

Aqif, selaku CEO Naelofar

Ketika rakyat Malaysia menghadapi pendemik covid 19, jenama Naelofar mengembangkan sayapnya bukan sahaja mengeluarkan pelbagai koleksi hijab malahan mengeluarkan pakaian sedia pakai RTW atas penjenamaan ini.

Mengimbau Kembali penubuhan syarikat ini, Neelofa sendiri akui, sebuah syarikat yang diterajui ahli keluarga pada asalnya hanya mempunyai kakitangan seramai 3 orang dan hanya berlokasi di rumah teres kini mempunyai 50 kakitangan dan 4 butik.

Pembukaan butik berkonsep terbaharu Naelofar bersempena ulangtahun ke 6, memberi pengalaman berbeza yang mengutamakan pelanggan. Rekaan butik dari segi warna dan perletakan memberi daya tarikan dan sudah pasti selesa untuk membeli-belah. Harapan Aqif pada pembukaan rasmi bukti, jenama Naelofar menjadi jenama terbaik untuk ‘modest fashion’ khas untuk hijabi.

‘Lalia’ Koleksi Sempena Ulangtahun ke 6

Alami keunikan pengalaman baharu yang menakjubkan dengan koleksi ini melalui 5 pacaindera. Hijabista sendiri mengalami pengalaman yang indah memasuki butik yang menenangkan ini.

‘Lalia’ koleksi terbaharu Naelofar sempena ulangtahun ke 6

Mendengar perkhabaran berkembangnya peniagaan di mana sebuah jenama yang sentiasa meletakkan sasaran untuk hijabi moden yang tiada limit untuk terus berfesyen. Merasakan satu pengalaman yang indah, anda akan terus teruja memasuki butik ini dengan haruman yang menyegarkan dan warna-warna kelembutan. Bahkan perasaan itu akan tetap kekal apabila anda membelek koleksi terbaharu ‘Lalia’.

Ayu Selebriti Mengayakan Koleksi Terbaharu

‘Lalia’ yang direka khas mempunyai 4 warna berbeza iaitu LALIA – medium dark red magenta, LALIA – light cream, LALIA – pale powder blue dan LALIA – darkest navy blue  yang digayakan sendiri oleh Neelofa pada majlis perasmian butik terbaharu di One Utama dengan harga hanya RM99. Keindahan bunga tulip yang menghiasi rekaan ini menurut kumpulan kreatif Nealofar sendiri, ia mengambarkan kelembutan dan kecantikan pengasas jenama ini iaitu Neelofa sendiri.

Ternyata apabila beberapa selebriti mengayakan koleksi terbaharu ini menampakkan keayuan seorang hijabi moden.

Hanna Delisha selebriti yang baru berhijab

Uyaina Arshad mengayakan warna bold

Makin ayu langsing dan ayu mengayakan Lalia powder blue

Tya Ariffin tampil sederhana namun tampak ayu

Perancangan Koleksi Tahun Hadapan

Tren kolabrasi bersama salah seorang pereka terkenal di tanah air adalah dalam perancangan jenama ini di tahun hadapan. Menerima pelbagai tawaran, selebriti ini masih meletakkan status ini masih di peringkat perbincangan.

Datin Kartini, seorang ibu yang sentiasa bersama dengan jenama Naelofar.

Sering mengayakan pakaian dan aksesori berjenama antarabagsa, Neelofa juga mempunyai impian untuk berkolabrasi dengan jenama-jenama tersebut sekiranya berpeluang. Naelofar telah terjual sebanyak 10 juta helai termasuk tudung, inner dan sejadah beberapa tahun yang lepas adalah bukti satu jenama yang kukuh dan insyallah terus kekal di pasaran.

Pembukaan butik berkonsep yang pertama ini, Aqif mensasarkan Naelofar terus ke peringkat global di masa akan datang dengan merancang membuka beberapa lagi butik berkonsep di tanah air mahupun di luar negara. Strategi meletakkan butik Naelofar bergantung pada permintaan dan di mana tumpuan ramai pengguna jenama ini.

Published by
SH