Jenama Pakaian Muslimah Faraalya Lari Dari Kebiasaan, Koleksi Raya Jamin Keselesaan Begaya

Share

Menutup aurat, sopan tapi elegen merupakan antara perkara yang amat dititik beratkan oleh jenama FARAHALYA bagi memenuhi citarasa kebanyakan wanita Muslim hari ini.

Sebagai sebuah jenama baharu, FARAHALYA tidak menoleh kebelakang lagi untuk terus memberikan keselesaan kepada kaum wanita yang mementingkan gaya dan rekaan menarik dalam kehidupan penuh kemodenan.

Menepati Ciri-ciri Muslimah

Pengasas FARAHALYA, Datin Hamizan Puteh mengeluarkan pakaian ini berdasarkan dari pengalaman beliau sendiri di mana beliau agak susah untuk mendapatkan pakaian yang berfesyen tapi menepati ciri-ciri Muslimah.

“Saya amat minat berfesyen tapi apa yang saya dapati dipasaran agak payah untuk mendapatkan pakaian yang menepati citarasa saya iaitu sopan.

“Jadi saya fikir kenapa tidak saya sendiri yang mengeluarkan jenama pakaian sendiri. Setidaknya saya tahu apa yang dimahukan oleh golongan wanita, ” kata Datin Hamizan.

Menariknya, beliau tidak tergopoh-gapah dalam mengeluarkan rekaan sendiri sebaliknya sudah melakukan kajian dalam masa setahun untuk ‘menyelami’ sendiri apa yang sebenarnya dimahukan oleh kebanyakan wanita.

“Alhamdulillah, saya beruntung mendapat pasukan yang banyak membantu sejak awal lagi sehingga terbinanya jenama FARAHALYA ini dipasaran,” tambah Datin Hamizan lagi.

Buka Perniagaan Untuk Masa Depan Anak

Fabrik ‘japanese cotton’ selesa dan sesuai dengan cuaca di Malaysia

Nama FARAHALYA sebenarnya diambil daripada nama anak sulungnya yang kini sedang menuntut di Australia. Sepatutnya dia akan berada sekali meraikan pelancaran koleksi ini namun disebabkan pandemik Covid19, dia tidak dapat menghadirikan diri.

Setiap keluaran pakaian FARAHALYA adalah amat terhad kuantitinya kerana dunia fesyen amat cepat berubah. Untuk design yang pertama dinamakan ZYZAH sempena dengan nama ibunya. Design ini mempunyai lima (5) pilihan warna dan empat (4) size iaitu S, X, M dan XL.

“Buat masa ini pihak kami hanya menjalankan perniagaan dalam talian sahaja menggunakan website www.farahalya.com dan juga Instagram @farahalya_hq memandangkan medium ini adalah kaedah yang terbaik pada ketika ini.

Menolong ekonomi negara

Koleksi ini hanya keluar 1,000 helai sahaja bagi setiap rekaan dan merancang untuk mengeluarkan rekaan yang baru setiap dua atau tiga bulan sekali bergantung kepada permintaan.

“Untuk design ZYZAH ini pihak kami menggunakan tukang jahit tempatan dan secara tidak langsung dapat membantu mereka untuk menjana ekonomi dalam keadaan pendemik ini,” tambahnya lagi.

Sebenarnya Datin Hamizan bukanlah orang baharu dalam dunia pernigaan sebaliknya sudah berpengalaman luas dalam bidang fesyen dan mendapat sokongan daripada suami, ahli keluarga dan juga kakitangan yang setia selama ini bersama beliau.

Boleh digayakan dengan pelbagai gaya dan peringkat umur.

“Tanpa mereka saya tidak mampu untuk melaksanakan semua ini. Terima kasih kepada suami, anak-anak kerana memahami kesibukan saya sejak dari hujung tahun lepas lagi untuk jenama FARAHALYA ini. Semoga FARAHALYA mampu bersaing dengan jenama besar yang lain,” katanya.

 

Published by
SH