Seni Warisan Batik Tarik Perhatian Hijabi, Koleksi Baharu Naelofar Memupuk Semangat Anak Malaysia

Share

Batik adalah sesuatu yang indah, setiap karya dibuat dengan teliti yang membuatnya layak dianggap sebagai karya seni. Tradisi yang berusia seratus tahun ini telah dihargai melalui dedikasi, kemahiran dan kepakaran oleh pencipta seni Batik yang sering tidak kelihatan dan tidak didengari.

Merdeka ini, Naelofar meraikan warisan seni Batik Malaysia melalui kerjasama artis Batik Malaysia, Rosliza Muhammad dari Lizza Creations Kelantan, untuk mencipta Koleksi Seindah Batik. Melalui kerjasama ini, Naelofar ingin mengajak para wanita untuk Go Far dan menyemarakkan semangat Anak Malaysia dengan membawa warisan tempatan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dalam dunia Malaysia.

ARTIKEL BERKENAAN: Seronok Terima Tudung Naelofar, Neelofa Sebak Lihat Elyana Terus Positif Melawan Kesakitannya

Karya seni pamerkan semangat Malaysia

Seindah Batik Shawll
Seindah Batik Square

Koleksi ini menampilkan dua bunga tempatan Malaysia iaitu Kenanga dan Cempaka. Ia merupakan sambutan unik tentang keindahan dan seni Batik yang disatukan dengan seni rekaan fesyen Naelofar, dengan setiap helaian dicipta semula secara digital daripada proses asal penciptaan Batik. Koleksi Batik Seindah diperbuat daripada karya seni reka bentuk yang rumit untuk mempamerkan semangat Malaysia dengan penuh kebanggaan semasa kita menyambut kemerdekaan yang ke-65 tahun bersama-sama.

Seindah Batik Kaftan Dress

Menariknya, Naelofar juga akan turut membuat hadiah percuma Kotak Seindah Batik melalui akaun Instagram @naelofar, @neelofa, @noorkartini dan @athishakhan kepada Naelofar Babes yang bertuah. Kotak Seindah Batik yang terhad untukmenyingkap kisah penciptaan dan koleksi yang hanya boleh didapati melalui acara di Instagram.

Seindah Batik Kaftan Top

Naelofar Babes boleh bersiap sedia dengan Batik Seindah Naelofar untuk menyambut hari kemerdekaan Malaysia. Koleksi penuh boleh didapati melalui laman web rasmi Naelofar, kedai runcit, dan stokis sah mulai 23 Jun 2022.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
SH