Kolar Baju Lama ‘Kembang Semangkuk’, Jangan Buang! Lelaki Ini Kongsi Cara Baikinya, Guna Dua Bahan Di Rumah Je

Share

T-shirt kegemaran dan sering di ‘lenjan’ ketika keluar, bahagian kolar lari bentuk hingga kembang semangkuk? Nak di buang sayang, sebab bahagian lain elok lagi!

Tambah lagi baju itulah terpaling selesa sekali untuk digayakan ketika ootd. Para hijabis mesti pernah ada pengalaman macam ni kan?

Jangan dibuang baju tu sis! Di sini Hijabista kongsikan bagaimana caranya anda boleh baiki kolar baju tu semula. Meski tak sesempurna seperti baru di beli di kedai, tapi boleh lah di selamatkan lagi.

Cuma Gunakan Dua Bahan ‘Ajaib’ Ni, Bentuk Kolar Baju Akan Kembali Terbentuk!

Tip ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Tik Tok menerusi akaun @Syafiq.art

@syafiq.art Tutorial fix leher tshirt yg kembang #tutorial ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Mesti anda tak sabar nak tau apa dia dua bahan ‘ajaib’ tu kan? Jangan risau tak perlukan kos pun sis! Guna je bahan-bahan yang ada di rumah anda.

Bahan-Bahan Baiki Kolar T-Shirt Kembang:

1. Seperiuk Air Panas Menggelegak
2. Gelang Getah

Dah sediakan dua bahan tersebut, pastikan anda ikuti langkah-langkah di bawah ini. Awas! Jangan derhaka dan tertinggal satu langgkah pun kalau tak nak tip yang diberikan ini gagal.

Hijabi hanya perlu ikuti lima langkah mudah yang disenaraikan ini, agar mendapat kesan yang paling efektif untuk mengembalikan semula kolar baju ke bentuk yang asal.

Artikel berkaitan: Baju Senang Sahaja Bau Hapak, Adakah Sebab Jemur Di Dalam Rumah?

Langkah 1

Pertama, anda perlu jerang air dalam periuk sehingga panas dan mendidih.

Langkah 2

Kedua, sementara menunggu air dijerang, ambil baju yang kolarnya sudah meregang dan ‘kembang semangkuk’ itu, ambil segelung getah dan ikatkan pada bahagian kolar baju yang sudah hilang bentuk itu.

Ikat mengikut cara yang ditunjukkan dalam video di atas.

 

Langkah 3

Ketiga, setelah air siap dimasak, rendamkan baju kedalam air panas yang baharu di masak itu, sehingga semua bahagian kolar baju yang berikat itu basah dan merata terkena air panas tersebut selama 3 hingga 4 minit.

Setelah direndam, keringkan sahaja baju tersebut dengan keadaan terikat, atau boleh juga jemur dibawah terik mentari sehingga kering.

Langkah 4

Keempat, setelah baju benar-benar kering boleh lah gosok bahagian kolar yang berkedut akibat cerutan getah tu, dan dipakai seperti biasa. Hasilnya pasti membuatkan anda puas hati, kerana bentuk kolar akan kembali seperti sediakala!

Sekadar info, pemakaian t-shirt sama secara kerap dan berulang kali boleh menjadi punca kepada masalah kolar t-shirt kembang, meskipun anda baru sahaja membeli t-shirt itu.

Kualiti kapas yang digunakan juga antara yang menjadi punca anda mengalami masalah sama, jadi sebelum membeli baju, pastikan dahulu kualiti kain dan peratusan kapas yang digunakan untuk membuat baju berkenaan.

Dah tahu cara dan tip penjagaan agar kolar baju tak kembang kan? Selamat mencuba!

Sumber: Tik Tok Syafiq.art

Artikel berkaitan: Bukan Main ‘Berdaki’ Lagi Kesan Peluh Di Kolar Baju Putih Ini, Perah Jus Lemon Confirm Hilang!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir