Isi Kandungan
ToggleT-shirt kegemaran dan sering di ‘lenjan’ ketika keluar, bahagian kolar lari bentuk hingga kembang semangkuk? Nak di buang sayang, sebab bahagian lain elok lagi!
Tambah lagi baju itulah terpaling selesa sekali untuk digayakan ketika ootd. Para hijabis mesti pernah ada pengalaman macam ni kan?
Jangan dibuang baju tu sis! Di sini Hijabista kongsikan bagaimana caranya anda boleh baiki kolar baju tu semula. Meski tak sesempurna seperti baru di beli di kedai, tapi boleh lah di selamatkan lagi.
Cuma Gunakan Dua Bahan ‘Ajaib’ Ni, Bentuk Kolar Baju Akan Kembali Terbentuk!
Tip ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Tik Tok menerusi akaun @Syafiq.art
@syafiq.art Tutorial fix leher tshirt yg kembang #tutorial ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Mesti anda tak sabar nak tau apa dia dua bahan ‘ajaib’ tu kan? Jangan risau tak perlukan kos pun sis! Guna je bahan-bahan yang ada di rumah anda.
Bahan-Bahan Baiki Kolar T-Shirt Kembang:
1. Seperiuk Air Panas Menggelegak
2. Gelang Getah
Dah sediakan dua bahan tersebut, pastikan anda ikuti langkah-langkah di bawah ini. Awas! Jangan derhaka dan tertinggal satu langgkah pun kalau tak nak tip yang diberikan ini gagal.
Hijabi hanya perlu ikuti lima langkah mudah yang disenaraikan ini, agar mendapat kesan yang paling efektif untuk mengembalikan semula kolar baju ke bentuk yang asal.
Artikel berkaitan: Baju Senang Sahaja Bau Hapak, Adakah Sebab Jemur Di Dalam Rumah?
Langkah 1
Pertama, anda perlu jerang air dalam periuk sehingga panas dan mendidih.
Langkah 2
Kedua, sementara menunggu air dijerang, ambil baju yang kolarnya sudah meregang dan ‘kembang semangkuk’ itu, ambil segelung getah dan ikatkan pada bahagian kolar baju yang sudah hilang bentuk itu.
Ikat mengikut cara yang ditunjukkan dalam video di atas.
Langkah 3
Ketiga, setelah air siap dimasak, rendamkan baju kedalam air panas yang baharu di masak itu, sehingga semua bahagian kolar baju yang berikat itu basah dan merata terkena air panas tersebut selama 3 hingga 4 minit.
Setelah direndam, keringkan sahaja baju tersebut dengan keadaan terikat, atau boleh juga jemur dibawah terik mentari sehingga kering.
Langkah 4
Keempat, setelah baju benar-benar kering boleh lah gosok bahagian kolar yang berkedut akibat cerutan getah tu, dan dipakai seperti biasa. Hasilnya pasti membuatkan anda puas hati, kerana bentuk kolar akan kembali seperti sediakala!
Sekadar info, pemakaian t-shirt sama secara kerap dan berulang kali boleh menjadi punca kepada masalah kolar t-shirt kembang, meskipun anda baru sahaja membeli t-shirt itu.
Kualiti kapas yang digunakan juga antara yang menjadi punca anda mengalami masalah sama, jadi sebelum membeli baju, pastikan dahulu kualiti kain dan peratusan kapas yang digunakan untuk membuat baju berkenaan.
Dah tahu cara dan tip penjagaan agar kolar baju tak kembang kan? Selamat mencuba!
Sumber: Tik Tok Syafiq.art
Artikel berkaitan: Bukan Main ‘Berdaki’ Lagi Kesan Peluh Di Kolar Baju Putih Ini, Perah Jus Lemon Confirm Hilang!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dah Gosok Gigi Tapi Mulut Masih Berbau Punca Pasangan Lari! Ini Tip Terbaik Untuk Atasinya!
Kecantikan itu tidak hanya memfokuskan kepada kulit wajah semata-mata. Malah, kecantikan yang mutlak terhasil daripada senyuman yang menawan. Gigi yang putih bersih tanpa sebarang bau yang kurang menyenangkan pastinya memberikan keseluruhan penampilan anda sempurna dan anggun!
Malah, ia mampu menambat hati pasangan serta menjamin keselesaan orang disekeliling kita. Ianya sedikit sebanyak menaikkan keyakinan diri kita untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Nak tahu tip terbaik untuk memiliki senyuman yang menarik dan menawan? Ikuti tip ini yang mampu memberikan gigi putih berseri.
Tukar Berus Gigi Dengan Kerap
Pastinya ramai yang ambil tahu tentang kebersihan berus gigi. Namun, masih ada juga sesetengah daripada kita yang tidak hiraukan tentang kebersihan berus gigi. Bagi yang menggunakan berus gigi biasa ataupun elektronik, anda harus menukar berus atau kepala berus sekurang-kurangnya setiap 2 atau 3 bulan. Ini dapat mengelakkan bakteria yang tidak diingini masuk ke dalam mulut. Dan pastikan berus yang digunakan serasi dengan bentuk gigi juga sama ada jenis lembut atau lebih tekstur pada jenis berus.
Bersihkan Lidah
Tidak hanya terhenti pada menggosok gigi sahaja, namun untuk memiliki senyuman yang menawan, bau mulut juga haruslah dielakkan. Nak tahu bagaimana cara terbaik? Gunakan pembersih lidah setiap pagi untuk membuang plak pada lidah. Cara ini membantu menyegarkan lagi nafas anda.
Gosok Gigi 2 Kali Sehari
Ramai yang buntu tentang kekerapan menggosok gigi dalam sehari. Ada yang menggosok sekali sehari dan ada juga yang menggosok setiap kali mandi. Tahukah anda, menggosok gigi selepas bangun dan sebelum tidur amat penting? Ini adalah kerana air liur (yang menghalang kaviti pada gigi) menjadi kering pada waktu malam. Ini menyebabkan gigi mudah terdedah kepada kerosakan. Malah, membersihkan gigi setiap pagi membantu mengurangkan bakteria, plak dan bau nafas busuk yang terbentuk sewaktu tidur.
Mulut Kekal Segar
Pernah tak anda menghadapi situasi dimana anda kurang yakin tentang bau mulut anda? Terutamanya apabila anda berada di depan khalayak ramai. Jangan risau! Untuk menguji bau nafas, anda hanya perlu menjilat belakang tapak tangan dan hidu air liur ketika ia masih basah. Jika mulut anda berbau, ini bermakna anda perlu mengambil gula-gula penyegar nafas. Malah anda juga boleh menggunakan ubat kumur bebas alkohol. Ubat kumur yang mengandungi terlalu banyak alkohol boleh mengeringkan tisu dalam mulut yang menyebabkan mulut lebih terdedah kepada bakteria.
Baca juga: Wajah Seperti ‘Badut’ Kerana Salah Cara Memakai Maskara, Cuba Lakukan Teknik Rahsia Yang Mudah Ini!
Gunakan Cecair Kumur
Untuk memastikan bau mulut anda sentiasa segar, kumur mulut anda dengan cecair kumur yang semestinya memberikan kesan yang berpanjangan. Sebaik sahaja anda menggosok gigi dan lidah. gunakan cecair ini dan kumur selama 5 minit. Mudah dan menjimatkan masa!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tren Mekap Ala Korea, 42 Himpunan Kosmetik Jenama Korea Terbaik Di Pasaran.
Isi Kandungan
ToggleKetika ini, kebanyakan dari anda sudah terbiasa dengan keajaiban produk perawatan kulit dari Korea. Mulai dari cleansing balm, toner, essence, ampoule, dan lainnya. Bukan Itu sahaja, para pakar di komuniti kecantikan Seoul pelbagai pilihan makeup Korea terbaik di pasaran yang menjadi dambaan hijabi.
Makeup artist Laneige, Cat Koh mengungkapkan bahawa tren ini tengah popular di kalangan artis Korea, contohnya Lee Sung Kyung. Bintang drama Korea About Time itu di beberapa penampilannya memang terlihat tidak pakai eyeliner.
Dia hanya menggunakan eyeshadow dan menambahkan glitter di matanya. Menurut Cat Koh, mekap tanpa eyeliner membuat tampilan mata lebih bersih dan segar. Cat Koh menambahkan lagi, tren kecantikan Korea adalah tentang warna-warna bold. Warna seperti biru dan ungu ultraviolet akan banyak diminati.
Bagi wanita Korea, produk cushion pun masih dicintai kerana memberikan hasil yang glowy. Lebihan kini semakin banyak produk mekap Korea yang menawarkan produk cushion yang memiliki coverage tinggi sehingga boleh menyamai foundation. Berikut 42 kosmetik Korea terbaik yang boleh anda gunakan untuk mempercantik diri.
1. PRIMER
VDL Lumilayer Primer
Salah satu primer terlaris yang berasal dari Korea adalah VDL Lumilayer Primer. Produk ini mengandung formula purple pearlescent yang berfungsi untuk mencerahkan kulit dan bersinar seperti kaca. Kamu boleh menyapukannya di seluruh atau mensasarkan titik tinggi di wajah sebelum mengabungkan dengan foundation di atasnya.
Innisfree No Sebum Blur Primer
Primer Korea pertama datang dari Innisfree. Produknya dilengkapi dengan bahan berkualiti tinggi seperti Jeju Green Complex untuk menyihatkan kulit dan Jeju Persimmon Extract yang kuat dalam mengecilkan pori. Seperti namanya, No Sebum Blur Primer akan memberikan efek blur dengan membuat tekstur wajah jadi lebih lembut dan cerah. Kandungan natural mint dan mineral di dalamnya juga mampu menjaga keseimbangan produksi minyak agar mekup tahan lebih lama.
Banila Co Prime Primer
Hadir dalam 3 varian, Banila Co Prime Primer tak hanya membuat mekap jadi lebih halus dan tahan lama, tapi juga menawarkan manfaat lain. Misalnya, varian hydrating untuk menutrisi kulit agar sentiasa lembab. Banila Co Prime Primer Classic untuk melembutkan dan menghindarkan wajah dari kilap dan yang terakhir varian Matte yang sesuai untuk kulit berminyak. Primer ini mampu mengawal produksi sebum khususnya pada area T-zone dan pipi.
Clio Pre-Step Egg Pore Primer
Salah satu produk unggul Clio ini juga punya fungsi lebih bukan sekadar menyamarkan pori-pori wajah dan membuat riasan jadi lebih halus. Tapi boleh membantu mengubati jerawat kerana kandungan tea tree di dalamnya. Clio Pre-Step Egg Pore Primer juga dilengkapi dengan sebum absorbing formula dan matte silica yang mampu menyerap kelebihan minyak dengan hasil akhir matte.
Missha Moist Layering Starter
Best seller dari Missha ini disebut-sebut sebagai primer ajaib. Dilengkapi dengan teknologi polyhydroblur, produk ini akan menyamarkan tampilan pori, membuat mekap tahan lama, dan menjadikan hasil riasan nampak flawless. Missha Moist Layering Starter juga mengandung 63 peratus ekstrak madu dan emas untuk melembabkan wajah dan membuatnya kelihatan glowing. Menarik bukan?
FOUNDATION
Tony Moly Double Cover Foundation SPF 30 PA+++
Selain koleksi Etude House, Tony Moly Double Cover Foundation SPF 30 PA+++ juga dituntut bertahan di wajah hingga 24 jam tanpa perlu touch up. Full coverage, foundation yang tahan lama ini mampu menutup pelbagai kekurangan di wajah. Hasilnya pun flawless dan tampak lembut.
Son & Park Skin Fit Foundation
Kalau anda ingin foundation stick, koleksi Son & Park ini boleh dicuba. Lebihan lagi, di tengah-tengahnya ada bahagian berwarna hijau yang boleh dipakai untuk menutupi kemerahan di wajah. Untuk formulanya tersendiri, foundation ini mempunyai sebum capture system yang mampu mengawal produksi minyak berlebih. Oh ya, produk ini juga dilengkapi dengan berus lembut yang akan mempermudah anda dalam aplikasikannya ke wajah.
Clio Kill Cover Stay Perfect Foundation
Foundation dari Clio ini mempunyai teknologi khusus yang mampu mengawal kadar minyak di wajah. Selain itu, di dalamnya mengandungi SPF 50 yang akan melindungi kulit dari efek buruk sinar UV. Yang penting lagi, Clio Kill Cover Stay Perfect Foundation mampu menyembunyikan pelbagai kekurangan di wajah seperti bekas jerawat, kemerahan, pori-pori, garis-garis halus dengan sempurna.
Laneige Water Glow Gel Foundation
Ingin tampil flawless seperti Lee Sung Kyung? Cuba Laneige Water Glow Gel Foundation sebagai asa solekan. Tersedia dalam empat warna pilihan, anda tidak perlu khuwatir salah membeli foundie yang sesuai dengan warna kulit kerana foundation ini memiliki teknologi micro optimum color powder yang boleh menyesuaikan dengan warna kulit saat diaplikasikan ke wajah. Laneige ini mengandung asid amino cover powder. Kandungan ini akan membuat kulit wajah tampak halus dan lembab ketika riasan semakin tebal. Teksturnya yang gel juga memiliki tingkat kelembaban hingga 70%.
Innisfree My Foundation 3.4
Raikan cahaya anda dari dalam dengan My Foundation 3.4 yang baru di innisfree. Asas ini memberikan liputan penuh menjadikan kulit anda bersinar sihat. Ini adalah asas cecair ringan yang meluncur ke wajah anda seperti kulit kedua, dengan selesa, meminimumkan penampilan pori-pori. Formulasinya tahan lama dan tahan pemindahan, menjadikan kulit anda kelihatan lembap dan tidak cakey sepanjang hari.
3. BB CREAM
Missha M Perfect Cover BB Cream SPF 42 PA+++
Kosmetik Korea terbaik selanjutnya adalah Missha M Perfect Cover BB Cream SPF 42 PA+++. Produk ini mampu meratakan warna kulit seperti asas yang lembap dengan konsistensi pelembap ringan pada waktu siang.
Dr.Jart+ Rejuvenating Beauty Balm Cream
Tidak hanya skincare, kamu juga bisa mencUba varian BB Cream dari Dr. Jart+ dengan formula anti-darkening sehingga tidak terjadi oksidasi. Selain itu, produk ini mempunyai konsistensi yang dapat membuat kulit menjadi lebih halus dengan hasil akhir flawless dan full coverage. Produk ini membuat kulit lebih mudah bernafas, tidak mengandungi paraben, serta formula hypoallergenic yang sesuai untuk kulit sensitif.
Holika Holika Aqua Petit Jelly BB Cream
Berbeza dengan produk BB Cream yang mempunyai konsistensi creamy atau cair, varian Holika Holika ini konsistensinya seperti jelly. Terdapat 80% kandungan Alaska glacier water serta vitamin yang boleh membuat kulit menjadi lebih sihat. Terasa ringan ketika diaplikasikan, BB cream yang ini memberikan hasil yang matte dan efek cooling juga calming, jadi terasa sangat ringan dan nyaman di kulit.
Secret Key Finish Up BB Cream
Ingin tekstur kulit menjadi lebih halus dan lembut? Cuba aplikasikan BB Cream yang dituntut dapat menyesuaikan juga menyatu dengan warna kulit. Kulit wajah terlihat natural serta cerah. Konsistensinya yang ringan serta mampu menutupi pori-pori dan masalah kulit. Tahan sepanjang hari, produk dari Secret Key ini juga tidak membuat kulit jadi iritasi.
The Face Shop Power Perfection BB Cream
Bukan hanya sebagai make up, produk ini juga mempunyai kandungan skincare yang dapat menutrisi kulit wajah. Kandungannya dituntut mampu untuk membuat kulit jadi lebih tegang, terhidrasi, dan juga memperbaiki kompleksi. Selain itu, ada pula manfaat untuk menutupi noda bekas jerawat serta mencegah penuaan.
4. CUSHION
Sulwhasoo Perfecting Cushion Intense
Perfect Cushion Intense merupakan cushion dengan kandungan anti-aging yang dapat memberikan tampilan kilau secara semula jadi kulit. Produk ini diformulasikan dengan ekstrak Red Pine yang dapat memberikan tampikan kulit tegang, ekstrak Plum Blossom yang dapat meremajakan kulit, dan Radiance Pearl Powder yang dapat mencerahkan kulit. Anda boleh mengatur coverage dari produk ini sesuai dengan keperluan.
Satu lapis untuk tampilan natural dan tambahkan lapisan pada area yang memerlukan coverage lebih. Meskipun diaplikasikan secara berlapis-lapis, foundation ini tidak menyebabkan cakey. Pilihan shade yang ditawarkan Sulwhasoo Perfecting Cushion Intense juga cukup beragam, terdiri dari tujuh shade, dari Pale Pink hingga Dark Beige. Foundation ini juga sudah dilengkapi dengan SPF 50+ yang dapat melindungi kulit dari kerosakan akibat sinar matahari.
COSRX Clear Fit Blemish Cushion
Clear Fit Blemish Cushion dari COSRX adalah foundation multifungsi berbentuk cushion yang memberikan manfaat dari skin care dan sun care sekaligus. Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit, khususnya untuk anda pemilik kulit sensitif, berminyak, dan acne-prone. COSRX Clear Fit Blemish Cushion dilengkapi dengan kandungan centella asicatica yang dapat menenangkan kulit, memberi hidrasi, membuat kulit cerah dan terlihat lebih muda, serta niacinamide yang memiliki sifat anti-aging dan skin-healing.
Selain itu, produk ini juga mengandung SPF 47 PA++ sebagai perlindungan kulit dari UVA dan UVB, tanpa meninggalkan whitecast. Coverage dari produk dengan kemasan semi-matte ini medium hingga full, anda hanya perlu sedikit produk sahaja untuk meratakan warna kulit. COSRX Clear Fit Blemish Cushion baru tersedia dalam dua shade iaitu #21 Light Beige dan #23 Natural Beige.
Age 20’s Essence Cover Pact
Berbeza dengan cushion Korea yang kita tahu setakat ini, produk ini adalah produk yang bebas daripada span. Sebaliknya, produk padat itu diisi dengan krim pembetulan kulit nipis yang terdiri daripada 71 peratus pati. Produk ini dilengkapi dengan bahan pelembap yang sangat cerah seperti ceramides, niacinamide, dan squalene.
Troiareuke A+ Cushion
Kosmetik Korea terbaik adalah Troiareuke A + Cushion. Produk ini memiliki lapisan matte yang bertahan hingga 10 jam dan mencegah kilap. Ekstrak daun centella asiatica, AKA cica, adalah bahan utamanya. Dikemas dengan antioksidan, produk ini memberikan dorongan antimikroba untuk menangkal jerawat dan memberikan manfaat anti-inflamasi.
Laneige BB Cushion Pore Control
Anda pemilik kulit berminyak, tetapi ingin menggunakan cushion mekap? Ini produk cushion Korea yang wajib anda cuba! Laneige BB Cushion Pore Control adalah BB cushion dengan two-step oil control system yang dapat membuat kulit anda terjaga kelembapannya dan terlihat matte sepanjang hari. Wajah yang cerah dan halus berkat kemampuan produk ini dalam membuat pori-pori wajah menjadi blur serta membuat warna kulit lebih merata. Tekstur dari produk ini tergolong ringan, sehingga kulit akan tetap terasa segar meskipun telah menggunakan mekup seharian. Varian shade dari Laneige BB Cushion Pore Control terbilang paling lengkap dibanding cushion Korea lainnya kerana produk ini tersedia dalam 12 shade.
5. POWDER
Skinfood Peach Cotton Multi Finish Powder
Produk ini merupakan finishing powder atau bedak yang digunakan setelah seluruh mekap anda sudah selesai. Skinfood Peach Cotton Multi Finish Powder tidak memiliki pigmen warna boleh digunakan oleh semua warna kulit. Bedak ini akan meratakan serta membuat complexion tahan lama dengan partikel calamine powder yang sangat halus. Uniknya lagi, bedak ini memiliki aroma peach yang menyegarkan.
April Skin Pink Magic Snow Cushion Powder
Kemasan pink dari April Skin ini pastin buat anda tidak tahan untuk segera membelinya. April Skin Pink Magic Snow Cushion Powder merupakan produk unik yang menggabungkan teknologi cushion dengan formula bedak padat. Bedak ini menggunakan teknologi Water Glacier Island, di mana partikel bedak ini dapat memberikan kelembaban ekstra. Cushion powder ini juga dilengkapi SPF 30++.
Nature Republic Pure Shine Powder Pact
Bedak padat dari jenama yang dikenali akan penggunaan bahan alaminya ini juga memproduksi bedak yang dituntut lembut dan tidak memberikan efek oksidasi. Dengan natural coated powder, Pure Shine Powder Pact ini dituntut dapat melembabkan sekaligus mencerahkan kulit. Terdapat dua pilihan warna pada bedak ini, iaitu Nude Beige dan Natural Beige.
Innisfree No Sebum Mineral Powder
Innisfree No Sebum Mineral powder adalah bedak mineral yang dirancang untuk mengawal produksi minyak berlebih yang menyebabkan jerawat. Bedak ini mengandung mineral alami dari pulau Jeju serta mint untuk menenangkan kulit berjerawat. Selain loose powder, Innisfree juga menyediakan No Sebum Mineral Powder bentuk compact. Sayangnya, Bedak ini masih mengandung fragrance sehingga tidak disarankan untuk digunakan jika kulit anda sensitif terhadap kandungannya.
Iope Perfect Skin Twin Pact
Brand terkenal dan boleh dikira sebagai pelopor trend cushion ini juga memiliki bedak yang boleh membuat kulit anda glowing dan kelihatan lebih muda. Iope Perfect Skin Twin Pact hadir dengan fitur instant radiant coverage yang membuat partikel bedak dapat memantulkan cahaya, hingga memberikan efek berkilau. Bedak ini juga diperkaya dengan Hyaluronic Acid, kulit akan tetap terasa lembab selama pemakaiannya.
6. CONCEALER
Nature Republic Botanical Concealer
Satu lagi, concealer dari Korea yang layak untuk anda cuba adalah Nature Republic Botanical Concealer yang memiliki 2 shade warna pilihan, iaitu light beige dan vanilla natural. Concealer dari Nature Republic ini dapat menutup noda hitam, mata panda dan bekas jerawat di wajah kamu dengan sempurna. Teksturnya yang cair akan memudahkan untuk mengaplikasikannya menutupi mata panda meskipun hanya dengan jari. Selain itu, concealer ini juga mengandung sebum control.
Luna Long Lasting Tip Concealer
Luna Long Lasting Tip Concealer jelas merupakan concealer yang terbukti sangat menakjubkan. Produk ini menggunakan bahan-bahan seperti pelembab vitamin E, chamomile yang menenangkan, dan krokot, yang berfungsi untuk menghaluskan dan mencerahkan.
The Face Shop Dual Veil Concealer
The Face Shop Dual Veil Concealer hadir dalam 3 shade warna yang akan melengkapi solekan anda, iaitu ivory beige, apricot beige dan natural beige. Concealer dari Korea ini merupakan dual concealer ertinya memiliki 2 bentuk yang berbeza dalam 1 kemasan, stick dan liquid. Untuk stick, boleh digunakan lebih detail untuk menutupi kekurangan-kekurangan di wajah anda dalam skala kecil (jerawat/bekas jerawat), manakala liquid concealer untuk menutupi kekurangan yang lebih besar (dark circle/mata panda).
Etude House Big Cover Cushion Concealer
Etude House Big Cover Cushion Concealer dengan SPF 30/PA++ hadir dalam 6 shade warna pilihan, iaitu beige, illuminate, mint, peach pink, sand, dan vanilla. Concealer dengan tekstur liquid ini dapat menutupi kekurangan seperti mata panda dengan sempurna dan bertahan seharian. Banyaknya pilihan shade warna akan memudahkan kamu menyesuaikan dengan warna kulit anda sehingga tidak terkesan berat walaupun bersolek seharian.
Witch’s Pouch Perfect Cover Concealer
Witch’s Pouch Perfect Cover Concealer adalah concealer yang mudah dibawa ke mana saja. Concealer ini memiliki bentuk kemasan auto stick dan terdiri dari 2 shade warna, light day beige dan natural day beige. Coverage dari concealer ini natural dan full coverage menjadikan wajah anda tampak lebih bersinar dan dewy.
7. Eye Pallete
3CE Multi Eye Color Palette in #Beach Muse
Salah satu stor kecantikan kegemaran yang wajib disinggah adalah 3CE. Salah satu produk yang menjadi kegilaan adalah Palet Multi Eye Color 3CE di #Beach Muse. Joan Kim, YouTuber kecantikan menyatakan bahawa ia sangat menyukai produk ini kerana warnanya yang tahan lama dan mengkilap.
Holika Holika Piece Matching Palette in 03 Flower Cake
Keempat warna dalam Holika Piece Matching Palette di 03 Flower Cake sangat praktis bahkan bagi mereka yang tidak mahir dalam merias mata. Sangat dicadangkan untuk anda yang ingin tampil cantik bak artis Korea.
Kaja – Beauty Bento
Untuk anda yang tidak hidup tanpa eyeshadow, produk ini mungkin ini cadangan yang tepat. Kombinasi matte dan shimmer yang berkilau menjadikan penampilan anda semakin sempurna dengan produk ini.
8. BLUSHER
3CE Mood Recipe Face Blush – Mono Pink
Untuk hasil solekanyang sempurna dan bebas minyak, perhatikan juga blush on yang kamu gunakan. Pilihlah blush on yang mengandung sebum powder seperti 3CE Mood Recipe Face Blush sehingga keringat dan minyak terserap dengan baik. Produk ini juga memiliki tekstur ringan dan tidak menggumpal pada satu titik. Dikemas dengan kemasan yang bulat dan mungil, produk ini sangat mudah dibawa kemana saja. Sayangnya, produk ini tidak dilengkapi dengan brush.
Peripera Ah Much Real My Cushion Blusher
Memiliki wajah yang sihat dan glowing juga boleh anda dapatkan dengan menggunakan blush on yang tepat. Sebagai pilihan, kamu boleh mencuba Peripera Ah Much Real My Cushion Blusher. Berbeza dengan blush on cushion lainnya, produk ini dikemas dalam bentuk botol. Setelah tutup botolnya dibuka, anda akan menemukan cushion yang empuk dan lembut. Ketika ingin menggunakannya, mudah sahaja hanya menekan tube dan blush on pun akan keluar. Produk ini juga tahan lama, terutama bagi kamu yang mudah berpeluh.
The Faceshop Hydro Cushion Blush
Mungkin anda sudah tidak asing dengan CC cushion, tapi bagaimana dengan blush on cushion? Jika anda suka dengan tekstur cushion, The Faceshop Hydro Cushion Blush ini perlu masuk dalam chart shopping mekap anda. Walaupun bertekstur cair seperti liquid blush on, warna yang dikeluarkan blush on ini akan tetap tampak semula jadi kerana diserap oleh cushionnya. Cara pemakaiannya juga lebih mudah, cukup menggunakan cushion puff dan tekapkan pada pipi secara perlahan.
Laneige Ideal Blush Duo – Juicy Rose
Kombinasi dua warna menarik dan cantik, cubalah menggunakan Laneige Ideal Blush Duo. Formula yang terkandung di dalamnya membuat blush on ini tahan lama di kulit. Blush on varian Juicy Rose ini juga dilengkapi dengan dua kombinasi warna pink dan coral yang sesuai digunakan bersamaan. Terdapat berus kecil berujung bulat sebagai aplikator yang memudahkan dalam mengaplikasikan Laneige Ideal Blush Duo.
9. LIP TINT
Innisfree Fruity Squeeze Tint
Fruity Squeeze Tint innisfree yang baru, tersedia dalam 9 warna terang, menambahkan cahaya lembapan yang bersinar. Sistem Lapisan Bersinarnya yang mempunyai kandungan kelembapan 30% lebih banyak mengandungi 10 minyak sayuran. Ia juga mengandungi ekstrak mutiara dan bahan-bahan yang menggebukan dan memperbaiki tekstur bibir kering dengan pengelupasan.
Fruity Squeeze Tint mengikat bibir anda, seolah-olah mereka dicelup dengan buah-buahan segar untuk penampilan yang tahan lama dan semula jadi. Ia mempunyai tekstur yang tidak melekit, licin, seperti cat air yang melekat di bibir dengan selesa walaupun dengan pelbagai aplikasi.
Clio Professional Virgin Kiss Tension Lip Oil Tint
Clio Professional Virgin Kiss Tension Lip Oil Tint wajib dicuba untuk permula. Lip tint dengan formula ringan ini boleh buat bibir anda kelihatan lebih sihat dan berwarna natural. Kandungan lip tint seperti safflower oil, rosehip oil, sea buckthorn oil, dan broage seed oil untuk menjaga bibir anda tetap lembap. Warnanya pigmented tapi tidak berat dan tidak meleket di bibir.
Apieu Water Light Tint
Lip tint ini memang mempunyai tekstur yang agak tebal seperti lip cream. Tetapi begitu disapukan di bibir, rasanya ringan seperti tidak memakai apa-apa. Lip tint ini hasil akhir glossy yang natural. Sesuai untuk melengkapi penampilan anda seharian. Kelebihan lip tint ini adalah waterproof dan transferproof sehingga bertahan lama di bibir anda. Diperbuat dari 41 bahan yang berbeza untuk menghasilkan lip tint berkualiti tinggi.
3CE Maison Kitsune Velvet Lip Tint
3CE Maison Kitsune Velvet Lip Tint ini punya tekstur lembut dan memberikan hasil akhir matte yang cantik. Bibir kelihatan mulus, mengisi celah bibir secara penuh, dan yang pastinya ringan seperti tiada pakai apa-apa. Aromanya juga natural, berus aplikatornya panjang dengan bentuk doe foot di hujung, mudah menjangkau sudut bibir untuk menghasilkan riasan bibir sempurna.
Mamonde Creamy Tint Squeeze Lip
Satu lagi lip tint ringan untuk melengkapi hari-hari anda. Mamonde Creamy Tint Squeeze Lip hadir dalam rekaan unik yang mirip krayon. Untuk memakainya anda tinggal menekan kemasannya dan mengeluarkan isinya secukupnya sahaja. Lip tint ini mengandung air mawar yang memberikan aroma wangi sekaligus menutrisi kulit bibir. Anda boleh menghasilkan ombre lip dengan lip tint ini. Keunggulan lain adalah warnanya yang semula jadi serta tahan lama.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pakar Diet Berkongsi Tips & Resipi Berinspirasi untuk Raya yang Lebih Sihat. Tak Sangka Semudah Ini!
Isi Kandungan
TogglePengambilan makanan yang tidak terkawal dan berlebihan boleh menyebabkan kenaikkan berat badan secara mendadak di musim perayaan ini. Ianya juga boleh meningkatkan risiko kepada penyakit kronik untuk jangka masa panjang. Oleh itu, adalah disarankan agar amalan pemakanan yang sihat semasa bulan Ramadhan boleh diteruskan di sepanjang bulan Syawal ini.
Perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun 2020 mungkin agak berbeza dari segi kemeriahan dan suasana memandangkan kita dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semua aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang biasa dilakukan perlu dihentikan bagi mencegah wabak COVID-19 merebak. Fasa PKP ini sebenarnya membuka peluang rakyat Malaysia untuk cuba memasak dan menyediakan makanan sendiri di rumah. Bagi Hari Raya ini, mungkin sudah ramai sedang merancang juadah Hari Raya yang boleh dimasak memandangkan kita semua tidak dapat pulang ke kampung.
Garis panduan yang boleh diamalkan
- Gunakan daging yang dibuang lemak dan ayam yang telah dibuang kulit.
- Gunakan susu rendah lemak
- Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut raya dan kek.
- Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam kuih-muih, kek dan puding.
- Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan kismis.
- Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil
- Pilih makanan yang sihat.
- Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut
- Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam
- Minum air kosong berbanding minuman berperisa seperti berkarbonat atau minuman yang manis-gula
Rancang menus sihat untuk tetamu
Perancangan menu untuk tetamu yang bakal hadir rumah juga hendaklah diberikan perhatian untuk memastikan keseimbangan pengambilan makanan dan penggunaan tenaga. Pelbagaikan menu dengan menyediakan pelbagai pilihan buah-buahan segar dan salad sayur-sayuran atau buah kering secara semulajadi seperti Kismis California untuk hidangan menu yang lebih sihat. Menu yang sihat adalah daripada kaedah masakan seperti bakar, panggang, kukus dan rebus.
Cadangan Pakar Pemakanan
Cik Nurul Aziah Musa, pakar pemakanan bertauliah berpendapat bahawa kismis adalah sejenis bahan yang sangat serba boleh digunakan di dapur. Ianya boleh digunakan dalam pelbagai sajian makanan pastri, manisan dan minuman. Kismis adalah sumber makanan segera yang mudah dan boleh menjimatkan masa untuk para ibu suri rumah & profesional yang mahukan kaedah cepat & mudah untuk membuat sendiri juadah makanan”
Sementara itu Cik Rushda Adiba Ismail, seorang pakar diet dari KPJ Damansara Hospital berkongsi “Ramai individu cuba mengurangkan pengambilan gula tetapi dalam masa yang sama ingin kekalkan rasa kemanisan biskut dan kuih raya. Sebagai alternatif, kismis boleh digunakan bagi menggantikan gula kerana ia manis secara semulajadi dan tiada gula tambahan”.
Rancang pemakanan harian anda mengikut panduan piramid makanan. Ini akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama anda. Oleh itu, anda harus menikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan pengambilan harian yang disarankan.
Resepi mudah berasaskan kismis boleh mengantikan gula dalam makanan
PUDING ROTI KISMIS CALIFORNIA DAN SOS KASTAD
(Resepi Nurul Aziah Musa)
Bahan-bahan Puding Roti
- 4 sudu besar Kismis California
- 2 sudu makan mentega dicairkan
- 8 keping roti sandwich
- 500 ml susu segar
- 3 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
Sos Kastard
- Susu segar 400 ml
- Air 50 ml
- 1 sudu makan gula perang
- 2 sudu makan tepung kastard
Cara Penyediaan Puding Roti
- Masukkan 500 ml susu segar dalam bekas
- Tambah 3 biji telur
- Masukkan mentega yang dicairkan
- Masukkan 1 sudu teh esen vanilla
- Kacau semua bahan yang dicampurkan sehingga sebati
- Carik, potong 8 keping roti sandwich dan tuang bahan yang dikacau tadi ke atas roti
- Biarkan selama 10 minit supaya adunan terendam sebati.
- Sapukan sedikit minyak pada loyang dan tuangkan adunan roti tadi
- Taburkan Kismis California
- Bakar selama 30 – 35minit, pada suhu 160 Celcius
Cara Penyediaan Sos Kastard
- Tuangkan susu segar
- Masukkan air
- Tambah gula
- Tambah tepung kastard dan kacau sebati untuk mengelakkan berketul
- Masa atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan tutup api
Puding roti dan sos kastard yang sejuk boleh dihidangkan sebagai snek minum petang yang sihat dan berkhasiat.
DADIH DENGAN SOS MANGGA DAN KISMIS CALIFORNIA
(Resepi Nurul Aziah Musa)
Sos Buah Mangga dan Kismis California
- 3 sudu besar Kismis California
- 1 biji mangga dipotong kiub
- ½ biji mangga puree
Bahan Dadih
- 2 cawan air
- 10 g serbuk agar-agar
- 1 litre susu segar
- 3 sudu makan gula perang
Cara Penyediaan Dadih
- Panaskan air dan masukkan serbuk agar2 hingga larut dan mendidih
- Masukkan susu segar dan gula
- Apabila sudah mendidih tutup api
- Letakkan di dalam bekas dan biarkan sejuk
- Masukkan ke dalam peti ais
Cara Penyediaan Sos Buah Mangga
- Kisar mangga hingga menjadi pureed
- Letak dalam bekas dan campurkan bersama mangga yang dipotong kuib
Dadih yang sudah mengeras dan sejuk sedia dihidangkan. Tuang sos mangga di atasnya bersama Kismis California. Sedap dinikmati sebagai juadah manisan yang sihat dan menggunakan manisan buah semulajadi.
Makanlah secara sihat dengan hidangan resepi sihat untuk anda mahupun tetamu yang dating. Kita jaga kita, mana tahu tetamu gemar dengan hidangan yang dihidangkan, jadi rakyat Malaysia akan kekal sihat bukan sahaja di hari perayaan malah dalam menjalani kehidupan seharian.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI