FIZIWOO satu jenama yang terkenal industri fesyen di Malaysia. Kerjasama antara LILIT. dan FIZIWOO menampilkan rekaan utama yang diterjemahkan kepada romantik moden, menjenamaan semula “cool edgy silhouette” untuk wanita yang yakin, kuat dan tersendiri.
“Kami sangat gembira dapat berkolabrasi dengan salah satu jenama fesyen yang terkenal untuk menghasilkan koleksi ini. Ini boleh dikatakan perkara yang terhebat yang terjadi pada industri fesyen tempatan pada tahun ini. Semua orang berpeluang untuk menggayakan koleksi WOO/FIZIWOO daripada skirt bercorak floral pleated sehingga kepada baju lengan panjang bloom puff yang menarik. Rekaan ini menunjukkan sisi sebenar koleksi ini, ini sudah semestinya menjadi buah mulut masyarakat.”, Min Luna pengarah kreatif LILIT.
FIZIWOO terkenal dengan struktur rekaan puffed sleeves, ruffles and peplums dimana mereka menjadikan ciptaan bertaraf antarabangsa kepada rekaan bercirikan tempatan. Selain mengutamakan rekaan untuk golongan ternama, FIZIWOO melahirkan WOO/FIZIWOO untuk pasaran mampu milik – ini bermaksud koleksi sedia pakai yang diperincikan dengan teknik dan rekaan couture. Paling menarik sekali adalah semua golongan berpeluang untuk menggayakan WOO/FIZIWOO.
“ Dengan adanya kolabrasi ini juga pereka terkenal ini, berharap semua golongan dapat memiliki baju jenama dan rekaan mereka. Fizi sendiri menangkas standard atau nama mereka tidak akan jatuh malah berbangga kerana koleksi ini boleh dipakai untuk kegunaan harian bukan untuk majlis-majlis tertentu atau golongan VIP sahaja.”
LILIT. X WOO/FIZIWOO merungkaikan rekaan romantik moden dengan cool edgy silhouette untuk wanita yang yakin, kuat dan tersendiri. Kerjasama ini adalah diantara cerita cinta – versi romantik dan klasik – diantara para wanita dengan pakaian mereka. Kisah yang bernilai untuk disatukan. Kisah cinta ini diterjemahkan kepada setiap rekaan pada koleksi ini, dimana LILIT dan WOO/FIZIWOO memberikan sentuhan hebat utuk setiap rekaan dengan memberikan tumpuan yang penting pada setiap proses rekaan koleksi ini
LILIT. Mengambil langkah berani dengan membawakan cetakan lembut kepada para peminat LILIT. dan turut memperkenalkan rekaan yang lebih segar, potongan one-for-all disertakan beberapa teknik seperti pleats dan cetakan. Pelbagai jenis rekaan untuk blaus, skirt, jumpers, dan seluar panjang, koleksi kerjasama LILIT. X WOO/FIZIWOO menampilkan koleksi pakaian wanita kontemperari bersama aura romantik moden yang menarik.
Hijabi yang bersaiz plus, usah gusar kerana rekaan ini didatangkan dengan saiz dari XS sehingga XXL pada harga yang mampu milik bermula dari RM99 sehingga RM199. Direka untuk para wanita untuk merasa yakin terhadap diri mereka. Silhouettes yang ayu dan beralun dengan perincian seperti leher tinggi cetakan floral dan pleats lembut, sementara warna pada palet dan cetakan adalah lembut dan elegan yang tidak pernah anda lihat sebelum ini. Dilancarkan secara eksklusif di butik FashionValet Publika, dalam talian dan aplikasi telefon bermula 28 januari 2020.