Dunia akan menjadi lebih baik sekiranya, manusia saling cakna terhadap kebajikan sesama manusia. Bantuan dihulurkan untuk membantu mereka yang memerlukan. Sikap memberi sesungguhnya menyucikan jiwa dan menjadi bekalan ke akhirat nanti.
Hijabista baru-baru ini berkesempatan menghadiri majlis amal penyerahan cek bernilai RM370’000 oleh Inteam kepada pertubuhan Peduli Insan bagi digunakan untuk kempen Musim Sejuk Syria Siri Kesepuluh.
Kolaboratif di antara kumpulan nasyid popular bersama pertubuhan tersebut memfokuskan untuk membantu masyarakat Syria menerusi dua inisiatif berbeza iaitu Selimut Kasih Syria dan Suapan Kasih Syria.
Menurut Hazimin yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Inteam, “Kami berjaya kumpul RM370’000 dalam masa lima bulan sahaja. Sepanjang tempoh kutipan diadakan kami melaksanakan pelbagai inisiatif seperti memanfaatkan media sosial dengan menghasilkan video-video menarik sepanjang Ramadan.
“Konsep video lakonan itu membawa nilai-nilai positif mengenai kempen itu. Secara tidak langsung menerusi hantaran yang dilakukan di media sosial telah mewujudkan kesedaran masyarakat untuk menyumbang.”
.
Melihat kepada kerjasama di antara Peduli Insan dan Inteam ini sebagai satu kolaboratif berjaya untuk kebaikan. Apabila ditanya kepada Pengerusi Peduli Insan, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan adakah pertubuhan itu akan melantik selebriti lain untuk kolaboratif akan datang, dia berkongsi, “Insyaallah kami mahu untuk bekerjasama dengan beberapa selebriti dan juga pemengaruh media sosial. Namun masih dalam peringkat perancangan lagi.”
Setiap sumbangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia akan dimanfaatkan untuk memberi bantuan kepada kira-kira 250,000 pelarian Syria. Bagi orang ramai yang ingin turut serta bersama-sama Peduli Insan dalam menjayakan misi Kempen Musim Sejuk Syria 2021/2022 boleh menyumbang ke:
Affin Islamic Bank : 105990045326
Nama pemegang akaun : Pertubuhan Peduli Insan Malaysia
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee