Sempena lebaran tahun ini, dua jenama fesyen tersohor iaitu Seth & Luna dan Shawlpublika melancarkan koleksi kolaborasi istimewa ‘Shawlpublika x Seth & Luna Slay-Sa Raya 2025’ yang menggabungkan gaya dan keselesaan. Ia turut menampilkan kelainan buat si pemakai.

Kolaborasi Istimewa Shawlpublika x Seth & Luna Slay-Sa Raya 2025 Cetus Kelainan
Kredit Foto: shawlpublika sethandluna_malaya

Koleksi ini adalah hasil pemerhatian mendalam terhadap kehendak kebanyakan wanita ketika berhari raya iaitu pakaian yang bergaya dan praktikal. Selalunya, pakaian yang disarungkan sepanjang hari mencetuskan rasa kurang selesa. Maka, tercetuslah koleksi Shawlpublika x Seth & Luna Slay-Sa Raya 2025 ini.

Kolaborasi Istimewa Shawlpublika x Seth & Luna Slay-Sa Raya 2025 Cetus Kelainan

Ramai yang memilih untuk menukar pakaian raya mereka kepada pakaian yang lebih praktikal bagi menyambut tetamu atau berkunjung ke rumah keluarga.

Ads

Kokeksi Shawlpublika x Seth & Luna ini menawarkan pakaian yang elegan dan mudah dipakai. Materialnya turut memberi keselesaan yang maksimum. Ciri utama yang menyerlah dalam koleksi ini terletak pada pemilihan material yang berkualiti tinggi.

Koleksi ini turut menggunakan fabrik premium seperti jacquard, crepe dan satin poli matte. Fabrik-fabrik ini terkenal dengan tekstur mewah dan kebolehnafasan yang tinggi menjadikannya satu pilihan ideal untuk iklim tropika Malaysia. Ia juga memastikan si pemakai sentiasa berasa selesa sepanjang hari beraya.
Kolaborasi Istimewa Shawlpublika x Seth & Luna Slay-Sa Raya 2025 Cetus Kelainan
Pada majlis pelancaran koleksi Shawlpublika x Seth & Luna Slay-Sa Raya 2025, turut diumumkan wajah koleksi ini ialah selebriti jelita, Scha Alyahya. Pemilihan Scha Alyahya adalah bersesuaian dengan ciri-ciri personalitinya yang anggun dan sofistikated.
Kolaborasi Istimewa Shawlpublika x Seth & Luna Slay-Sa Raya 2025 Cetus Kelainan
Scha Alyahya.

Sentuhan Moden

Mengambil inspirasi daripada baju kurung Kedah yang klasik, siluet dalam koleksi ini menggabungkan elemen tradisional dan moden seperti drape, flounce, dan flare. Butiran ini adalah interpretasi kepada konsep ringan dan selesa selaras dengan tema utama koleksi ini.

Ads

BACA JUGA: Anggun Dengan Gaun Merah Hati DATO’ SRI SITI NURHALIZA Dipuji Nampak Lebih Muda Tak Macam 46 Tahun!

Kolaborasi Istimewa Shawlpublika x Seth & Luna Slay-Sa Raya 2025 Cetus Kelainan

Kolaborasi Istimewa Shawlpublika x Seth & Luna Slay-Sa Raya 2025 Cetus Kelainan

Perjalanan Empat Bulan

Koleksi ini adalah hasil daripada lebih empat bulan perancangan. Setiap helaian dicipta dengan penuh teliti demi keselesaan si pemakai. Setiap item dalam koleksi ini pasti meninggalkan memori perayaan yang tidak dapat dilupakan.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAWLPUBLIKA (@shawlpublika)

Rasai Perbezaan

Koleksi ini bakal memikat hati penggemar fesyen dan peminat setia dua jenama ini. Koleksi ini juga eksklusif bukan hanya kerana reka bentuknya bahkan kualiti material yang premium sekaligus menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mencari gaya dan keselesaan pada musim perayaan ini.

Kolaborasi Istimewa Shawlpublika x Seth & Luna Slay-Sa Raya 2025 Cetus Kelainan

Koleksi Shawlpublika x Seth & Luna Slay-Sa Raya 2025 telah dilancarkan secara rasmi di laman web pada 31 Januari 2025. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal memiliki koleksi ini. Untuk maklumat lanjut layari https://www.shawlpublika.com/home

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI