Seperti yang kita ketahui, kerajaan tidak menggalakkan kita bercuti ke luar negara sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan lagi. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir yang tidak ambil peduli dengan saranan itu apatah lagi harga tiket penerbangan yang dijual murah pada saat itu. Kini, mereka kembali pula ke tanah air dengan risiko dijangkiti covid-19 sebagai kluster ‘oversea’.
Perkara ini turut diketengahkan oleh Dr. Mohd Afiq
di Facebooknya semalam. Katanya, sikap kluster ‘oversea’ ini sungguh berbeza jika dibandingkan dengan kluster tabligh yang lebih mudah memberikan kerjasama sebelum ini.kredit: facebook Mohd Afiq