HomeKerohanian“Kita Tidak Mungkin Bisa Menjadi Sempurna, Namun Cubalah Jadi Yang Lebih Baik”-...
“Kita Tidak Mungkin Bisa Menjadi Sempurna, Namun Cubalah Jadi Yang Lebih Baik”- Ernie Zakri Kongsi Pendapat Tentang Isu Tampil Sempurna Di Laman Sosial!
Laman sosial hari ini dilihat sebagai sebuah platform yang digunakan untuk pelbagai fungsi juga kepentingan setiap individu. Ada yang menjadikannya sebagai tiket akses untuk menambah kenalan, memajukan perniagaan, mengaut keuntungan dan tidak kurang juga, ada yang menjadikannya sebagai sebuah tempat untuk bercerita, berceloteh dan bergosip.Antara salah satu kelemahan yang wujud apabila menggunakan laman sosial ini apabila ia mudah menyebarkan fitnah, membina minda negatif serta membentuk peribadi seseorang itu menjadi individu yang mudah menilai orang lain, tanpa sebab asbab yang kukuh.
Maka, moleklah sekiranya jika kita menggunakan laman sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter juga Tiktok untuk kebaikan diri sendiri dan memberi kebaikan kepada orang lain. Berbicara soal laman sosial, ramai diantara kita yang ingin tampil sempurna sehinggalah memperjudikan diri mereka sendiri.
Oleh disebabkan taksub dengan pujian serta kata-kata positif dari pengguna laman sosial, ada yang sanggup berbelanja beratusan ribu ringgit sehingga berhutang hanya untuk tampil sempurna di laman sosial. Adakah ia berbaloi?
Mengulas lanjut mengenai isu ini, Majalah Hijabista secara eksklusif menemu bual penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri berkaitan isu tampil sempurna di laman sosial.
SEMPURNA DI LAMAN SOSIAL PERSPEKTIF ERNIE ZAKRI
Ads
Penyanyi yang baru sahaja melahirkan puteri sulungnya yang diberi nama Nur Khawla Soleha, menyatakan bahawa menjadi sempurna di laman sosial bukanlah perkara yang mudah. Malah, dia menyifatkan sebagai seorang manusia, definisi kesempurnaan itu amat mustahil untuk dicapai, namun ia bukanlah alasan untuk tidak menjadi yang lebih baik dari semalam.
“Menjadi sempurna di laman sosial ini saya kira begitu am dari sudut pengertiannya. Namun, apa yang pasti, kita sebagai manusia biasa pastinya tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan. Oleh itu, kita haruslah berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam semua perkara, di semua tempat termasuklah di laman sosial.”
Tambahnya lagi, sebagai pengguna laman sosial yang bijak, kita disarankan untuk menyebarkan nilai-nilai positif supaya dapat membentuk sebuah komuniti yang harmoni dan bertanggungjawab.
Ads
Oleh itu, kita haruslah berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam semua perkara, di semua tempat termasuklah di laman sosial.
“Berbaiklah dengan yang lain dan berilah komen dan kata-kata yang positif. Usah terlalu mudah untuk menghukum di laman sosial sehingga memberi kesan buruk kepada orang sekeliling. Elakkan dari menghujah kata-kata kesat, negatif, memaki-hamun juga mencaci. Kita tidak mungkin bisa menjadi sempurna, namun cubalah jadi yang lebih baik. Sesungguhnya, memberi kebaikan kepada orang lain merupakan sebuah amalan yang mulia dan harus dipraktikkan dalam kehidupan harian kita,” tegas Ernie mengenai isu ini.
Kita tidak mungkin bisa menjadi sempurna, namun cubalah jadi yang lebih baik.
Oleh itu, sempena meraikan bulan Ramadan yang mulia ini, ayuh kita jadikan platform laman sosial sebagai sebuah tempat yang bisa menyebarkan nilai-nilai murni dan positif yang bukan menjauhkan kita semua, malah lebih mendekatkan diri kita sebagai hamba-Nya. Semoga penulisan artikel ini memberi pengajaran kepada diri kita untuk sentiasa bijak menggunakan laman sosial pada hari ini!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ahamdulillah semalam terlerai segala teka-teki apabila penyanyi No 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza disahkan hamil anak sulungnya. Beliau yang mengucapkan syukur atas anugerah ‘agung’ ini setelah hampir 11 tahun menanti. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan membenarkan apa yang dihebohkan di media sosial baru-baru ini.
Heboh sebelum ini di laman sosial di mana sekeping gambar Datuk Siti yang mencemar duli menerima kunjunganKebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah di kediamannya seperti menampakkan ‘baby bump’.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah pada beliau dan ada yang membuat andaian, kandungan Siti kini sudah masuk 2 bulan.
Peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan Siti turut mendoakan kesejahteraannya yang ketika ini ditinggalkan suami tercinta, Datuk K yang mengerjakan ibadah haji di Mekah.
Biarpun pelbagai komen dan ucapan tahniah diberikan, namun tiada kenyataan balas dari Siti dan hanya membiarkan peminatnya bermain teka teki.
Walau apa pun, memang Siti nampak sedikit berisi tetapi beliau masih lagi cantik dan comel. Kalau betul penyanyi no 1 kini hamil, memang inilah dikatakan seri ibu mengandung.
Sebelum ini, Siti pernah hamil tetapi keguguran apabila usia kandungannya 2 bulan. Diharap kandungan kali ini akan membesar sihat dan Siti melalui frasa kehamilan hamil dengan penuh keseronokan.
Mendirikan rumah tangga pada 2006, mungkin inilah hadiah terindah sempena sambutan ulang tahun ke 11 mereka Ogos lalu.
Kalau Betul Foto-foto Inilah Bukti Dikatakan Seri Ibu Mengandung
Mulai 1 Jun 2019 yang lalu, hotel mewah yang penuh dengan ciri eksklusif dan urban iaitu citizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang Hotel telah dibuka untuk dikunjungi oleh semua.
Kewujudannya ini pasti membuatkan pengunjung berasa teruja untuk ke Bukit Bintang dan menjadi alasan utama mereka ke sana selain untuk membeli-belah.
Berada di lokasi yang stratergik, citizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang merupakan pilihan tepat untuk dikunjungi kerana semuanya ada di situ. Sebutlah apa sahaja jenis makanan, fesyen, street market dan lain-lain lagi, segalanya ada di Bukit Bintang.
Memberikan pengalaman hospitaliti lain daripada yang lain, inovasi di front-desk dan teknologi smart rooms pastinya memberikan pengalaman yang tidak boleh dilupakan kepada pengunjungnya.
Terdapat 210 bilik disediakan di situ, proses check-in/check out di kiosk yang hanya mengambil masa seminit memudahkan urusan pengunjung daripada terus beratur di kaunter receptionist.
Di lobinya juga terdapat ruang tamu designer yang menyediakan perabot Vitra yang sangat selesa, buku, ruang bekerja dan juga TV untuk tontonan anda. Ruang tamu di bilik hotel juga dihiasi dengan deko bercirikan Malaysia yang sememangnya sangat unik. Anda haruslah alaminya sendiri.
Hotel citizenM ini juga mengetengahkan karya hasil seni oleh artis tempatan dengan hasil ikonik dari serata dunia seperti Azizi Latiff and Afiq Faris.
Warna dan dekorasi hotel yang memukau dan mencuri tumpuan pastinya membuatkan ia lokasi yang sempurna dan menjadi sangat insta-worthy buat anda. Ambillah gambar sepuasnya di situ seperti mana yang anda mahukan!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini sebuah filem cerita rekaan pendek yang berdurasi 44 minit yang tular di laman sosial telah meraih perhatian ramai pihak kerana disyaki mempunyai unsur bertentangan dengan agama Islam dan dianggap mempermainkan agama hingga menjurus kepada pemesongan akidah.
Sehubungan itu, aktor kacak Fauzi Nawawi, merupakan antara penggiat seni yang lantang menyuarakan rasa tidak puas hati serta membantah keras penerbitan filem berjudul ‘Mentega Terbang’ yang dilabel sebagai menghina agama Islam.
Jangan Permainkan Agama, Tanpanya Hidup Tiada Hala Tuju!
Rasa terkilan dan kesal berkenaan, dimaklumkan Fauzi menerusi satu muatnaik hantaran pada laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Menerusi hantaran itu, Fauzi turut menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap penghasilan filem yang tidak sensitif seperti itu, hingga mengguris perasaan umat Islam di Malaysia.
“Sejahil mana pun kita, jangan permainkan agama. Tanpa agama hidup kita tiada tujuan.
“Harap sangat pihak yang bertanggungjawab ambil tindakan terhadap mereka yang melakukan ini.
“Ini soal akidah. Sedih sangat dengan bangsa sendiri,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran itu.
Menerusi hantaran sama, Fauzi turut menyeru dan menggesa agar pihak berkuasa JAKIM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membanteras isu seperti ini.
Netizen Puji Tindakan Fauzi, Lantang Bersuara Demi Membela Agama!
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran sama, Hijabista mendapati bahawa rata-rata wargamaya memuji tindakan Fauzi yang membela agama Islam dan turut menyokong agar pihak berkuasa segera menjalankan siasatan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil dan pihak tertentu di bawa ke muka pengadilan.
Berikut merupakan beberapa hantaran komen dari netizen yang berjaya mencuri perhatian Hijabista.
“Penerbit, penulis skrip Kafir! Pengarah? Saja buat konfius? Huhai agama kau sendiri kau buat main. Suka dan gelak team produksi kau,” kata netizen.
“Anak-anak sekarang mudah keliru dan terpengaruh. Mereka tak boleh bezakan. Kena banyak bagi penekanan bab akidah ni. Harap diambil tindakan serta iktibar dari hal-hal macam ni,” tulis warganet.
“Masyaallah tabarakallah abang.. suara kan lagi..supaya tiada lagi cerita-cerita macam ni keluar,” komen wargamaya.
Sekadar info, Mentega Terbang merupakan sebuah filem berdurasi pendek arahan Khairi Anwar, yang diterbitkan oleh Tan Meng Kheng telah mula ditayangkan menerusi platform penstriman berbayar Viu pada 19 Januari lalu.
Ia mengisahkan remaja Muslim bernama Aishah tertarik kepada agama yang mempercayai konsep kelahiran semula selepas kematian menjadi makhluk lain sebagai balasan.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...