Dewi Remaja kini kembali dengan kemunculan 16 finalis baru yang membawakan wajah-wajah baru dari setiap negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Kesemua 16 finalis berentap di dalam program ini bagi mengejar impian mereka untuk menjadi pemenang Dewi Remaja 2022 dan mengukir nama di dalam industri seni Malaysia. Namun, setelah 4 episod telah di tayangkan di saluran Astro Ria, ramai warganet membuat kecaman di atas posting berkenaan kesemua finalis Dewi Remaja di Facebook.
Eiman, 24, dan Hyeley, 23, peserta Dewi Remaja yang berhijab turut mebincangkan mengenai kritikan yang mereka terima apabila di soal mengenai kecaman dari warganet tentang gaya solekan yang mereka gayakan di dalam program tersebut.
Setiap pertandingan pasti ada tugasan dan juga tema yang tertentu bagi menentukan setiap peserta layak untuk kekal bertanding. Pihak produksi juga telah menyediakan cabaran dan juga tema bagi gaya peserta dewi remaja sekaligus untuk memadankan kepada konsep yang ingin ditampilkan di setiap episod.
“Diorang tak cakap pasal make up sahaja tapi cakap pasal paras rupa kitorang.” ujar Eiman. “And that were it came to my mind the beauty standard di Malaysia sangat tinggi” katanya lagi.
Konsep yang dibawakan oleh pihak produksi dan jurusolek cukup kreatif yang membuatkan segelintir warganet sukar untuk terima dengan idea tersebut.
Semua pihak turut memberikan yang terbaik dari setiap sudut tidak kisah solekan mahupun konsep yang dibawakan. Terpulang pada pendapat dan penerimaan masing-masing.
“Bagi Hyeley, pada peringkat masih baru dan hijau ini saya masih belajar dari segi semua sudut.” kata Hyeley berkenaan isu ini. “Kita tak mampu nak kawal sebenarnya jadi apa yang mampu kita lakukan adalah terima sahaja satu persatu.” balas Hyeley terhadap kritikan yang diterima.
Program Dewi Remaja juga telah berjaya melahirkan ramai selebriti tanah air yang cukup hebat seperti Aleeza Kasim, Juliana Banos, Scha Alyahya, Neelofa, Anzalna, Izara Aishah, Raysha Rizrose, SHaza Bae dan juga Anna Jobling.
Finalis Dewi Remaja 2022 menampilkan kepelbagaian dalam beauty standard untuk menunjukkan bahawa rupa paras bukan menjadi pilihan namun bakat yang harus di nilai.
Kedua-dua finalis dewi remaja itu agak kesal dengan pendapat yang disampaikan oleh warganet sehingga ada yang menghencap rupa paras segelintir peserta. Eiman dan Hyeley juga beranggapan bahawa itu hanya sekadar pendapat sahaja dan mereka perlu lebih fokus untuk terus memperbaiki diri.
Bagaimanapun, melihat semula komen di posting itu ada segelintir warganet yang yakin kesemua finalis dewi remaja 2022 ini cantik dan hanya gaya solekan yang membuatkan mereka tampak matang.
Semua orang boleh berikan pendapat dan ada idea tersendiri mengenai “beauty standard
” tapi siapa tahu mereka bakal menjadi seorang selebriti yang lebih hebat dari Scha Alyahya dan Neelofa.Ingin tahu lebih lanjut, saksikan Dewi Remaja 2022 ditayangkan di Astro Ria saluran 104 pada setiap Sabtu, jam 9 malam. Program ini dihoskan oleh pelakon Fikry Ibrahim.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.