
Pelakon, Memey Suhaiza berharap hubungannya bersama Abby Abadi akan sentiasa berada di bawah lindunganNya.
Biarpun Abby merupakan bekas isteri kepada suaminya, Norman Hakim, Memey tetap mengasihinya seperti ahli keluarga sendiri.
Berpakaian manis sedondon berona merah jambu, Memey telah memuat naik gambar mereka bersama di laman Instagram miliknya.
Hai org sebelah..
Kita syg awak tau @abby_abadi112
semoga ukhwah ni sentiasa dlm lindungan Allah..
Semoga yg terbaik utk kita semua & anak❤️Ps: mummy mama sebenarnya berangan nak bawa anak holiday klu pkpb habis.. jadi ni mummy berangan dulu🤣🤣 rasa2 dapat tak bln 12 ni?😆
Di ruang komen, ramai yang memuji kecantikan wajah mereka serta ada juga yang mengatakan muka mereka seiras seperti kembar.
Terdahulu, Memey telah bernikah dengan Norman pada 24 September 2011.
Mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim,7, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim,2.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
ABTAHA MAQSOOD Hijabi Pertama Di England Bergelar Atlet Kriket Antarabangsa

Abtaha Maqsood merupakan wanita Islam berhijab pertama di England yang menjadi atlet kriket antarabangsa. Kisahnya mencetuskan inspirasi sehingga muncul dalam sebuah siri televisyen kanak-kanak BBC membaca buku tentang hijab dalam Islam.

Dalam siri itu, Abtaha Maqsood membaca cerita bertajuk “Not Now, Noor!” ditulis oleh Farhana Islam dan Nabila Adani bagi episod CBeebies Bedtime Stories.
Aksinya membaca cerita tentang hijab disiarkan di BBC.

Kisah yang dibaca oleh Abtaha Maqsood ialah tentang seorang gadis muda bernama Noor yang tertanya-tanya mengapa wanita dalam keluarganya memakai tudung.
“Ini menunjukkan mengapa hijab sangat penting bagi kebanyakan wanita Islam,” kata Maqsood.
Menurut atlet kriket ini, hijab adalah tentang kesopanan dan identiti yang jelas sebagai seorang Muslim. Dia juga bangga menjadi seorang Muslim.
“Ini adalah mesej yang sangat baik dan manis untuk kanak-kanak,” katanya.

Sebab dia memilih cerita itu, Maqsood memberitahu The Mirror bahawa ia adalah cara mudah dan jujur untuk memberi gambaran sebenar cara memakai tudung dan maknanya kepada wanita Islam di luar sana. Cerita yang dibaca itu dapat menjawab persoalan kanak-kanak di samping sebagai hiburan.
Menurut Abtaha Maqsood lagi, kisah yang dibacanya menggambarkan pengalamannya sendiri dalam Islam. Dia memakai tudung sejak usia muda dan menjadi hijabi pertama bertanding dalam kejohanan kriket The Hundred pada 2021.

Dia juga wanita pertama berketurunan Pakistan bermain kriket antarabangsa untuk Scotland.
“Ia adalah satu pemikiran untuk memakai tudung untuk bermain kriket. Ia bukan penghalang dan saya akan terus melakukannya,” ungkap Abtaha Maqsood.
“Bertudung ketika bermain kriket di stadium besar seperti Edgbaston merupakan satu mesej penting kepada orang ramai bahawa tidak kira apa yang anda pakai, bagaimana rupanya, anda masih boleh melakukan apa sahaja yang dimahukan. Sekaligus merealisasikan impian anda,” sambungnya.

BACA JUGA: Digelar ‘Megatron’ MEGAWATI HANGESTRI Atlet Bola Tampar Berhijab Pertama Beraksi Di Liga Korea
BACA JUGA: KULSOOM ABDULLAH Atlet Angkat Berat Berhijab Pertama Dalam Sejarah Dunia


Jelas wanita berusia 24 tahun ini, dahulunya dia tidak ada role model wanita bertudung yang bermain sukan profesional di peringkat antarabangsa.
Justeru, kini dia berazam untuk menjadi role model kepada wanita-wanita di luar sana.

“Saya ingin memberi inspirasi kepada orang lain bahawa apa sahaja boleh dilakukan. Anda boleh menjadi Muslim dan menjadi pemain kriket, atau pemain bola sepak, atau apa sahaja,” kata Abtaha Maqsood.
Pada masa ini Abtaha Maqsood merupakan atlet kriket untuk pasukan Birmingham Phoenix, England. Kelab tempat dia bermain mencipta tudung sukan khas buat Abtaha Maqsood untuk keselesaannya ketika perlawanan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Diuji Pemergian Bapa Ke Alam Abadi, Bukan Halangan Graduan USM Ini Kekal Berjaya

Isi Kandungan
ToggleKehilangan insan tersayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Lebih-lebih lagi insan tersebut adalah ibu ataupun ayah kita sendiri. Mereka merupakan insan yang tiada galang-gantinya. Bayangkan, jika kita kehilangan mereka di saat terpenting dalam hidup.
Situasi ini merupakan apa yang dilalui oleh seorang graduan dari Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESOL) iaitu Syed Muhammad Afifi Syed Md Ridzuan.
Meskipun diuji dengan kehilangan bapa tercinta ketika sedang berjuang di tahun akhir pengajian, namun ia tetap tidak mematahkan semangatnya. Anak kelahiran Kuala Ketih Kedah ini bukan sahaja berjaya mendapatkan segulung ijazah, malah turut menerima Hadiah Pingat Emas Universiti Sains Malaysia (USM).
Artikel Berkaitan: Graduan Kejuruteraan Terjun Ke Dalam Bidang Content Creator, Hijabi Ini Bina Kerjaya Jual Sambal Acar Tapi..
“Didedikasikan buat arwah bapa”

Walaupun telah ‘diuji’, graduan ini mengatakan dia dan keluarga amat berbangga dengan pencapaian atas usaha kerasnya sepanjang empat tahun pengajian di USM.
“Meskipun diuji dengan kehilangan insan yang sentiasa mendorong saya untuk terus berjaya, akan tetapi saya menganggap ujian ini adalah pembakar semangat untuk saya capai ke tahap ini.
“Dan ijazah serta anugerah ini saya dedikasikan buat arwah bapa saya yang meninggal pada bulan Mei yang lalu,” katanya kepada Sinar Harian.
Dianugerahkan Hadiah Pingat Emas USM
Untuk pengetahuan anda, Hadiah Pingat Emas USM ini dianugerahkan kepada pelajar tahun akhir yang terbaik dalam segala lapangan bagi kategori “HEBAT USM”. HEBAT USM menekankan nilai H iaitu, E iaitu Entrepreneur, B iaitu Balance, A iaitu Articulate dan T iaitu Thinking yang perlu ada dalam diri setiap mahasiswa USM.
Ketika ditemubual oleh Sinar, graduan ini mengatakan dia tidak menyangka usahanya membuahkan hasil. Tidak hanya dari segi akademik, dia juga telah banyak memerah keringat dan melibatkan diri dari segi kokurikulum.
“Antara pencapaian dan sumbangan yang saya telah berikan adalah sebagai ahli USM Response Team sewaktu negara dan kampus mengalami pandemik Covid-19.
“Selain itu, saya juga pernah mengetuai projek sukarelawan membantu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40) serta memberi sumbangan ke Tabung Covid-19 USM,” ujarnya lagi.
Syed Muhammad Afifi sempat berpesan untuk tidak meratapi sesuatu pemergian serta redha dengan ketentuan Allah SWT. Sebaliknya, jadikan kehilangan tersebut sebagai dorongan untuk mencapai kejayaan.
“Jangan terlalu meratapi sesuatu pemergian, kerana hidup perlu diteruskan.
“Anggaplah setiap dugaan dan cabaran sebagai dorongan untuk capai lebih banyak kejayaan,” tambahnya.
Anak ketiga dari enam beradik ini juga berharap agar anugerah yang diterima menjadi contoh buat adik-adiknya yang lain di samping dapat mengubah nasib keluarga.
Artikel Berkaitan: Hadiah Buat Arwah Ayah, Graduan Politeknik Terima RM80 Ribu Lepas Cemerlang Dapat Anugerah Dekan
Sekadar info, Hadiah Pingat Emas USM ini telah disampaikan kepada graduan-graduan yang terlibat bersempena Majlis Perasmian Ekspo Konvokesyen (ConvEx USM) 2022 kali ke-60 serta telah disempurnakan oleh Pro-Canselor, Tan Sri Datuk Dr Zulkefli A.Hassan.
Sumber info dan gambar: Sinar Bestari
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebaris Artis Hollywood, Video GlamBOT Dari Yuna Raih Perhatian Dunia

Video penyanyi terkenal, Yuna beraksi di hadapan kamera GlamBOT di karpet merah Anugerah People’s Choice pada tahun lalu meraih perhatian ramai selepas dia memuat naiknya di Instagram dan juga Twitter.
Menurut Yuna, pengalaman itu sangat berharga buat dirinya apabila pengarah kelahiran Kanada, Cole Walliser memberikan peluang keemasan berkenaan.
“Cole mengorek semula video ini dan saya harus kongsikannya. Ini pengalaman GlamBOT yang julung kali buat saya di Anugerah People’s Choice.
“Saya sebenarnya sangat gementar tetapi Cole adalah orang yang begitu mesra. Ia menjadikannya lebih mudah dan GlamBOT itu sangat laju,” katanya.
View this post on InstagramA post shared by Y U N A (@yuna) on
Semestinya bukan calang-calang artis yang pernah dirakam oleh kamera GlamBOT seperti Ariana Grande, Billie Eilish, BTS, Shawn Mendes, Brad Pitt dan ramai lagi.
Perkongsian Yuna itu sekali gus menerima reaksi luar biasa bukan saja daripada peminat, malah rakan artis.
Ia mendapat lebih 550,000 tontonan dan lebih 2,000 komen di Instagram manakala mendapat lebih 8,000 ulang kicau dan 17,000 tanda suka di Twitter.
GlamBOT adalah rakaman menggunakan kamera berkelajuan tinggi untuk menghasilkan video gerak perlahan (slow motion). Ia kerap digunakan untuk merakam aksi khas buat selebriti ternama di Hollywood.
Menurut Cole, rakaman itu dibuat menggunakan pemegang kawalan kamera yang dinamakan BOLT. Mereka menyambungnya bersama kamera Phantom 4K Flex yang menggunakan lensa Leica Summilux.
View this post on InstagramGood time to reflect. Outfit from @loveclosely💕 Photo by @aliimam__
A post shared by Y U N A (@yuna) on
kredit: Harian Metro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI