‘Kita Sama-Sama Terus Perbaiki Diri Ok’- Reunion Kembali, Abby Abadi Titip Ucapan Indah Buat Elite

Share

Siapa tak kenal dengan kumpulan wanita popular Elite bukan? Sedar tak sedar, rupa-rupanya sudah 27 tahun kumpulan tersebut ditubuhkan.

Bertemu lagi dalam rakaman program televisyen baru-baru ini, Abby Abadi meluahkan rasa syukur apabila dapat berkumpul bersama rakan-rakan seperjuangannya itu setelah sekian lama tidak bersua.

Luah Abby, perangai masing-masing kekal sama dari dulu lagi dan semestinya memori lama bersama sebagai suatu kumpulan terimbau kembali apabila dapat berkumpul semula seperti dahulu.

“Alhamdullillah, Elite dapat berkumpul bersama harini utk Program Nona (Ulang tahun ke 38, TV3) Terima Kasih kerana sudi jemput Elite. Amat kami hargai 😍🙏🏻

“Sedar tak sedar dah 27 tahun dah Elite rupanya ya, syukur.. Bila ditanya tentang kenangan-kenangan dulu, alahai.. terkenang-kenang hehe..

“Perangai pun masih sama, ada sikit je berubahnya haha..

“Masih comel-comel semua hihi.. Masih sihat, masih gigih bekerja, masih boleh bersembang, beriang ria macam dulu kala ye..

“Apa pun jangan lupa, berterima kasih pada ALLAH untuk umur yang panjang ini sahabat-sahabat.

“Kita sama-sama terus berusaha perbaiki diri ok sayang-sayangku semua. Dah merasa semua kan? Jadi serah diri pada ALLAH untuk masa depan yang lebih baik ya . Bukan hanya untuk dunia, tapi untuk akhirat juga.

“Love U All Lillahi Taala. Dunia wal Akhirat,” luah Abby di laman Instagramnya.

Di ruangan komen, ramai netizen yang teruja apabila melihat kumpulan lagenda ini kembali berkumpul semula. Mereka juga turut mendoakan agar ukhwah persahabatan di antara mereka kekal selamanya hingga akhir hayat.

“❤️❤️❤️ Elite forever!! 😍

“Sekejap je masa berlalu kan..😅Tapi tetappppp cantik2 semua mcm dulu..😍

“Perghhhh lejen,” antara komen di laman instagram.

Buat pengetahuan semua, selain Abby, kumpulan Elite turut dianggotai oleh Azza, Watie, Sasha dan juga Linda.

Antara lagu popular mereka yang mendapat tempat di hati ramai adalah Tamparan Wanita, Trauma dan Manisnya Senyumanmu.

Published by
QIST