Kerohanian

“Kita Mudahkan Urusan Orang Lain, Allah Akan Mempermudah Urusan Kita..” – Wawa Zainal

Share

Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin meluahkan rasa syukur dengan kehidupanya kini dan memohon doa semua agar perniagaanya, dapat memberi manfaat sama kepada orang sekeliling.

Malah, suri hati kepada aktor kacak Aeril Zafrel ini juga mendedahkan bahawa hidupnya kini serba cukup dan sudah tiada apa lagi yang mahu dikejar di dunia. Tumpuan Wawa kini lebih terarah kepada mengejar melakukan amal soleh untuk persiapan menghadapi akhirat.

 

Tiada Apa Lagi Yang Dikejar Di Dunia Ini – Wawa Zainal

“Impian Wawa untuk ada kereta dan rumah, alhamdulillah dah tertunai. Hidup kalau mewah sangat pun Wawa takut sebab risau ada yang terkesan bila tengok lifestyle atau posting kita di media sosial. Wawa ada kereta ke apa bukan niat menunjuk.

“Kami start bisnes kecil-kecilan sekitar tahun 2017 dari situ dapat beli rumah agak besar dan tak percaya sampai mampu beli tanah lot banglo.”

“Wawa tak ada apa lagi benda nak kejar, dah ada segalanya. Alhamdulillah boleh beli apa je. Wawa nak staf Wawa hidup senang boleh beli kereta mereka nak, leaders dan resellers berterusan rezekinya.

“Orang bahagia, Wawa bahagia. Memang jujur cakap, alhamdulillah Wawa dah ada semuanya berkat doa orang. Jadi, masa untuk bantu orang pula,” ujar penerima Nona Online Entrepreneur Award pada Nona Superwoman Award 2022.

Ujian Masa Lalu, Pengalaman Berharga Untuk Terus Maju!

Enggan mendabik dada dengan kurniaan rezeki dari Ilahi, Wawa sentiasa berpijak di bumi nyata dan menjadikan ujian masa lalu sebagai panduan untuk terus melangkah maju mendalami selok-belok perniagaan.

“Waktu saya mula berniaga macam-macam dugaan terpaksa saya tempuh antaranya kena tipu dengan individu yang kononnya ada kilang OEM dan mereka mark-up sampai kami beli dengan harga yang sangat mahal. Paling terkesan, ratusan ribu ringgit duit kami ‘hangus’ begitu sahaja kerana terpedaya dengan orang tidak bertanggungjawab.

“Kami juga diuji apabila wujud pemikiran skeptikal segelintir pihak terhadap produk niaga artis yang dikatakan produk timbang kilo. Jadi, kami perlu meraih kepercayaan pelanggan yang bahawa produk Wawa Cosmetics ini berkualiti.

“InshaAllah Wawa Cosmetics akan mengecapi kejayaan demi kejayaan dengan doa dan restu. Bagi saya, ia sebenarnya berkait rapat dengan doa suami, keluarga dan amal jariah. Walau ada ketika kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tapi masih gagal, kena cari di mana silapnya. Mungkin kita ‘kekurangan’ dari segi rohani.

“Saya pun masih dalam proses memperbaiki diri dan buat benda yang boleh jadi magnet rezeki salah satunya dengan bersedekah serta buat kebaikan membantu orang dalam kesusahan. Saya percaya kebaikan ini akan memudahkan perjalanan kita. Apabila kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mempermudah urusan kita.”

Artikel berkaitan: Airmata Ibu Bapa Wawa Zainal Tumpah! Terima Hadiah ‘Rumah’, Kini Menetap Di Kuala Lumpur!

Tambah Wawa, dia sangat bersyukur kerana dikurniakan suami yang memahami dan sentiasa menyokong minat isteri.

“Semua wanita yang dapat sokongan sepenuhnya dari suami, bisnes mereka makin berkembang maju. Apa yang saya hendak sampaikan di sini ialah kejayaan ini adalah kerana sokongan daripada suami sendiri dan saya tidak pernah rasa ia milik saya seorang. Saya rasa kalau suami tiada di sisi, saya tidak akan sampai ke tahap ini.

Dialah tulang belakang saya. Kadang saya rasa sedih, dialah yang akan bagi semangat. Jangan ada perasaan bahawa duit bisnes yang dapat ini milik kita seorang. Jangan sesekali ada sekelumit pun perasaan terbeban itu. Sebaliknya, tanam perasaan yang duit itu adalah duit bersama dengan keluarga.

Bila ada perasaan negatif akan timbul rasa ego dan perasaan ego tersebut mendorong  untuk merendah-rendahkan suami. Bila ia terjadi, rezeki susah hendak berterusan. Kita kena anggap rezeki ini berkat doa suami dan saling berusaha,” jelansya.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.

Artikel berkaitan: ‘Anak Kembar’ Bakal Jadi Pelengkap Keluarga, Wawa Zainal Berhasrat Lakukan IVF!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Sumber Foto: Instagram Wawa Zainal

Published by
Haifa Nasir