Orang yang mudah memaafkan cenderung lebih bahagia dan memiliki kesihatan mental yang lebih baik.
Memaafkan bukan bermakna melupakan, tetapi memilih untuk melepaskan perasaan negatif. Sikap pemaaf dapat dipelajari dan dikembangkan melalui latihan empati dan perubahan perspektif.
Memaafkan memberi manfaat bagi diri sendiri, bukan hanya bagi orang yang dimaafkan. Orang pemaaf memiliki hubungan sosial yang lebih kuat dan harmoni.
Amalan Buang Sifat Dendam
Hijabista kongsikan nasihat bermanfaat daripada Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad tentang bagaimana untuk membuang sifat dendam dalam diri kita.
Beliau memuat naik video pesanan itu di platform media sosialnya baru-baru ini.
View this post on Instagram
“Kita banyak baggage kat belakang you all. You must learn to let go.
“Yang kita nak marah dengan orang ni, orang buat kita tanya kita pernah buat orang tak.
“Kita cuba tanya you pernah tak buat orang. Ingat.. ada, beri, dapat.
“Kalau orang buat tak baik, bererti kita memang pernah buat tak baik tapi kita lupa kejahatan kita.
“Kita lupa salah kita tapi kita ingat salah orang. Ini formula stress.
“Ingat salah kita, ingat baik orang. Lupa baik kita, lupa salah orang.
“Tulis, mulai hari ini aku akan lupakan semua kebaikanku. Aku lakukan, aku lupakan aku ikhlas insyaAllah aku buat kerana Allah.
“Aku akan ingat semua kebaikan orang padauk supaya aku akan bersyukur dan menghargai orang.
“Dan aku akan lupakan semua kesilapan orang supaya aku tidak ada dendam.
“Aku akan ingat kesilapamku supaya aku taubat. So kita constant taubat, hargai orang dan ikhlas.”
Untuk info, Datuk Prof Dr Muhaya telah melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk Ijazah Sarjana Muda Perubatan pada 1980-1985. Beliau kemudian melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Surgeri Oftalmologi UKM pada 1991.
Kemudian beliau ke National University of Singapore pada 1998 dan mendapatkan PhD dalam bidang Ocular Immunology di University London.
Datuk Prof Dr Muhaya kini aktif melakukan sesi motivasi di platform media sosialnya. Beliau sering mengingatkan kita untuk melakukan transformasi minda dari[ada negatif kepada positi, sentiasa bersangka baik dan berusaha untuk berubah ke arah kebaikan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI