Pada masa ini, kita boleh melihat pelbagai barang tiruan dijual di pasaran tidak kiralah di kedai mahupun di atas talian. Tidak terlepas daripada isu ini, pereka terkenal, Dato Jovian Mandagie turut menjadi mangsa apabila rekaan pelitup mukanya ditiru dan dijual dengan harga murah di pasaran.
Walau bagaimanapun, beliau bersikap positif dan tak mahu menyaman pihak yang tidak bertanggungjawab itu kerana faham pada situasi kini semua orang sedang berusaha untuk menyara kehidupan masing-masing.
Isu #JovianMask ditiru dan dijual merata-rata. Bukan taknak fight, tapi mungkin depa pun tengah susah nak cari income. Kita letgo aja lah case ni. Rezeki saya InsyaAllah banyak lagi dan luas Allah bagi. Kita redha, and move on! Setuju?
Ya Allah, baik sungguh hati Dato Jovian ini. Patutlah rezekinya dalam industri sentiasa mencurah-curah. Buat pihak yang tidak bertanggungjawab itu, bersyukurlah namun jangan berasa selesa apabila beliau tidak mahu mengambil apa-apa tindakan.
Memang niat kita untuk mencari rezeki tapi ingatlah tiada gunanya juga jika tidak mendapat keberkatan daripadaNya. Moga kita semua sentiasa diredhai Tuhan Yang Esa.