Perasaan sombong dalam diri boleh menjadi satu titik hitam dalam hati yang boleh membuat jiwa kita lupa pada Tuhan dan memandang rendah terhadap orang lain.
Mungkin orang lain kelihatan lebih jahil namun siapa tahu di sisi Tuhan dia lebih mulia daripada kita?
Berkongsi di laman sosial, Fauziah Nawi menekankan betapa pentingnya kita bersangka baik dengan semua orang dan tidak mudah menjatuhkan hukuman terhadap orang lain.
Ads
Cantik susunan bahasanya… Kita diberi rezeki bangun berqiyamulail, maka bersyukurlah, tapi jangan dipandang rendah orang yang tidur, kerana dia mungkin tidur dengan air mata taubat dan penyesalan.
Kita diberi rezeki gagah berpuasa sunat, maka bersyukurlah, tapi jangan pandang rendah insan yang belum mampu istiqomah berpuasa sunat, siapa tahu pahala sedekah secara sembunyinya diangkat ke langit.
Kita diberi rezeki mampu khatam Al-Quran sebulan sekali, maka bersyukurlah, namun jangan diejek- ejek, disindir insan yang masih merangkak- rangkak dengan muqaddamnya. Siapa tahu Allah lebih mencintainya yang istiqomah belajar mengaji dengan segala kepayahannya.
Ads
Kita diberi rezeki dengan harta dunia dan mampu bersedekah jariah, maka bersyukurlah, namun jangan dihina si miskin yang tidak mampu memberi kerana kekurangannya. Mana tahu mulutnya tidak berhenti berzikir menjadi pahala sedekahnya.
Kita direzekikan lahir dari keluarga yang alim. Kecil- kecil sudah mantap imannya, sudah sempurna menutup auratnya, sudah sempurna solat, bacaan Al-Quran dan hadisnya.
Ads
Maka bersyukurlah, tetapi jangan dihina anak- anak yang lahir dalam keluarga yang porak- peranda. Kita tidak tahu pahala yang diberi Allah atas payah jerihnya mereka mencari agama.
Bersyukurlah andai kita diberi rezeki beramal ibadah, namun ibadah itu hancur sama sekali saat kita berasa aman dengannya dan meremehkan orang lain. Ingatlah sejarah Iblis Laknatullah yang hebat ibadahnya namun terhumban keluar kerana satu titik…… *SOMBONG*
https://www.instagram.com/p/CAzHPJVgTfP/
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mengejar pendidikan itu bukanlah mengira soal faktor umur ataupun masa yang singkat. Kita juga sangat digalakkan untuk menimba ilmu meski dalam apa jua keadaan sekali pun kerana ia boleh di manfaatkan seketika nanti.
Baru-baru pelantun suara Makhluk Tuhan Paling Seksi, Mulan Jameela, berjaya merangkul segulung ijazah. Rasa syukurnya dikongsi bersama di laman sosial media miliknya dan ramai yang kagumi usaha penyanyi tersebut.
Mudah bukan ada pada kamus kehidupan Mulan Jameela
Penyanyi terkenal Indonesia, Mulan Jameela, menitip rasa syukur kerana berjaya menamatkan pengajian S1 secara rasminya pada 30 Oktober (Ahad). Dia berjaya merangkul ijazah di Universiti Nasional Republik Indonesia selepas empat tahun sesi pembelajaran.
Perkongsian kejayaan ini dimuat naik olehnya di laman sosial media Instagram ingin menzahirkan rasa syukur dan gembira. Mulan juga terkenang akan usaha dan cabaran yang ditempuhinya sepanjang proses pembelajaran yang dia lalui.
“Bertahun-tahun saya minta izin suami untuk sambung belajar, akhirnya dapat keizinan pada tahun 2018. Saya mengambil masa untuk mencari universiti yang sesuai dengan jurusan pilihan saya, Qadarullah, saya jumpa Universiti Nasional Republik Indonesia,
Ini bukan merupakan pengalaman pertama buat Mulan Jameela, dia pernah menjalani sesi pembelajaran di kolej seketika dahulu. Oleh sebab yang tertentu, dia terpaksa menamatkan pelajarannya.
“Dan saya sambung pengajian pada peringkat sarjana di sana setelah melalui pelbagai fasa dalam kehidupan. Sudah sekian lama meninggalkan kolej yang terdahulunya saya hanya menulis tesis sahaja.” katanya.
Penyanyi terkenal itu juga tidak menghiraukan faktor usianya dalam melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah. Dia membuktikan bahawa tidak terlambat untuk seseorang mendapat pendidikan tinggi. Juga dia turut menitipkan rasa berterima kasih kepada keluarga yang sentiasa menjadi tulang belakang buatnya.
Memang sedih apabila perpisahan yang berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Rumah tangga yang dibina akhirnya runtuh di tengah jalan. Mengharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Lebih memilukan apabila sesebuah rumah tangga itu musnah angkara orang ketiga.
Berikut catatan Ebit Lew untuk dijadikan panduan bersama.
Sedih pilu menangis sangat bila terbaca kisah sesiapa ceraikan isteri sedang mengandung untuk berkahwin lain. Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini. Apa perasaan kita. Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham.
Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya. Saya berdoa Allah selamatkan rumahtangga ini semua rumahtangga kita semua. Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak.
Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dari keluarga yang bercerai berai. Buat yang telah diuji teruskanlah kuat yer. Kita ada Allah. Jadikanlah musibah itu buat kita dekat dengan Allah.
ISTERI AMANAH ALLAH KEPADA SUAMI
Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik jer untuk semua.
Satu jer nak cakap untuk ingatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan. Lainlah beliau ada lelaki lain. Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian..kita sayang kerana Allah..walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah. Lihat isteri…kenangkanlah ibu kita..kenangkan anak perempuan kita..kenangkanlah..
Saya ingat seorang kawan saya baru kahwin jumpa ustaz. Ustaz, isteri saya baik, rajin,solehah, semua kerja rumah dia buat,senyum jer..sempurna..bestkan ustaz?
Ustaz jawab secara berfikir. Isteri kamu ahli syurga insyaAllah..tapi kamu belum lagi. Kamu mungkin masuk neraka..
Kenapa pula ustaz. Dah semua isteri kamu buat. Kamu buat apa? Dah kahwin terus nak jadi raja. Muda-muda dah malas.
Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan..dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur..
Pernah ada seorang suami jumpa saya. Dia nak ceraikan isterinya. Dalam perjalanan nak bercerai. Masing-masing tak nampak baik satu sama lain. Allah sayang dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak..nikah itu amanah Allah.
Tapi ustaz,isteri saya degil. Malas. Tak pernah nak ambil hati saya. Tak layan saya. Selalu tolak saya….dia senaraikan buruk isteri dia..
DIDIK ISTERI DEKATKAN DIRI DENGAN AGAMA
Abang kan ketua keluarga. Ada bawa isteri belajar agama? Ada buat Taklim rumah? Ada solat tahajud sama-sama? Ada doakan isteri setiap malam? Ada baca Al-Quran sama-sama? Ada mengorat pujuk dia dekat dengan Allah..wah abang,dulu cantik lawa menawan sexy semualah. Eh, tiba-tiba hari ni baru sedar segala kekurangan pasangan. Kurang saya di mana? Dah lama-lama baru cakap tipu jer semua tu? Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? Cubalah tanya?
Semua takde ustaz..sekurang-kurang abang dah buat semua tu jika masih tak berubah barulah fikir yang lain-lain. Ini tak pernah bawa berada di jalan Allah pun lagi..
Baik ustaz..
Dia bawa isteri datang keluargasunnah. Sehari dalam keluargasunnah. Lepas tu bawa isteri 3 hari belajar iman. Mula buat taklim rumah. Mula makan dalam dulang berjemaah. Mula sama-sama dekat diri pada Allah..Didik isteri anak solat..bagi masa untuk keluarga..
Jumpa saya semula kata,ustaz hidup kami dah bahagia. Baru saya rasa kahwin setelah sekian lama. Kalau tahu dari mula kahwin ajak belajar agama. Belajar iman. Dekat pada Allah. Makan suap-suap. Kerana sunnah semua ajaib..Ajaibkan ustaz..
BIMBING DAN PIMPIN ISTERI
Wanita ini boleh jadi paling lembut dan menyejukkan membahagiakan. Wanita juga boleh jadi paling keras dan teramat menyakitkan.
Suami tak boleh ler jadi macam wanita juga nak menangis dan menjerit tak tentu pasal. Mereka melengkapkan kita. Sebab tu kita lelaki. Sebab tu kita lelaki..Dalam Al-Quran kata ‘ArRijal’ Ar Rijal..Ar Rijal..Allah puji ‘lelaki’. Tugas kita bertenang dan pimpin isteri kita kerana Allah sampai syurga.
Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka…Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga..Dakwah dengan kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu. Malam menangis di depan Allah. Al-Quran puji pengorbanan wanita dan Islam sangat menjaga hak wanita. Setiap lelaki dilahirkan dari perut seorang ibu.
Sumber kredit: Ebit Lew
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mengorak langkah dan mula mengukir nama sebagai model muslimah, sebelum namanya menjadi tular dek kerana mempunya rupa paras persis pelakon jelita, Mira Filzah.
Nama pelakon yang masih hijau, Qasrina Karim semakin mendapat perhatian di dalam industri seni Malaysia, malah kian memuncak setelah membintangi drama bersiri terbaru, berjudul My Famous Ex-Boyfriend yang ditayangkan di slot Megadrama, Astro Ria.
Rahsia Qas Sentiasa Cantik Dan Bertenaga!
Qasrina yang lebih mesra disapa sebagai Qas bukan sahaja menjadi perhatian orang sekeliling dengan wajah yang manis dan ayu. Ramai yang mengidolakan gadis ini kerana keterampilannya sebagai wanita hijabi yang sopan dan cantik.
Pasti ada dikalangan Hijabi khususnya, gegadis diluar sana yang ingin mengetahui rutin kecantikan Qasrina, yang sentiasa tampil elegan dan ‘on point’ meski pun sedang sibuk melunaskan tanggungjawab kerjaya. Apa agaknya rahsia Qas ya?
Ketika ditemubual MH, Qas menjelaskan bahawa dia tidak pernah culas melakukan rutin kecantikannya, walaupun sibuk. Katanya, itu merupakan satu investment jangka panjang bagi kekalkan kecantikan diri sebagai seorang selebriti dan juga Public Figure.
Kecantikan Satu Investment Besar!
“Kecantikan ini satu investment jadi saya amat pentingkan penjagaan kulit wajah.
“Walau sibuk macam mana pun, skincare is a must kerana itu satu kepentingan dalam menjaga kecantikan diri.” ujarnya.
Apabila disoal mengenai tip atau bahan alami yang digunakan, Qasrina akui dia mengambil suplemen untuk membantu mengekalkan kemulusan kulit wajahnya seperti vitamin C selain untuk kekal bertenaga.
Malah, dia juga gemar mengambil buah-buahan sebagai bahan semula jadi untuk tubuh badannya.
“Suplemen yang saya ambil adalah Vitamin C, tak perlu tambahan yang lain kerana ia cukup berikan kecergasan buat badan sebab sering rasa penat bila shooting.
“Saya juga suka makan buah-buahan seperti Blueberi, Strawberi dan juga Salad. Ia menjadikan diet seimbang untuk tubuh badan dan kulit wajah!” katanya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...