Kita Boleh Latih Diri Untuk Kusyuk Dalam Solat, Doktor Ini Kongsi Caranya

Share

Tidak khusyuk dan penyakit was-was dalam solat berlaku disebabkan hati yang tidak dihidupkan dengan amalan zikir. Kesempurnaan dalam solat tidak hanya terletak pada gerak-geri sebaliknya kita ditekankan supaya berusaha untuk mendapatkan khusyuk dalam melaksanakan ibadat yang dituntut lima kali sehari itu.

Bagi mencapai kesempurnaan dalam solat, seharusnya kita menginsafi diri dan menerapkan diri dengan pelbagai amalan yang menjadikan kita khusyuk dalam solat. Berikut perkongsian Dr Rizal Abu Bakar

Photo by Gabby K from Pexels

Kusyuk dalam solat ini adalah rezeki. Bukan semua orang mampu mendapatkannya. Walau bagaimanapun, kita perlu berusaha untuk mendapatkan kusyuk ini. Sebenarnya bolehkah kusyuk ini dilatih?

Apa yang menarik ialah apabila kita solat dengan kusyuk, aktiviti otak bernama Parietal Lobe menjadi kurang aktif. Itupun kalau tidak ada gerakan tangan menggaru. Perasan atau tidak kalau satu tempat gatal, digaru, akan ada tempat lain pula gatal. Inilah kerja parietal lobe.

Gerakan lain ialah seperti membetulkan baju. Waktu inilah rasa lengan baju terjuntai atau baju terangkat sedikit. Mulalah tangan bergerak sana-sini. Ini juga kerja parietal lobe.
Ditambah pula dengan terkenangkan kunci yang hilang atau merancang perkara yang hendak dilakukan selepas solat. Ketika inilah jugalah banyak idea datang melanda.

Apabila otak semakin sibuk tentang hal dunia, tandanya Parietal Lobe masih aktif.
Soalnya bagaimana mahu kurang aktiviti parietal lobe supaya solat lebih kusyuk?
Salah satu caranya ialah dengan mengawal pernafasan. Tarik nafas perlahan-lahan. Bukan sekali. Tapi berkali-kali.

Kaedah ini akan menurunkan gelombang otak ke gelombang alpha. Parietal akan mula kurang aktif. Sama juga dengan ketika mengambil wuduk. Apabila kita mengambil wuduk dengan conscious, gelombang alpha juga akan terbentuk. Ini namanya mindful wuduk taking.

Photo by Gabby K from Pexels

Rasai setiap air yang menyentuh dan mengalir. Amati bunyi air yang sedang berbunyi. Rasai air yang singgah membasahi kulit. Alami rasa sejuk itu. Apabila kita lakukan begini, baharulah kita rasa nikmat berwuduk.

Jika laju sahaja pergerakannya, ia tidak menjadi dan anda tidak dapat merasai ‘pengalaman’ sedemikian. Jika anda mengambil wuduk dalam keadaan cepat, lagilah ia tidak menjadi. Ini contoh teknik mudah untuk meredakan aktiviti di parietal lobe. Sebenarnya banyak lagi teknik mudah yang boleh membantu meredakan aktiviti di parietal lobe. Walau bagaimanapun, cukup anda amalkan teknik ini terlebih dahulu.

HIJABISTA: Bagi mendapatkan solat yang sempurna juga memerlukan seseorang itu menjauhi sifat was-was yang boleh mengganggu perjalanan ibadat yang dilakukan.

Sumber kredit: Dr Rizal Abu Bakar

Published by
Norhasliza