Selepas pemergian Abam Bocey, satu demi satu kebaikan yang selama ini dilakukannya ‘terbongkar.’ Kehilangan arwah dirasai seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan peminat yang akan merindui gelagat dan keletahnya.
Melalui seorang pengguna Facebook, Mohd Afif Abd Aziz bercerita kembali bahawa Allahyarham Abam Bocey menerima tawaran untuk program Islamik berbanding persembahan hiburan ketika menyambut Tahun Baharu 2020.
Innalillahi wainna lillahirojiun
Pertama kali jumpa Abam Bocey di Program Ambang Tahun Baru 2020 di Sri Gombak, sungguh arwah seorang yang sangat baik, ikhlas dan sedikit pun tiada sifat sombong..
Pernah mendengar kisah hidup beliau di program #Disebaliktawa bersama Abam.. penuh liku dan pengajaran buat kita..
Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. amiinn..
Screenshoot WS masa nk jemput arwah ke program ambang tahun baru di Gombak.. Dia tolak offer drpd phk lain utk show ambang tahun baru & terima offer kami sbb tak mau dah lagho² program tahun baru di tmpt lain. Terima offer sbb nak program Islamic!
Untuk rekod Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin lalu selepas beberapa hari demam dan sakit kepala. Dalam kumpulan Bocey, selain Abam, ia turut dianggotai Fad dan Acey.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32 telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28 pada 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.
Al-Fatihah.
Takziah buat keluarga arwah.
Sumber kredit: Mohd Afif Abd Aziz, Acheykintangkintung dan fadbocey