Pemilik nama lengkap Vanessa Ziandry Putri A atau Mommy Deve berhadapan dengan pelbagai tentangan dan cabaran ketika memutuskan untuk bergelar mualaf. Salah seorang ‘penentang’ ialah ibunya sendiri.
Keputusan wanita berusia 30 tahun ini untuk memeluk Islam bukanlah tanpa sebab.
Memetik perkongsian di portal Vivo.co.id, bapanya menjadi asbab utama dia memeluk Islam apabila bapanya kembali kepada ajaran Islam setelah berpisah dengan ibunya akibat rusuhan di Lombok sekitar tahun 2000.
Bukan itu sahaja, Mommy Deve juga semakin yakin kerana banyak persoalannya terjawab menerusi al-Quran.
“Apabila berlaku kekecohan di Lombok, ibu dan ayah berpisah. Kemudian ayah kembali menjadi seorang Islam.
“Sebelum ini ayah telah bertukar kepada agama ibu. Dan saya ingin belajar bagaimana Islam itu,” kata Mommy Deve.
Keazaman Mommy Deve untuk memeluk Islam semakin kuat selepas berpindah ke Surabaya dan bertemu dengan Sigit Pradigta, lelaki yang kini bergelar suaminya.
Ads
Mereka bertemu di sebuah majlis Ramadan. Suaminya mendedahkan, keputusan Mommy Deve untuk memeluk Islam bukanlah mudah.
Mommy Deve tidak pernah berputus asa untuk memeluk Islam. Selepas melafazkan syahadah, dia memutuskan untuk berhijab serta mendalami ilmu keislaman yang sebenar.
“Saya masuk Islam pada 2011. Bagi saya, tidak semua orang boleh mendapat pahala (hidayah) itu. Macam kertas putih, kebaikan itu tetap dikira sejak lahir sehingga kita masuk Islam.
“Peluang ini hanya datang sekali dan saya sedar akan kewajipan seorang Muslimah. Jadi selepas syahadah saya segera berhijab dan mendalami Islam,” kata Mommy Deve.
Ads
Kini Mommy Deve berasa lebih tenang dan menemui jawapan kepada persoalannya. Dia berharap penghijrahannya ini diterima oleh keluarga besarnya.
“Semoga dikuatkan iman, tunjuk ajar ini kekal, diberikan kesihatan sekeluarga, dan hubungan dengan keluarga bertambah baik,” katanya.
Ads
Menyentuh tentang permulaan kerjayanya sebagai pempengaruh, minatnya dalam bidang penciptaan kandungan digital bermula daripada hobinya yang gemar melancong dan staycation.
Mommy Deve sering mengabadikannya melalui video dan kemudian memuat naik di platform media sosial, salah satunya YouTube.
“Harapan saya agar semua kandungan digital saya menghiburkan, bermaklumat dan berilmu seterusnya memberi rahmat kepada semua,” katanya.
Kredit Foto: Instagram Mommy Deve
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Duhai Malam, Intan Sarafina mengakui kini sudah berhijab selepas mengalami retak tulang di bahagian jari kelingking kaki kiri akibat terjatuh.
Ekoran daripada kecedaraan yang dialami, Intan,40, terpaksa dimasukkan ke wad pada 17 Januari lalu dan perlu melalui pembedahan berikutan kecederaan yang dialaminya itu.
“Ketika jogging di kawasan rumah saya terpijak lubang dan terus jatuh. Apabila buat pemeriksaan, tulang jari kelima kaki atau jari kelingking bahagian tengah retak. Saya terus dimasukkan ke wad dan perlu menjalani pembedahan.
“Selepas keluar hospital, rasa macam lain sangat. Memang tak boleh nak gambarkan perasaan itu. Saya berasa bersyukur sangat ibarat diberi peluang kedua. Jadi, sejak itu saya nekad untuk pakai tudung.
“Saya bulatkan hati nak berubah menjadi lebih baik dengan berhijab. Alhamdulillah, sekarang saya berasa lebih tenang. Saya berasa bersyukur dengan apa yang menimpa. Ada hikmah di sebalik kejadian berlaku,” ujarnya kepada Harian Metro.
Menurut Intan atau nama sebenarnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya, dia merasakan seperti ada yang kosong dalam hidupnya sebelum ini.
“Niat nak pakai tudung sudah lama, tapi saya simpan dulu. Diakui, sebelum ni memang macam ada sesuatu yang kosong. Tapi, alhamdulillah, sekarang saya lebih gembira dan tenang.
“Sebenarnya Allah nak lindung dari apa yang mungkin lebih buruk. Jadi, saya berasa syukur sangat. Alhamdulillah, sekarang saya dalam proses nak sembuh,” jelas peserta Gegar Vaganza musim ketiga ini.
Siapa sangka tujuan utama datang ke Malaysia adalah untuk menimba ilmu. Tetapi diberikan hidayah oleh Allah apabila akhirnya memilih agama Islam sebagai agama rasmi di bumi Terengganu. Bagi penuntut dari Itali, Giovanna Wolswijk, 24 tahun terbuka hati untuk memilih Islam sebagai agama barunya.
Dia yang ditemui selepas majlis Syahadah di Masjid UMT, Kuala Nerus baru-baru ini. Giovanna berkata mula tertarik dengan Islam sejak Februari lalu sebelum mengkaji agama Islam dengan lebih mendalam melalui rakan dan ahli agama.
“Hati saya tersentuh setiap kali mendengar alunan al-Quran daripada pembesar suara masjid UMT (Universiti Malaysia Terengganu), sekali gus membuka hati saya mendalami Islam.
“Saya mula menyesuaikan diri dengan memberi salam kepada rakan selain belajar mengucap dua kalimah syahadah.
“Proses pengislaman saya berjalan lancar melalui Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) dan banyak bimbingan diberikan PISM sejak saya mengutarakan keinginan untuk memeluk Islam.
“Perasaan saya sangat tenang sebaik mengucap dua kali syahadah dan teruja bergelar saudara baru,” katanya sebelum ini yang merupakan penganut asal atheist.
Giovanna kini berada di UMT kerana mengikuti pengajian sarjana di Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS).
Pada majlis yang dilangsungkan pada 18 Jun lalu, kelihatan Giovanni tampil cantik dan santun mengenakan hijab bercorak bunga rona biru dengan ditemani rakan-rakannya.
Pengislamannya turut mendapat komen positif dari netizen melalui perkongsian di laman sosial Facebook di page Media Kreatif UMT
Sejak memuat naik foto berhijab labuh di laman instagram dan bertindak memadam foto-foto lama yang terdahulu, nama pelakon jelita iaitu Izara Aishah mendapat perhatian ramai kerana ramai yang menyokong penghijrahannya yang terkini.
Terbaharu, Izara turut bertanyakan soalan kepada seorang ustazah mengenai persoalan adakah haram jika seseorang itu berkongsi foto dirinya di laman sosial.
Dia juga memaklumkan sudah bersedia untuk melenyapkan segala akaun laman sosialnya jika perbuatan tersebut haram dari segi agama.
Persoalan Izara itu akhirnya menemui jawapan apabila ustazah telah menjelaskan padanya bahawa tidak haram namun haruslah sentiasa berhati-hati dan berwaspada.
Melihat ke ruangan komen di laman twitternya, ramai yang mengucapkan terima kasih di atas perkongsian Izara itu dan berharap dapat turut bersama-sama istiqomah dan menjadi lebih baik di sisi Allah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...