Kisah Mentua Perangai ‘Hantu’, Ramai Yang Panas Hati Dengan Lakonan Ogy Dan Tya Arifin

Share

Video yang dimuat naik sejak 4 April itu sudah mencecah 17.3 juta tontonan di Instagram Tya pelakon dan usahawan terkenal Tya Arifin yang memaparkan dirinya ditampar dan dipukul pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud atau Ogy mengundang pelbagai komen warganet.

Lakonan hebat Ogy sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi, begitu juga dengan Tya apabila berjaya memperlihatkan sisi berbeza dirinya dalam berkarya, antara babak yang terdapat dalam drama pendek Saksi Malam Syawal.

ARTIKEL BERKAITAN: Jual Jamu Sekarang Tak Sama Dengan Jual Jamu Dahulu…Tya Ariffin Bantu Isteri Adeep Nahar Gv9 Sampai Jadi Jutawan

Berganding dengan pelakon legenda satu peluang

Strategi pemasaran usahawan muda ini lain dari pada yang lain, tidak meletakkan promosi produk secara murahan, drama pendek ini tarik perhatian netizen patah lagi bergading dengan pelakon lagend. Tya akui, satu penghargaan buat dirinya apabila dapat bergandingan dengan pelakon berkaliber seperti Ogy.

“Drama pendek Saksi Malam Syawal ini adalah karya terbaharu daripada Mutyara bersempena sambutan Syawal tahun ini. Apa yang lebih membanggakan saya dan pasukan apabila Kak Ogy sudi menerima tawaran untuk berlakon. Ia satu penghargaan dan pengalaman yang cukup bermakna buat kami.

“Dalam Saksi Malam Syawal ini kita nak memperlihatkan realiti hubungan menantu dan mentua dalam menyambut raya. Dipaparkan bagaimana mentua itu berperangai ‘hantu’ dengan memberi layanan yang teruk kepada menantunya.

“Disebabkan itu, ada banyak babak yang memaparkan ‘kekejaman’ mentua terhadap menantunya. Memang sedih dan meruntun jiwa. Selebihnya, anda kena saksikan drama ini di saluran Youtube The Tya’s Family,” katanya.

Tak tampar hanya teknik lakonan

Sementara itu, Ogy berkata, semua aksi yang dipaparkan adalah lakonan semata-mata dengan menggunakan teknik betul.

“Aksi tampar dan pukul itu hanya lakonan. Ia adalah teknik lakonan. Bunyi tamparan pula adalah kesan bunyi. Saya masih waras dan tidak akan tampar betul,” katanya.

Menariknya juga, drama pendek ini menggabungkan lakonan hebat bintang dua negara. Malah, dalam drama ini Tya yang melakonkan watak menantu menggunakan bahasa Indonesia, sementara Ogy sebagai mentua berbahasa Melayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tya Ariffin Akui ‘Reject’ Lamaran Asyraf Kerana Terlalu Muda Melangkah Ke ‘Alam Perkahwinan’

“Saya nak berterima kasih kepada Kak Ogy kerana banyak membantu saya dan pasukan sepanjang penggambaran dibuat. Kak Ogy bukan saja berlakon, tapi juga menjadi guru di lokasi.

“Bagi saya, situasi sebegini sangat jarang berlaku dalam mana-mana produksi. Sebab itu, untuk karya kali ini saya anggap ia sangat bermakna, memberikan banyak pengalaman serta ilmu,” katanya.

Rata-rata komen netizen menerima baik lakonan Ogy yang semestinya memberi kesan yang mendalam.

Bukan sekadar menonton drama pendek ini, anda berpeluang menang duit raya daripada Tya Arifin. Mudah sahaja hanya Tonton sampai akhir drama pendek ini di Youtube Tya Arifin untuk sertai peraduan ‘giveaway’ duit raya https://youtu.be/2uup5dcA_Kg

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
SH