Kisah mualaf cantik dari Korea Selatan, Ayana Moon pernah tular suatu ketika dulu namun masih menjadi perhatian ramai hingga kini.
Ayana dilahirkan pada 28 Disember 1995. Ayana mula meminati Islam pada usia 7 tahun, mempelajarinya dan kemudian memeluk Islam pada usia 16 tahun.
Ayana Moon atau nama sebenarnya Ayana Jihye Moon mendedahkan ketika pertama kali memeluk Islam dia pernah berputus asa dan mahu meninggalkan Islam.
Dalam perjalanan sebagai mualaf, Ayana mengalami titik terendah dalam hidupnya apabila pernah dihina dan tidak mempunyai wang untuk hidup.
Lebih menyedihkan, Ayana tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga mahupun rakan-rakan apabila memeluk Islam.
Berikut dikongsikan beberapa perkara menarik tentang ‘perjalanan’ awal Ayana sebagai mualaf.
Perjalanan gadis berusia 28 tahun ini sebagai mualaf tidak semudah yang disangka. Banyak jatuh bangun yang dialaminya dalam menghadapi dugaan terutama daripada keluarga sendiri.
Ayana beransur-ansur memeluk Islam pada 2012. Bapa saudara Ayana memainkan peranan besar dalam keputusan ini.
Keluarga yang memusuhinya ketika itu langsung tidak mahu menerima Ayana sebagai anak.
Akhirnya dia terus mengharungi segala kepayahan sehinggalah adiknya Aydin Moon mengikut jejak langkahnya memeluk Islam.
Aydin yang memilih untuk menukar agama pada 2019.
Ayana sememangnya dikenali sebagai seorang wanita yang tabah dan gigih.
Ketika bergelar pelajar, Ayana bijak membahagikan masa di kampus dengan baik walaupun pada masa sama dia turut bergelar selebriti dan model.
Bukan itu sahaja, Ayana juga aktif menghasilkan content di saluran YouTube Ayana Moon.
Semoga Ayana terus berjaya dalam kariernya, dimudahkan segala urusan seterusnya istiqamah sebagai Muslimah sejati biarpun seorang mualaf.