Kecantikan

Kisah Dua Beradik Ini Turunkan Berat Badan Cukup Berinspirasi, Salah Satunya Buat Aktiviti Larian & Mendaki

Share

Sebelum ini ramai yang gagal untuk menurunkan berat badan disebabkan pelbagai faktor. Malah tiada disiplin dan keazaman yang tinggi menyebabkan impian untuk kekal langsing hanya sekadar omongan kosong. Namun perkongsian gadis ini yang memberitahu cara mengurangkan berat badan berdasarkan inspirasi kisah adiknya sebelum itu.

Inspirasi dari kisah adiknya.

Dia yang sebelum ini mempunyai berat dalam kategori obeses class 1 kini sudah mencecah ke tahap overweight. Walaupun sudah setahun melakukannya, namun masih belum mencapai berat badan ideal.

Beratnya sebelum itu adakah sekitar 75.4 kg dan setelah mengamalkan cara ini, dia berjaya lenyapkan 17 kg. Kini berat wanita ini hanya sekitar 58 – 59 kg sahaja.

Perbezaan cukup ketara.

Paling penting menurutnya adalah disiplin diri yang tinggi. Bayangkan dia tolak terus makanan manis selama beberapa bulan dan mengawal nafsu makan adalah satu usaha paling sukar untuk dilakukan.

Menulis thread di laman twitter menggunakan nama akaun @Kuntum_ dan semoga kisahnya jadi inpsirasi bagi yang mahu menurunkan berat badan cari sihat.

Melakukan aktiviti pendakian.

Transformasi dari kisah adiknya sendiri.

Buat benda yang sama dengan adik, tetapi cara berbeza.

Tapi ada dua sebab lain ambil keputusan untuk tukar gaya pemakanan dan gaya hidup lebih sihat. Salah satunya sebab cepat penat bila nak solat.

Namun cara digunakan bukan secara singkat. Ubah mind set turunkan berat badan sebab nak sihat dan paling penting istiqomah serta disiplin tinggi.

Start misi Oktober 2017 dan setelah setahun berjaya tukar kategori  dari obese class 1 ke overweight. Antara apps
yang digunakan.

Pertamanya katakan tidak pada gula. Ini yang paling penting.

Kedua tinggal fast food dan processed foods. Cuba tinggal tiga bulan pertama.

Seterusnya tinggalkan atau kurangkan pengambilan cili sos, tomato, kicap, sos tiram dan semua jenis sos. Mengandungi paras gula sangat tinggi.

Paling strict kurangkan makanan bergoreng dan berminyak. Banyakkan makanan bakar dan rebus.

Kalau suka makan roti, boleh gantikan dengan roti whole meal.

Kena ikut jadual makan secara konsisten.

Masa dicadangkan untuk breakfast.

Ini pula untuk makan tengah hari. Pengambilan hanya suku-suku separuh.

Kalau tak nak makan nasi pun tak apa. Tinggalkan terus mi, bihun dan keow teow selama enam bulan.

Kalau lapar boleh makan snack menyihatkan seperti biskut rendah gula atau buah.

Gunakan konsep 80 % jaga makan dan 20 % exercise.

Enam bulan pertama jogging 5-6 kali seminggu. Memang penat dan masuk minggu ketiga saya mula exercise
.

Lepas setahun beranikan diri masuk fun run dari 5 km ke 10 km.

Tak cukup dengan itu, juga turut membuat aktiviti pendakian.

Memang best aktiviti pendakian ini. Rasa terisi dan puas.

Tetapi diingatkan jangan stress dalam perjalanan ini. kena rileks dan enjoy. Paling penting sabar, disiplin dan istiqomah.

Minum air pula ada kiraannya.

Bila berat dah turun secara tak langsung kulit jadi cerah. Ini perbezaannya setahun yang lalu.

Perlu diingat makan lima kali sehari dan waktu makan konsisten. Juga tak pernah skip breakfast.

Ini antara menu yang dicadangkan.

Published by
Siti Zurina