Apabila menyebut Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang berlangsung kini sehingga minggu depan, pasti akan terkenang pencapaian beberapa pelajar yang memang cemerlang keputusannya. Antaranya adalah Nur Amalina Che Bakri yang pernah menggegarkan negara dengan keputusan SPM tahun 2004 yang luar biasa iaitu mendapat 17A1.
Malah dengan keputusan itu melayakkan dirinya mendapat tempat di England dalam bidang perubatan. Amalina cukup beruntung kerana dia turut mendapat biasiswa daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan menjalani beberapa pengajian dan terkini menjalani latihan di The Royal College Of Surgeons of England.
Pencapaiannya memang cukup luar biasa. Amalina juga turut berhasrat menjadi pakar bedah payudara dan onkoplastik.
Pencapaian gadis ini dalam bidang akademik memang tidak perlu dipertikaikan. Namun dalam tempoh 10 tahun berada
di negara orang itu, nyata penampilan Amalina juga sudah jauh berubah.Dia bukan lagi remaja yang malu-malu tetapi berubah agak drastik dengan penampilan seperti seorang model. Lihat sahaja foto dimuat turut di laman IG memperlihatkan sisi kematangan gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini.
Namun begitu, walau apa sekali perubahan penampilannya, kita perlu akur bahawa gadis ini pernah menjadi fenomena dan mengharumkan negara dengan kebijaksanaan dan kemampuannya bersaing dalam bidang pendidikan.
Dalam satu akaun twitter yang dimuat turut, Amalina sempat menceritakan pengalaman dia selama 10 tahun belajar di luar negara.
Menurutnya, dia masih ingat hari terakhir mengambil kertas SPM, dia pulang ke rumah dan terus mengemas beg (merdeka). Dia kemudiannya terus terbang ke Itali dan tinggal bersama keluarga angkat sementara menunggu keputusan keluar.
Sepanjang tempoh itu dia menghabiskan masa dengan makan dan belajar bahasa Itali dan Sepanyol yang merupakan satu percutian terbaik untuknya. Dia hanya pulang ke Malaysia beberapa hari sebelum keluar keputusan.
Sebaik keputusan diumumkan keluar, Amalina terus menyambung pengajian di Cheltenham Ladies College dan mengambil 5 A Levels dan dia lulus A semuanya.
Bukan itu sahaja pencapaiannya, Amalina juga turut mendapat markah penuh untuk kebanyakan subjek dan turut mengambil kertas Advanced Extension Award (AEA) untuk beberapa subjek termasuk Kimia dan Biologi.
Amalina seterusnya menyambung pengajian di University Of Edinburgh dalam bidang perubatan. Memang menjadi impiannya untuk belajar di sini kerana pemandangan sangat menakjubkan.
Sebaik tamat tahun ke dua di universiti dan mendapat keputusan A secara keseluruhannya, dia kemudian membuat ijazah Intercalated dalam bidang Pharmacology With Industrial Experience kerana mahu belajar sesuatu yang baru.
Selain menyertai program pertukaran ERASMUS. Amalina juga turut menghabiskan masa di Karolinska Institute di Swedeen dan pada tahun 2010 dia menerima ijazah perubatan dalam bidang Pharmacology dan kemudian menyambung pengajian tahun ketiga dalam bidang perubatan selepas itu.
Dia juga turut menyertai program Harvard dan menyambung pengajian di University Harvard pada tahun 2012 dan akhirnya tamat pengajian di University Edinburgh tahun 2013.
Pembelajarannya tidak terhenti di situ sahaja, Amalina turut menyambung pula pengajian di Cambridge dan melakukan program akademik asas selama dua tahun.
Menempuh perjalanan pengajian cukup panjang menjadikan Amalina semakin mahir dalam bidang perubatan. Dia kemudiannya bekerja di Addenbrooke’s Hospital sebagai doktor pelatih dan pada masa sama membuat Masters dalam Clinical Science – Translational Medice and Therapeutics di University of Cambridge dan menamatkan pengajian dengan ijazah kelas pertama.
Selepas itu Amalina memulakan latihan khusus dalam pembedahan dan kini merupakan pakar bedah dalam latihan di sebuah latihan surgical
terkenal di UK. Satu lagi pengalamannya yang tidak dapat dilupakan apabila dia membuat pembedahan jantung untuk seorang pesakit dan dia memegang organ di tangannya. Ketika itu dia tahu perlu menyelamatkan nyawa pesakit berkenaan.Dan akhirnya mereka berjaya melakukan pembedahan berkenaan. Pakar yang bekerja dengannya pada masa itu juga cukup luar biasa.
Menurut mereka, Amalina melakukan tugas cukup baik ketika pembedahan. Dia cukup tenang ketika semua orang sedang stress dan semua sedang memerhati. Pengalaman itu nyatanya membuatkan dia lebih bersemangat. Satu yang dipegang, percaya pada diri, kerja keras dan anda akan capai segalanya.
Amalina kini sedang menjalani latihan surgical di The Royal College of Surgeon of England.
Kita doakan semoga Amalina akan pulang ke Malaysia satu hari nanti dan menabur bakti di negara kita kelak.
SUMBER: VIA VANILLA KISMIS
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DR AMALINA BAKRI