Kisah Cukup Tragis, Wanita Ini Kehilangan Imamnya Saat Diri Sarat Mengandung Zuriat Mereka. Subhanallah!

Share

Sebaik berkahwin dengan pasangan yang dicintai, kita mahu dia menjadi jodoh kita hingga ke akhir hayat. Namun siapa sangka Tuhan lebih menyayangi apabila menjemput Imamnya terlebih dahulu. Perkongsian wanita ini yang kehilangan suami dalam keadaan dirinya sedang mengandung membawa zuriat tanda cinta mereka berdua. Suaminya maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Menerusi laman faceboook, Nurmasfalina Mohd Azmi meluahkan rasa rindu tidak tertahan buat Imam, Mohd Azam Karimin yang sangat dikasihinya itu. Ternyata kehilangan itu memberi impak buat dirinya yang sarat mengandung.

Tiada disisi kerana awak berada dengan Pencipta

Sayang arini tido awak xde disisi. Awak dh dgn pencipta awak. Orang tau awak dekat dgn kami. Malam ni orang tido masuk la dlm mimpi. Orang nk tahu kata2 terakhir syg. Orang redha syg. Orang tau syg dh bhgia kt sana. Doakn org boleh syahid mcm syg. Jmpe syg kt syurga nnt. Urusan syg kt dunia ni dah abis. Doakan bonda dgn baby syg. Syg dh sediakn yg kenangan terindah buat org n baby. Awak trllu sempurna sayang.

Tiada lagi Imam tiap kali solat

Orang xkan dgr lg syg imam kn org tiap subuh, mghrib dan isyak lg mcm sllu klu syg kerja. Org x blh dgr lg syg tgur org dgn bcaan tajwid. Org x blh dgr lg syg ketuai bacaan tahlil untuk org lain. Org x blh dgr lg suara syg. Dtg la dlm mimpi syg. Org sedia nk jmpe syg dlm mimpi.

Terima kasih hadiahkan sesuatu paling bermakna sempena ulang tahun perkahwinan

Org tau syg x bce tp ini je luahan yg org ada. Kengn yg org ada. Terima kasih layan kerenh org. Awak ckup sbr dgn sy. Terima kasih sayang untuk hadiah dalam kandungan ni. Hadiah hari lahir sy bulan 10 hadiah hari lahir awak bulan 11 hadiah anniversary kita bln 12 bulan 9 awak pergi tgglkn kami.

Bergembiralah di sana kerana kekasihmu ini sangat menyayangimu

Buat kekasih hatiku. Bergembiralah syg disana. Ketahuilah bahawa org Nurmasfalina bt mohd azmi sgt menyayangimu Mohd Azam Bin Karimin.

Hilang sudah tempat bermanja dan bergurau senda

Mahu jadi bidadari syurga

Doakan kami berdua jumpa di syurga nanti

InsyaAllah ku turuti langkahmu dengan bekalan amalan

Published by
Siti Zurina