Mengagumi gaya yang ditampilkan, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat ini sering menjadi inspirasi hijabi di luar. Gaya tudungnya pernah viral satu ketika dahulu. Tudung bawal empat segi, dilipat kedua sisi dan disimpul di hadapan. Pernah ditanya katanya kenapa tidak beralih kepada selendang, penggayaan tudung bawal jadi pilihan kerana memudahkan setiap pergerakan dan tidak panas.
ARTIKEL BERKAITAN: Stail Gaya Tudung Bawal DS Wan Azizah & YB Nurul Izzah Trend Ikutan Hijabi
Kebiasaannya, ahli parlimen akan menggayakan uniform rasmi berwarna putih namun kemunculan Ahli Parlimen Pandan dan Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menggayakan baju kurung tenunan Pahang telah menarik perhatian ramai warganet antara pengayaan beliau yang menjadi elemen tarik perhatian ramai seketika dulu.
@wanruff Dialah pengapit sebenar pengantin. Tapi semua dia kipaskan. Hehehe. Tq @Dr Wan Azizah atas kehadiran tadi. Sangat sejuk mata memandang melihatnya. Hehehe #drwanazizah #pm10 #fyp ♬ Sayunk I Love You – Chombi
Selain dari pemakaiannya dua elemen yang anda akan perasan yang sentiasa berada di sampingnya, adalah sebuah kipas tangan. Dr Wan Azizah sekali lagi menghiburkan netizen dengan kipas tangan tradisionalnya, tular dalam video TikTok yang disiarkan oleh pengguna @wanruff, Dr Wan Azizah dilihat menyapa dan mengipas semua orang dengan kipas tangannya semasa menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Dia dilihat sentiasa mengipas setiap kali bertemu dengan orang sambil bertemu sapa.
Sebagaimana Datuk Sri Anwar Ibrahim mengisytiharkan hartanya, begitu juga dengan Dr Wan Azizah. Sehingga 21 Oktober 2022, aset bersihnya ialah RM1.36 juta. RM1 juta dikatakan dalam bentuk simpanan bank dan Tabung Haji.
Tanpa hutang atau harta benda, barang kemas dan karya seni, baki nilai bersihnya terletak pada empat kenderaan, termasuk dua Perodua Myvi dan sebuah Toyota Vellfire. Sebagai ahli parlimen, gaji bulanannya RM16,351.54, pasti ramai yang melirik jenama yang dipakai oleh beliau. Menariknya lagi isteri Perdana Menteri Malaysia ke-10 ini gemar menggalas beg yang diperbuat dari rotan mahupun mengkuang.
Beliau tampak selesa mengayakan beg yang besar dengan tona natural, mengikut sumber Dr Wan Azizah selesa dengan beg ini kerana memudahkan beliau untuk mengisi banyak barang dan termasuk telekung.
Pasti menjadi trending dalam carian di TikTok. Dr Wan Azizah memilih jenama RAVAKA tas tangan tradisionalnya. Semoga memertabatkan tradisi menjadi inspirasi hijabi di luar agar lebih mengangkat jenama dan buatan tangan tradisional berbanding menghabiskan wang untuk memiliki jenama antarabangsa.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.