Selebriti Betty Rahmad berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan bahawa dia kini tampil dengan imej berhijab bersempena dengan keberkatan kedatangan Awal Muharam baru-baru ini.
Kongsi Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad, hatinya mula tergerak untuk melakukan perubahan apabila melihat anaknya, Ardy Wira,2, sudah lancar mengaji Iqra tatkala dirinya yang sudah berusia masih merangkak-rangkak membaca al-Quran.
View this post on Instagram
Adik kepada pelakon Datin Paduka Umie Aida dan Erma Fatima ini mula melatih diri dengan bangun tidur seawal pukul 4.30 pagi untuk mendirikan solat sunat tahajud, solat sunat taubat, berdoa dan mengaji di balkoni rumahnya selain turut menyertai kelas mengaji atas talian bersama ramai pelakon lain termasuklah Nabila Huda.
Setiap pagi, Betty membaca surah Ar-Rahman dan Al-Waqiah, namun terdapat satu ayat dalam kandungan surah Ar-Rahman yang benar-benar menjentik hatinya untuk melakukan suatu perubahan.
Hati Bagai Tersentak
“Hati saya tersentak setiap kali membaca ayat ‘nikmat Tuhan mana yang engkau dustakan?’. Setiap pagi saya ulang membaca surah yang sama.
“Setiap hari saya terfikir, alhamdulillah syukur apa yang saya nak, semua Allah bagi. Suami baik dan penyayang, anak bijak dan bisnes yang masih berjalan pada waktu sukar begini sedangkan orang lain bergelut.
“Saya teringat kata seorang ustazah, perempuan senang nak masuk syurga. Syaratnya, jaga suami dan anak, jadi ibu yang baik. Saya pun dah jalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dengan baik tapi ada yang tak cukup iaitu aurat,” katanya kepada Kosmo.
View this post on Instagram
Pemergian Siti Sarah Turut Menjadi Asbab
Selain itu, pemergian rakan artis Siti Sarah Raissuddin juga turut menjadi asbab buat dirinya untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.
“Masa arwah masih ada, saya ada pesan tudung jualannya. Waktu itu saya macam ada niat untuk bertudung tapi tak pakai lagi. Saya tunjuk kepada suami dan dia tanya dah nak bertudung ke tapi saya jawab belum lagi.
“Selepas arwah meninggal dunia, masa itu barulah saya putuskan untuk pakai tudung. Ketika membaca doa Awal Muharam, saya solat dan baca al-Quran bukan sebab sedih, takut atau susah. Tapi terlalu bersyukur dengan apa yang saya ada. Betapa sayangnya Allah kepada saya, semua urusan dipermudahkan, ada saja rezeki yang masuk,” jelasnya.
Dalam pada itu, kedua-dua orang kakaknya turut terharu dan sebak apabila Betty memberitahu khabar gembira itu buat mereka berdua menerusi sesi siaran langsung yang diadakan di laman sosialnya.
View this post on Instagram
kredit: Kosmo
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI