Kini Anak Sulung Pula Peroleh ‘Double Degree’, Pengorbanan Rozita Che Wan Membuatnya ‘Double Happy’

Share

Kebahagiaan buat ibu bapa apabila melihat langkah demi langkah dari kecil hingga dewasa anak mereka kian berjaya. Tangisan gembira pula menjadi bukti tanda syukur mereka yang susah di gambarkan.

Sekali lagi Rozita Che Wan bangga dengan kejayaan yang di peroleh oleh anak sulungnya pula dengan Ijazah Sarjana Muda Berganda (Double degree). Che Ta kini double happy dengan kedua anaknya yang peroleh double degree.

Susah payah dahulu kini buahkan hasil yang bijak belaka

Sumber dari Rozita Che Wan

Sekali lagi Che Ta berkongsi kejayaan anak sulungnya, Ammar Effendy, menamatkan pelajarannya dengan Ijazah Sarjana Muda Berganda (double degree

). Kelihatan dia sangat bersyukur apabila teruja untuk berkongsi di laman Instagram miliknya itu.

Rozita binti Abu Bakar atau gemar di kenali sebagai Che Ta tidak sahaja memuat naik posting bersahaja, malah, dia juga menukilkan kejayaan anak-anaknya itu mempunyai kisahnya tersendiri. Cukup buat titipan semua bahawa Che Ta bersusah payah untuk memberikan yang terbaik buat pendidikan anak-anaknya.

“Allahamdulillah syukur 🤲 Allah bagi saya anak- anak yg cerdik dan mudah utk saya bela,

“12 tahun masa jadi “single mom” dlm kepala otak cuma ada azam nak besaqkan anak2 dan bagi yg terbaik ja utk depa ! tk dak langsung pikiaq utk diqi seniqi !” katanya.

Artikel berkaitan: “Berbaloi Mak Hang Cari Duit Nak Bayar ‘Fees’…Bukan Sikit-Sikit Duit Chek Oii…” – Che Ta Rasa Bersyukur Anak Keduanya Peroleh Double Degree

Pelakon dan usahawan terkenal itu berjaya memberikan didikan yang terbaik buat anak-anaknya meski pun dia pernah menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal selama 12 tahun. Tetapi kisahnya itu di kongsikan sebagai pembakar semangat buat dirinya serta mereka yang mengikuti perkembangannya di Instagram

.

“depa dpt masuk MRSM , lepaih tu upgrade masuk KYS then dpt straight A’s , masuk TAYLOR’s University,

“utk kami yg income tk tetap masa tu nak bayaq fees KYS perghhhhhh mencanak jgk la caqi duit ! tapi Allah permudahkan segalanya 🤲.”

Che Ta juga mengambil kesempatan ini untuk menceritakan bagaimana perjalanan ringkas pendidikan kedua anak bujangnya itu. Ternyata mereka berdua seorang pelajar pintar yang sekaligus merangkul straight A’s dalam SPM.

Terdahulu pelakon berusia 49 tahun itu juga telah berkongsikan anak keduanya, Aniq Ezra, turut mendapat double degree dalam pelajarannya. Memang tak di sangkal lagi, kejayaan kedua-dua anaknya itu membuahkan hasil atas pengorbanannya selama ini. Tahniah di ucapkan buat Aniq dan Ammar! Double happy

mak hangpa!

Sumber info: Instagram Rozita Che Wan

Artikel berkaitan: Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah Kongsi Tip Jika Mahu Berjaya Dalam Hidup, Elakkan Buat Perkara Ini

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee