Wanita Ini Kongsi Cara Nak Kilatkan Semula Kuali Berkerak, Hasilnya Nampak Macam Baru. Dah Boleh Beraya!!

Share

Bukan baju dan kasut jer nak nampak baru, malah barangan rumah pun perlu! Kuali yang hitam tentunya membuatkan ibu-ibu rasa rimas dan ‘sakit mata’. Tidak dapat dinafikan memang sukar untuk membersihkan kuali yang sudah kitam berkerak.

Setiap kali masak, periuk atau kuali menjadi hitam. Situasi ini sangat tidak digemari oleh kaum wanita kerana perlu menyental bagi menghilangkan kesan hitam pada kuali. Walau bagaimanapun puas menyental, kesan hitam itu masih juga belum dapat dihilangkan. Makin lama kesan hitam pada kuali menjadi bertambah hitam dan semakin menebal. Apabila kerak pada kuali semakin menebal maka semakin sukarlah kesan kerak itu dapat disingkirkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tandas Rumah Busuk Kalah ‘Public Toilet?’ DIY Pewangi Dua Bahan Ini, ‘Confirm’ Harum Semerbak Lipas Pun Lari Tau!

Melalui perkongsian di Facebook, Dayang D NaielleChen berkongsi caranya.


Kilatkan kuali yang berkerak dengan cara semudah ABC.

BAHAN-BAHAN:

  • Soda Bikarbonat
  • Limau nipis
  • Lemon
  • Asam keping
  • Air
  • Kuali besar

Sabun Fruitale (untuk menyental kuali)

ARTIKEL BERKAITAN: Campur 2 Bahan, Rumah Terus Jadi Harum Semerbak! Ikuti Cara Yang Dikongsi Hijabi Ini

CARA-CARA:

1.Rebus kuali bersama semua bahan-bahan di atas, Biarkan terendam seketika.


2. Selepas itu mulalah menyental kuali dengan sabun. Hasilnya pasti menakjubkan. Kuali berkerak terus berkilat macam baru beli.


+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Sumber kredit: Dayang D NaielleChen

Published by
SH