Setiap pasangan suami isteri perlu menyemarakkan hubungan agar tidak bosan di antara satu sama lain. Namun, setiap hubungan ada pasang surutnya. Tentu ada sahaja pertengkaran yang akan berlaku. Cuma anda perlu bijak mencari cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jika ada sebarang ketidakpuasan hati, luahkan dan selesaikan dengan cara yang baik.
Meskipun hubungan suami isteri memerlukan sifat saling memahami antara satu sama lain, anda perlu lakukan beberapa tip lain untuk mencipta hubungan yang lebih intim dan mesra. Barulah rumah tangga lebih harmoni.
1. Biasakan Diri Mencium Pasangan
Mencium pasangan dapat menguatkan lagi hubungan suami isteri. Setelah seharian penat bekerja, anda harus ketepikan segala masalah dan tamatkan hari anda dengan sesuatu yang indah. Dengan mencium pasangan anda, anda boleh selesaikan segala masalah yang ada di dalam hati.
2. Berbicara Tentang Perasaan & Hubungan Bersama
Antara kunci dalam sesebuah perkahwinan adalah berkongsi tentang cinta atau perasaan sebelum tidur di atas katil. Sekiranya anda meluahkan segala perasaan dan bercakap dari hati ke hati, ia dapat meningkatkan kualiti tidur dam hubungan antara suami dan isteri.
3. Urut Pasangan
Ketika anda berdua di atas katil, sila letakkan telefon anda di sisi. Gunakan masa yang ada untuk bermanja dan bermesra bersama suami. Salah satu cara yang boleh anda lakukan adalah urut pasangan anda. Setelah penat bekerja, tidak salah rasanya ringankan sedikit beban yang ditanggung oleh suami. Suami pun suka, pahala pun dapat!
Sumber: Aliff Channel