Pelbagai cara yang boleh kita halang dari virus terus menular, paling yang disarankan oleh kerajaan anda harus duduk di rumah bagi mengurangkan jangkitan menular. Apa yang penting usaha kita bantu sesama sendiri untuk menanganinya.
Berbeza dengan mereka yang menganut agama Islam, pelbagai doa dan zikir yang dianjurkan untuk kita amalkan agar dilindungi Allah dari dijangkiti wabak covid-19. Terkesan dengan usaha sekumpulan bekas pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Sungai Golok, Thailand mengambil inisiatif dengan khatam al-Quran setiap malam sebagai ikhtiar memohon pertolongan dari ALLAH supaya segera menghapuskan virus Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.
Wakilnya, Fakhrurrozi Fauzi berkata pada Sinar Harian, setiap malam mereka akan membuat agihan surah sebelum memulakan bacaan.
“Selepas itu, kami akan mulakan bacaan secara serentak di rumah masing-masing.
Katanya, beliau memohon seluruh umat Islam untuk melakukan perkara yang sama dengan memperbanyakkan lagi bacaan al-Quran.
“Inilah masa yang terbaik untuk kita kembali membudayakan semula bacaan al-Quran.
“Bila banyak baca al-Quran secara tidak langsung kita dapat mendekatkan lagi diri kepada ALLAH selain memahami isi kandungan kitab suci itu,”
Masyallah! Rupanya ujian yang Allah turunkan ini untuk kita lebih dekat denganNya. Mungkin ini adalah permulaan yang baik untuk kita memulakan sesuatu yang baik. Insyallah.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Ini Cara Mudah Untuk Menghafaz Al-Quran Dalam Tempoh 14 Hari, Pastikan Buat Temu Janji.
SUMBER: Sinar Harian