Khasiat Betik Bukan Hanya Untuk Pencernaan, Masker Semulajadi Buat Kulit Lebih Mulus!

Share

Perawatan wajah dengan bahan alami sememangnya mempunyai peminatnya yang tersendiri. Adakah Anda salah seorang daripadanya? Jika ya, hijabi mengesyorkan agar anda membuat masker semulajadi sendiri di rumah dengan menggunapakai bahan-bahan yang berada di dapur sahaja.

Masker semulajadi pada kali ini adalah berasaskan buah betik. Umum sedia maklum bahawa betik amat baik untuk membantu sistem pencernaan. Namun, ramai yang terlepas pandang bahawa Betik kaya dengan vitamin A, C dan E. Tiga vitamin ini bersama Lycopene dalam betik melindungi kulit daripada berkedut, gelebeh, dan ditumbuhi bintik hitam. Ringkasnya keduanya bertindak sebagai sistem sekuriti yang menjaga kulit dari dirosakkan.

Manfaat Dua Bahan Semulajadi Ini Bantu Rawat Kulit Secara Maksima!

Manakala, kandungan nutrisi dalam masker yoghurt baik untuk membantu memperlahankan proses penuaan agar kulit hijabi sentiasa remaja! Didalam secawan yoghurt, mempunyai kandungan Zinc, Kalsium, Vitamin B, dan Lactic Acid.

Artikel berkaitan: Selain Enak Dimakan, 5 Masker Avocado Ini Bantu Hijabi Tangani Masalah Jerawat!

Kombinasi nutrisi ini amat lengkap untuk melakukan proses regenerasi kulit, mengurangkan jerawat, sekaligus melindungi kulit dari pelbagai masalah.

Jadi bayangkan bertapa bermanfaatnya untuk kulit, jika hijabi membuat masker semulajadi berasaskan betik dan youghurt ini! Pastinya kulit lebih sihat, mulus, anti-kedut, awet muda dan kekal remaja! Menarik bukan? Di sini Hijabista sertakan cara membuat masker semulajadi penuh manfaat ini dirumah.

Bahan-bahan Yang Perlu Disiapkan:
2 Sudu yogurt
1 Sudu oatmeal bertekstur lebih lembut
1/2 Sudu gula merah granule
1 Sudu buah betik (haluskan dengan garpu).

Langkah Pemakaian:
1. Campur semua bahan bahan tersebut, lalu sapukan pada wajah.
2. Beri sedikit urutan selama 30 – 40 minit, kemudian biarkan selama 15 minit.
3. Setelah 15 minit, bilas wajah menggunakan dengan air suam hingga bersih.

Sekadar info, Yoghurt mengandungi lactic acid yang membantu mengurangi kedutan pada kulit. Oatmeal pula membantu membersihkan liang pori dari tersumbat, gula merah memiliki fungsi sebagai scrub untuk menyahkan sel kulit mati, serta khasiat betik membantu mencerahkan kulit dan menghilangkan blemish yang mengganggu kulit.

Setelah menggunakan masker betik ini, pasti anda akan merasakan kulit yang lebih halus, licin dan lebih sehat. Kulit juga kekal anjal dan awet muda. Selamat mencuba!

Artikel berkaitan: Buat Sendiri Masker ‘Organik’ Ini Di Rumah Sis, Dapat Atasi Pelbagai Masalah Kulit!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir