Khasiat Bawang Merah, Mampu Lindungi Badan Dari Ulser Dan Kanser

Share

Sayur ini sentiasa digunakan dalam pelbagai resipi di Malaysia. Boleh dikatakan apa sahaja menu berteraskan citarasa Asia pasti menggunakan bawang merah sebagai asas masakan. Tanpa bawang merah rasa makanan pasti serba tidak kena.

Tahukah anda, bawang merah sekiranya dimakan secara mentah boleh memberi khasiat yang tinggi kepada tubuh kerana memiliki banyak vitamin dan mineral untuk melindungi tubuh. Bukan sahaja menyedapkan makanan bahkan sumber vitamin dan mineral ini membantu untuk meberikan perlindungan kepada tubuh secara alami.


.

Antara vitamin dan mineral yang terdapat di dalam bawang merah seperti folat, tiamin, kalsium, magnesium, kalium, mangan dan vitamin C, K dan B6. Nikmati bawang mentah merah sebagai ulam atupun anda boleh potong menjadi bentuk gelang dan gaulkan bersama salad atau acar.

MENGHENTIKAN PERTUMBUHAN KANSER

Bawang merah sangat tinggi dengan sulfur yang boleh melindungi tubuh dari ulser dan juga kanser. Selain itu ia juga boleh melawan jangkitan bakteria bada saluran urinary. Yang paling penting terdapat unsur disebut quercetin dalam sayur ini yang merupakan sebatian antioksidan yang dapat memberikan perlindungan terhadap barah, penyakit jantung dan alergi.


.

MENGAWAL DIABETES

Jika anda seorang yang menghidap penyakit diabetes, mungkin anda boleh mengamalkan makan bawang merah secara mentah kerana ia boleh membantu untuk meningkatkan insulin di dalam badan.

MEMBANTU MERAWAT SEMBELIT

Bawang merah merupakan sayuran berserat. Seperti yang kita tahu makanan berfiber membuatkan pergerakan di dalam usus menjadi lebih lancar.


.

MENURUNKAN KOLESTEROL TINGGI

Bawang merah memiliki flavonoid yang tinggi, dari sumber inilah bawang merah mendapat warnanya. Bahan ini mampu mengurangkan mengurangkan lipoprotein berkepadatan rendah (LDL), atau kolesterol “buruk” pada orang gemuk yang berisiko mendapat penyakit jantung.

BAGUS UNTUK KEBAIKAN JANTUNG

Bukan sahaja boleh merendahkan kadar kolestrol, bawang merah juga mampu menghalang penyakit jantung dari menyerang dan dan mengurangkan risiko penggumpalan darah. Bawang merah juga dapat membantu menjaga aliran darah dan mengurangkan keradangan pada saluran darah.

Sumber: dailyrecord.co.uk

Sumber gambar: pexels.com

Published by
Fiezreen