Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.

Jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hampir lima kali zat besi dalam bayam, tujuh kali vitamin C dalam oren dan 80 mg vitamin B12 daripada 100 gm barli.

Sebenarnya jus barli jika diamalkan setiap hari mampu menurunkan berat badan. Dalam masa yang sama juga ia merupakan rahsia untuk mendapatkan kulit yang sihat dan glowing.

Berikut perkongsian Aisyah Badar Bajrai tentang khasiat air barli.

IKLAN

Musim-musim sakit gini mesti ramai mak-mak rebus barli kan. Sebab barli kan bagus tuk kurangkan panas dalam badan. Air barli ni kalau nak best rebus dengan daun pandan. Nanti wangi jek.

Minum air barli ni best tau. Kalau korang nak tahu, siapa yang rajin minum air barli, kulit boleh bersih cantik.

IKLAN

Tengok la orang korea tu. Kulit dorang peloles jek kan. Dorang memang suka minum air barli tau. Kalau tak caya, korang tengok menu kat kedai makanan korea. Biasanya mesti ada air roasted barley.

Selain untuk kulit, air barli ni bagus untuk kuruskan badan juga sebab dia boleh flush toksin dalam badan.

IKLAN

Siapa yang impian 2020 nak kuruskan badan, korang dah boleh la start geng dengan biji barli. Biji barli ni kaya dengan fiber.

Bila korang makan biji barli, perut korang bukan setakat lagi cepat kenyang, tapi perlawasan pun bagus. Pasni tak ada la isu susah membuang.

Jadi azam 2020 ni siapa nak kuruskan badan plus cantikkan kulit, korang konsisten la minum air barli. Kurus dapat, cantik pun dapat

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI