Kita sering sahaja alpa untuk sentiasa mengingati Allah SWT dan Rasulullah SAW di kala waktu senang. Apabila sesuatu menimpa kita seperti musibah atau kecelakaan, sudah pasti laju bibir ini mengeluarkan doa-doa meminta pertolongan. Subhanallah–kita lalai sewaktu senang.
Tetapi lumrah sebagai seorang manusia untuk membuat kesilapan, andai diri ini tidak sempurna kita masih lagi mencari keredhaan Ilahi. Selawat dan zikir adalah perkara yang harus kita ucapkan walaupun hanya sekali pada satu masa.
Murnikan mulut dengan selawat dan zikir
Kadang-kadang kita sering sahaja untuk bersosial bersama orang sekeliling dan ianya ada juga memakan masa yang agak lama. Apabila kita teringat untuk bertafakur buat seketika, ingatlah untuk berzikir dan selawat agar kita mengingati Allah SWT dan juga Nabi Muhammad SAW.
Menurut laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ada membincangkan tentang kepentingan untuk berselawat dan zikir, kedua-duanya sekali, adalah satu tuntutan yang di nyatakan dalam syarak. Hal ini kerana terdapat banyak dalil yang menyeru manusia agar sentiasa mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Apakah maksud sebenar selawat itu sendiri? Selawat merupakan perkataan jam’ bagi solat (الصلاة) yang juga membawa maksud doa atau pujian. Setiap selawat yang di ucapkan sama ada pada Allah SWT, selawat para malaikat mahupun juga selawat manusia adalah berbeza di antara satu sama lain. Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat yang tinggi. Manakala selawat malaikat adalah doa tambahan gandaan pahala dan selawat dari orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan juga puji-pujian kepada Nabi Muhammad SAW.
Manakala maksud zikir dari aspek bahasa adalah mengingati dan pada isilah, zikir adalah suatu perkara yang di lakukan dengan niat untuk mengingati Allah SWT dengan cara-cara yang berpatutan pada syara’ seperti menerusi ucapan, perbuatan, atau dengan hati.
Kedua-dua selawat dan zikir ini seperti yang telah di nyatakan adalah menjadi tuntutan buat umat islam. Ia kerana dapat membantu umat Islam sentiasa mengingati Allah SWT bahkan memuji Nabi Muhammad SAW bagi mendapat keredhaanNya. Terdapat catat di dalam al-Quran di mana Allah SWT menyatakan dengan jelas berkaitan tuntutan kita sebagai hambaNya untuk sentiasa berselawat dan berzikir. Antaranya:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
Tafsiran Syeikh al-Maraghi mengenai ayat ini berkata: Wahai orang beriman, doakanlah supaya Nabi SAW mendapat rahmat, muliakan Baginda walau dengan apa cara yang kamu mampu lakukan. Umpamanya mengikut Baginda secara baik atau mematuhi setiap arahannya. Begitu juga, dengan cara mengucapkan selawat dan salam kepada Baginda dengan lidahmu. [Lihat: Tafsir al-Maraghi, 11/5511)]
Ada juga terdapat ayat di dalam al-Quran yang masih menekankan tuntutan mengenai zikir, seperti:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! berzikirlah kamu kepada Allah dengan zikir yang banyak.”
Ads
Firman Allah SWT:
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
al-Insan: 25
Maksudnya: “Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar solat) pada waktu pagi dan petang.”
Masih lagi banyak yang tercatat di dalam kitab suci al-Quran yang menegaskan serta menyeru kita sentiasa untuk berzikir dengan mengingati Allah SWT. Di dalam masa yang sama, ada juga hadith yang di nyatakan kelebih atau tuntutan untuk kita sentiasa berselawat dan berzikir:
Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat.” [Riwayat al-Baihaqi (5995)][Imam al-Syaukani menilai sanad hadith ini adalah hasan]
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]
Kesimpulannya, melalui perbincangan di laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah berpendapat kedua selawat dan zikir adalah suatu yang di syariatkan oleh Allah SWT mengikut nas al-Quran dan hadith Nabi Muhammad SAW yang menjelaskan tidak ada sudut keutamaan di antara keduanya. Namun, adalah suatu perkara yang sia-sia buat umat Islam untuk meninggalkannya kerana mensia-siakan kelebihan yang bakal anda perolehi. Tidak rugi untuk meluangkan sedikit masa untuk berzikir dan selawat bukan?
Peningkatan kelas penerbangan tidak mudah diperolehi, tetapi ia berlaku pada beberapa keadaan. Bilakah anda berkemungkinan besar mendapat peningkatan penerbangan tanpa kos tambahan?
Walaupun peningkatan penerbangan percuma berlaku, realitinya adalah sangat jarang berlaku. Walau bagaimanapun, seorang pekerja syarikat penerbangan dan penerbang kerap telah berkongsi dua peristiwa tertentu apabila penumpang mungkin mendapati diri mereka terserempak dengan kelas perniagaan.
Perkongsian dari penumpang
Melalui perkongsian dalam forum Reddit, penerbang kerap British Airways (BA) mengakui “naik taraf percuma adalah sukar” tetapi kesetiaan mendedahkan sering menjadi kunci.
Mereka berkata: “Saya tinggal di UK dan menerbangkan British Airways dengan agak kerap untuk bekerja. Saya seorang penumpang setia.
“Saya tidak boleh bercakap untuk syarikat penerbangan Amerika di mana peningkatan nampaknya menjadi kebiasaan, tetapi dengan BA, dan banyak syarikat penerbangan lain, mereka beroperasi berdasarkan dasar peningkatan operasi.
“Ini bermakna satu-satunya masa mereka menawarkan naik taraf adalah jika mereka telah terlebih jual kabin.
“Peluang anda untuk dinaik taraf adalah berdasarkan beberapa ‘keajaiban’ rahsia di sebalik tabir tetapi berkemungkinan terdapat perkaitan antara tambang yang anda beli (tiket boleh balik yang fleksibel sepenuhnya berbanding tiket ultra-diskaun tidak boleh bayar balik) dan status flyer kerap anda dengan syarikat penerbangan, dan mungkin masa anda mendaftar masuk untuk penerbangan.
“Sekali lagi, ini berdasarkan pengalaman saya dengan syarikat penerbangan Eropah di mana kabin premium biasanya dikhaskan untuk mereka yang membayar produk itu, penumpang AS mungkin berbeza.” Setakat ini, pengembara itu berkata ini telah berlaku kepada mereka pada tiga kali berasingan.
Mereka menjelaskan: “Saya telah terbang Toronto-London beberapa kali dan telah dinaik taraf kepada kelas perniagaan pada setiap pusingan tiga perjalanan pergi dan balik kerana ia adalah penerbangan yang popular dan kerap terlebih jual, tetapi lebih kerap saya terbang jarak dekat ke seluruh Eropah dan di laluan tersebut, Ia bukan perkara biasa untuk melihat bahagian kelas perniagaan yang kosong sepenuhnya.”
Teori disokong oleh syarikat penerbangan
Pekerja itu menyambung: “Dengan mengandaikan tiada kad ahli dalam penerbangan maka ia pergi ke melihat kelas tambang. “Lain kali anda menempah tiket, walaupun anda hanya menempah ekonomi, terdapat subkelas yang berbeza. “‘Y’ [kod tiket] biasanya ekonomi tambang penuh pada semua syarikat penerbangan.
“Syarikat penerbangan yang berbeza menggunakan kelas yang berbeza tetapi ekonomi tambang penuh tidak jauh lebih mahal daripada perniagaan kelas terendah atau ekonomi premium, jadi kerugian bagi syarikat penerbangan itu tidaklah seberapa.”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Usah pandang sebelah mata kuasa wanita. Tangan insan yang menghayun buaian inilah yang boleh menggoncang dunia. Biarpun hanya berada di belakang seorang lelaki tetapi kehebatan wanita jangan diperlekehkan. Malah pengaruh dan aura mereka cukup kuat dalam mencorakkan kehidupan berkeluarga. Tuah mereka juga boleh menjadi insan paling berpengaruh di dunia dan pastinya cabaran besar perlu dipikul.
Namun tahukah anda bahawa wanita-wanita beragama Islam dan memiliki aset bernilai lebih ratusan billion ringgit. Bukan hanya cantik, wanita-wanita Muslim ini juga punyai pengaruh dan miliki harta kekayaan yang bukan calang-calang.
Ada antara mereka mewarisi harta kekayaan daripada keluarga, ada yang bertuah bersuamikan seseorang yang berketurunan kaya raya dan ada juga yang kaya hasil usaha sendirinya. Kisah mereka ini moga dapat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana. Bukan sahaja mampu mengoncang dunia tetapi juga turut berdiri di tapak kaki sendiri.
1. Puteri Ameerah Al-Taweel, Arab Saudi
Puteri Arab Saudi, Ameera Al Taweel merupakan isteri kepada Putera Al Waleed Bin Talal, salah seorang keluarga diraja Arab Saudi. Suaminya Al Waleed, ahli perniagaan atau pengusaha berusia 58 tahun, ia dinobatkan sebagai lelaki ke-26 terkaya dunia oleh majalah Forbes dengan nilai harta bersih lebih dari $20-25 bilion.
2. Rania Al Abdullah, Jordan
Permaisuri Jordan, Rania Al Abdullah wanita Muslim ini telah bernikah dengan Putera Abdullah II. Suaminya telah diisbatkan sebagai Raja Hashmite Kingdom of Jordan pada tahun 1999. Walaupun Raja Abdullah tidak pernah menghebahkan kekayaannya, namun informasi mengatakan ia telah menghabiskan lebih dari 1 bilion dalam pembinaan Taman Tema Star Trek sahaja. Majalah The Harpers dan Queen Magazine pernah menobatkan Permaisuri Rania sebagai permaisuri tercantik pada tahun 2011.
3. Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Brunei
Sultan Hasanal Bolkiah memiliki sebuah kereta Rolls-Royce yang disalut dengan emas 24 karat. Sultan Brunei membelanjakan sebanyak $20 juta pada perkahwinan anak perempuannya ini. Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah wanita Muslim yang telah menikah dengan YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini.
4. Sheikha Maitha Binti Mohammed, Dubai
Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri serta Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga salah seorang raja kaya raya Dubai. Sheikha wanita Muslim juga merupakan seorang atlet Tekwando dan pernah memenangi pingat Perak pada kejuaraan Asia 2006 di Qatar. Kekayaan keluarganya diperkirakan lebih dari $40 bilion.
5. Sheikha Mozah Bint Nasser Al Missned, Qatar
Sheikha Mozah merupakan isteri kedua dari tiga isteri Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani. Nilai bersih kekayaan Sheikh Hamad diperkirakan lebih daripada £7 bilion. Negara yang mempunyai ladang minyak dan gas asli terluas, Qatar juga merupakan negara dengan pendapatan per kapita tertinggi di dunia.
6. Sheikha Hanadi Binti Nasser Al Thani, Qatar
Seorang wanita Muslim pegawai bank, pelabur dan usahawan yang kaya raya, Sheikha Hanadi adalah salah seorang ahli perniagaan yang paling sukses dalam sejarah ekonomi Qatar. Selain menjadi penasihat khusus di Standard Chartered Bank, ia juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi projek Al Waab City. Kekayaan keluarga Thani diperkirakan hampir $15 bilion.
7. Sultanah Nur Zahirah, Terengganu, Malaysia
Sultanah Nur Zahirah binti Adil Bakeri atau nama sebenar baginda ialah Siti Rozita binti Adil Bakeri merupakan isteri kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin. Keluarga baginda tidak pernah mendedahkan jumlah aset yang dimilikinya namun terdapat sumber yang menyatakan anggaran jumlah kekayaan yang dimiliki baginda adalah lebih RM70 juta.
8. Fathima Kulsum Zohar Godabari, Arab Saudi
Isteri kepada Sheikh Avdi Al Muhammad ini dilahirkan dalam antara keluarga paling kaya di dunia. Permaisuri Arab Saudi ini dikatakan jarang sekali mendedahkan wajahnya kepada umum. Kecantikan dan pesona Puteri Fathima ini begitu tersembunyi. Namun kini wajah cantik Ratu Fathima sudah terungkap di media. sebagai negara OPEC terkaya, Arab Saudi menguasai 39% cadangan minyak OPEC. Jadi boleh kita bayangkan betapa gemilangnya hidup Fathima.
9. Yang Mulia Puteri Lalla Salma
Yang Mulia Puteri Lalla Salma adalah isteri dari Raja Mohammed VI. Puteri Lalla Salma lahir pada 10 Mei 1978. Ayah beliau adalah seorang guru sekolah. Umum mengetahui beliau kali pertama sebagai Permaisuri Maroko yang juga merupakan ibu kepada dua anak. Walaupun begitu, Puteri Lalla Salma tetap kelihatan ramah walaupun menjadi first lady atau permaisuri Maroko. Raja Mohammed memiliki anggaran mencapai USD960 ribu menurut Forbes. Disebut kekayaannya mencapai USD2.5 milion.
10.Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah
Yang Mulia Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah adalah putri kedua sekaligus anak keempat dari Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah yang terlahir pada 16 Mac 1976. Berkahwin dengan Khairul Khalil, seorang Director yang juga merupakan ‘Assistant Executive’ di pejabat Perdana Menteri pada Julai 2007. Ayah Majeedah, Bolkiah adalah orang terkaya di dunia pada tahun 1997 terkenal dengan kegemarannya pada logam emas yang berharga.
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Khusyuk dalam solat itu merupakan antara kunci yang penting untuk memberi kesan yang baik secara efektif kepada orang yang mendirikannya.
Khusyuk dalam solat berlaku pada seseorang yang mengosongkan hatinya untuk solat yang dikerjakannya. Hati akan melupakan perkara lain untuk memberi keutamaan kepada solat. Maka, pada masa itulah solat akan menjadi penyejuk hati.
Amat beruntung kepada orang yang mendirikan solat dengan penuh khusyuk sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Mukminuun ayat 1 dan 2 bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.”
6 AMALAN MENDAPATKAN KHUSYUK DALAM SOLAT
Berkata Imam Al-Ghazali ada enam perkara yang hendaklah dikerjakan oleh orang yang sembahyang supaya tergolong ia di dalam kalangan orang-orang khusyuk di dalam solat.
1. Hudhurul Qalbiertinya hadirkan di dalam hati perasaan sedar dengan kehadiran Allah dalam diri dan merasakan dirinya dekat dengan Allah dan sedang bersamaNya maka jadilah hatinya hidup langsung menuju Allah.
2. At-Tafahhumertinya mencuba sedayanya memahami setiap perbuatan dalam solat dan cuba memahami sungguh-sungguh segala bacaan dalam solat yang sedang didirikan dan menghayati setiap gerak laku solat dan bacaannya pada zahir dan batin.
3. At-Ta’dzhimertinya merasakan dalam hati kebesaran Allah dengan cara merasakan diri kita ini sangat kecil lagi hina tidak berdaya apa-apa di hadapan Allah.
4. Al-Haibah iaitu merasakan sangat takut ketika berdiri di hadapan Allah dan takut pada marahNya dan takut untuk melanggar perintahNya.
5. Ar-Roja’iaitu sangat-sangat berharap kepada Allah agar Allah sudi menerima ibadahnya itu dan sangat mengharapkan Allah perkenankan segala doanya.
6. Al-Haya’iaitu merasa sangat malu kepada Allah atas segala kekurangan dan ketidak sempurnaan yang terdapat di dalam solatnya. Merasa sangat malu dengan sebab kesilapan dan dosa dan sangat malu pada kelemahan diri dan segala aib diri yang selalu berlaku berulang-ulang.
Dari Kitab Ihya Ulumiddin dengan ringkasan. Wallahua’lam
HIJABISTA: Sepatutnya sebagai seorang Muslim, kita hendaklah menjadikan hati senang ketika berzikir, suka mendengar nasihat, gemar menghayati Al-Quran serta khusyuk ketika solat. Apabila seseorang berasa berat dan tidak suka solat, membaca al-Quran, berzikir dan mendengar nasihat, hatinya rosak, keras dan tidak sihat.
Sumber kredit : Ustaz Azhar Idrus
DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APPS STORE.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...