Baru-baru ini terdapat satu video di laman Youtube yang telah menarik perhatian Hijabista. Video tersebut dimuat naik oleh seorang Youtuber daripada UK, bernama Eli yang kagum dengan kelazatan burger Ramly semasa dia mencubanya buat kali pertama.
Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan berbeza budaya. Oleh itu, terdapat pelbagai variasi makanan dan juadah yang unik. Namun, ada sesuatu yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia iaitu burger Ramly yang selalunya dinikmati terutamanya pada waktu malam.
Digelar ‘Raja Burger’ Malaysia
Ramly Burger yang juga dikenali sebagai ‘Raja Burger’ di Malaysia merupakan diantara ‘street food’ atau makanan segera yang sedap dan mudah untuk didapati di mana-mana gerai makanan di tepi jalan dan restoran. Ia sering menjadi pilihan rakyat Malaysia terutamanya bila tiba-tiba lapar pada waktu tengah malam!
Diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato’ Haji Ramly Bin Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap, Burger Ramly merupakan hasil cetusan idea dan hasrat murni pasangan tersebut untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.
Usai berita mengenai ‘kelazatan’ daging burger Ramly yang digembar-gemburkan, Vlogger asal UK ini telah mengambil keputusan untuk pergi ke salah satu gerai burger Ramly yang terletak berhampiran dengan KLCC.
Apabila dia sampai, dia terkejut melihat beberapa pelanggan yang sudah pun beratur, dan bertambah terkejut setelah mengetahui bahawa mereka sudah menunggu pesanan selama hampir 40 minit. Dia juga sempat bersembang dengan peniaga gerai tersebut dan mendapati bahawa perniagaan tersebut telah dijalankan sejak tahun 1990.
Sementara menunggu burger yang dipesan siap, dia sempat menemu ramah seorang pelancong iaitu Grace, dari Taiwan yang merupakan seorang vegetarian. Grace telah memesan burger ikan bersalut telur beserta keju seperti yang disarankan oleh peniaga burger tersebut.
Ads
Difahamkan, itu merupakan kali pertama Grace menjejakkan kaki ke gerai tersebut dan mengetahui gerai tersebut setelah disyorkan oleh rakannya sendiri. Eli juga sempat merakam reaksi wanita terbabit apabila merasai buger tersebut.
“Saya rasa ia sangat sedap, telurnya sangat lembut,” ujar wanita itu sambil menikmati burger tersebut.
Apabila ditanya mengenai berapa ‘rate’ yang diberikan untuk menilai tahap kesedapan burger tersebut, wanita tersebut menjawab 9/10!
“Burger terbaik pernah saya makan!”
Tak lama selepas itu, burger ‘double’ daging keju yang berharga RM10 dipesan oleh Eli telah pun siap. Pelancong luar dari United Kingdom tersebut dilihat menikmati makanan serta terlihat teruja pada gigitan pertama!
“Daging sangat lembut, sangat berair(juicy) beserta sosnya yang manis. Rotinya, dibakar dengan elok. Salah satu burger terbaik yang pernah saya makan. Saya suka!” katanya.
Ads
Lelaki tersebut juga sempat menunjukkan ‘thumbs up’, tanda suka kepada penjual gerai burger tersebut sambil mengatakan bahawa burger tersebut sangatlah sedap. Dia juga sempat mengajak orang ramai untuk datang kesana dan merasai sendiri burger tersebut.
“Kamu semua perlu datang ke sini, ia merupakan salah satu burger yang terbaik yang pernah saya rasai!” tambahnya lagi.
Dek ‘terpesona’ dengan kelazatan burger tersebut, dia turut membungkus burger ayam untuk dibawa pulang kerana mahu merasai sekali lagi kesedapan yang ada dalam burger itu.
Meninjau di ruangan komen Youtube tersebut, rata-rata netizen memberikan komen yang positif serta mengalukan kedatangannya ke Malaysia. Ada juga yang menggunakan peluang tersebut dengan mencadangkan menu lain untuk dicuba, seperti burger kahwin iaitu burger daging bersama ayam.
Ads
“Burger crispy is so dope yaww….it is sodap.”
“Ramly is best burger in the world broo”
“THE BEST HALAL BURGER IN THE WORLD!!!!!!!!!!”
“Nice sir. Thank you for your compliment about Malaysia. Love you sir!”
Eli yang mempunyai 9.76K subscribers dilihat sering melancong ke pelbagai negara serta sering memberi tumpuan ke gerai tempatan, pasar, ’street food’ serta makanan ‘kampung’. Dia juga gemar menemu bual penduduk tempatan, chef dan tukang masak untuk memperkenalkan makanan unik di pelbagai negara.
Mungkin ramai yang belum habis lagi memasak daging korban yang disimpan di dalam peti sejuk. Ada yang mengambil pendekatan masak sedikit demi sedikit bukan sekaligus. Masing-masing ada cara yang berbeza.
Namun ketahuilah bahawa ada cara untuk menyahbekukan bahan mentah termasuklah daging. Selalunya ada yang mengambil jalan mudah dan cepat dengan cara merendam daging yang keras seperti batu itu ke dalam air. Ada juga yang mengambil pendekatan merebus.
Sebenarnya ada cara yang sesuai untuk menyahbekukan bahan-bahan mentah ini. Berikut tip yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Nor Ariffin Nor Sadan
Jangan rendam daging beku lama-lama untuk mencairkannya. Bahaya!
Boleh ikut langkah seperti di bawah ini:
Letak bahan mentah di bawah air mengalir. Jangan lebih daripada dua jam. Jika terlalu lama akan menyebabkan kuman membiak.
2. Pindahkan bahan mentah daripada freeser ke chiller. Biarkan ia mencair semalaman.
3. Gunakan fungsi defrost pada microwave. Cara ini paling cepat dan mudah.
Ketahuilah bahawa jika daging tidak dinyahbekukan dengan betul, ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya. Apabila anda memasak, bahagian yang ada ais itu tidak masak sempurna. Maka bakteria akan membiak di situ. Ia boleh menjadi punca keracunan makanan.
Sejak kemenangan sebagai Bintang Paling Popular baru-baru ini, diari kehidupan Wany Hasrita semakin sibuk. Malah apa sahaja aktiviti yang dilakukannya turut diintai follower penyanyi jelita ini. Dan baru-baru ini dia berkesempatan bertemu dengan pakar motivasi, Prof Dr. Muhaya sempena Maulidur Rasul. Pertemuan itu bukan sahaja untuk konsultasi berkenaan mata, tetapi Wany juga sebenarnya membuat pembedahan lasik dengan Prof Dr. Muhaya.
Namun di sebalik pertemuan itu juga sebenarnya lebih kepada perkongsian ilmu ibarat dari seorang guru kepada anak muridnya.
Wany Hasrita yang dianggap sebagai ikon kepada remaja di luar sana telah mengambil kesempatan bertanya beberapa soalan kepada Prof Dr. Muhaya dan salah satunya adalah bagaimana untuk kekal istiqomah.
Menurut Wany sebagai public figure, memang dia sering sibuk dengan pelbagai urusan dari pagi hingga ke petang. Dan pada masa perlu bermekap dan juga menjaga solat.
Tambah Wany sebagai seorang penyanyi sukar untuknya dalam menjaga bab solat. Ada kalanya selepas mencuci muka untuk solat, Wany menghadapi kesukaran untuk bermekap kerana kebanyakan jurusolek tidak mahu menyolek buat kali kedua.
Dalam bab ini, Prof Dr. Muhaya memberitahu Wany caranya dalam formula kehidupan adalah dengan berpandukan kepada Rukun Islam. Iaitu yang pertama syahadah, solat, berpuasa, zakat dan terakhir sekali menunaikan haji untuk melengkapi Rukun Islam berkenaan.
Jadi dalam hal ini bab solat jangan sesesekali ditinggalkan dan mesti diberi keutamaan. Dan menurut Prof Dr. Muhaya lagi jika seseorang itu niat menjaga solatnya, insya-Allah Allah akan pegang dan sentiasa menolong diri hamba-Nya.
Tambah Prof Dr. Muhaya lagi untuk menjaga solat walaupun ketika itu ada show, perlu mengambil wuduk siap-siap sebelum kita bermekap. Dan jika jurusolek tidak berkesempatan untuk menyolekan diri kita, cuba untuk melakukannya sendiri.
Menurutnya jangan kita bergantung pada masa seseorang. Kalau sudah cantik, tambah mekap sedikit pun sudah terserlah kejelitaannya.
Lagi satu kita perlu plan (jika ada apa-apa urusan) untuk solat di mana. Jadi tiada alasan untuk tidak kerjakan solat yang telah diwajibkan ini.
Beliau juga turut mengingatkan Wany agar sentiasa menjaga pergaulan. Menurut Prof Dr. Muhaya wanita ini adalah sesuatu yang sangat berharga dan jangan bagi orang lain tidak dikenali menyentuh kita sesuka hati. Kalau boleh sentiasa dekat dengan Allah dan Allah akan sentiasa berada dekat dengan kita.
Prof Dr. Muhaya juga turut memuji Wany yang menjaga auratnya dan itu adalah satu satu dari formula kejayaan.
Selain itu, Prof Dr. Muhaya turut memberi tip dan nasihat kepada Wany untuk sentiasa menjadi insan yang sentiasa istiqomah kepada Allah.
Pertama cari ilmu dalam apa jua platform terkini, cari kawan dan guru yang bagus dan akhir sekali cari suasana tenang di persekitaran kita. Turut diselitkan agar sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa terutamanya ibu.
Beliau mengingatkan Wany agar sentiasa mendidik hati supaya sentiasa menerima apa yang ibu cakap kerana pertalian dengan insan yang melahirkan kita ini sangat kuat.
Tidak luoa juga diakhir pertemuan itu Prof Dr. Muhaya mendoakan agar Wany menjadi anak yang baik kerana aura yang terdapat dalam diri penyanyi jelita ini sangat kuat.
Wany Hasrita in the house. Apa Wany nak tanya saya ya?
Nama Nadiya Hussain mula menjadi sebutan ramai seluruh dunia setelah berjaya merangkul gelaran juara dalam pertandingan memasak di England iaitu Great British Bake Off 2015. Kejayaan ibu kepada tiga cahaya mata berusia 39 tahun ini membuktikan dia adalah wanita berhijab pertama yang memenangi pertandingan memasak popular itu.
Selepas bergelar juara, Nadiya mengakui kehidupannya berubah secara drastik. Sehingga kini, aktivitinya mendapat perhatian media. Nadiya turut berkongsi kisah yang penuh inspirasi tentang dirinya.
Menurut Nadiya, kemenangan di Great British Bake Off 2015 mengubah dirinya daripada seorang wanita pendiam yang tidak suka ‘menunjuk-nunjuk’ kepada seorang yang sangat yakin.
Sebelum menjadi terkenal seperti sekarang, Nadiya akui dia seorang wanita yang mudah merasa takut. Antara ketakutannya ialah dia tidak berani menggunakan pengangkutan awam.
“Saya masih ingat sebelum sertai Bake Off saya mungkin orang yang paling takut di dunia. Saya tidak berani menaiki pengangkutan awam, tidak tahu bagaimana untuk menaiki kereta api.
“Kini saya faham kenapa suami sangat menggalakkan saya untuk menyertai Great British Bake Off 2015. Untuk menaikkan keyakinan diri saya,” kata Nadiya ketika ditemu bual Radio Times.
Kemenangan wanita kelahiran Bangladesh ini bukan hanya berjaya meningkatkan keyakinan diri bahkan banyak membuka peluang baru seperti dijemput ke pelbagai acara berprestij dan program televisyen.
Lebih bermakna, Nadiya pernah mendapat jemputan ke majlis ulang tahun kelahiran Ratu Elizabeth II yang ke-90. Tidak sekadar itu, Nadiya turut mendapat permintaan untuk menghasilkan kek istimewa buat Ratu Elizabeth II. Ia pasti menjadi momen terindah buat Nadiya kerana mendapat kepercayaan Ratu England.
Nadiya turut mempunyai program televisyennyaa sendiri iaitu ‘The Chronicles Of Nadiya’ di BBC. Wanita yang dibesarkan di Luton, England ini turut berpeluang untuk ‘catwalk’ di karpet merah sempena BAFTA TV Awards bersama Debrett, orang paling berpengaruh di England ketika itu.
SOKONGAN SUAMI
Nadiya turut berterima kasih kepada suaminya, Abdul yang sentiasa memberi sokongan tanpa jemu sepanjang menyertai pertandingan Great British Bake Off 2015.
“Sekarang saya faham, suami melakukannya demi melihat saya menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi. Saya berharap perubahan ini dapat memberi inspirasi kepada wanita.”
Dia juga mahu mengurangkan stigma buruk mengenai suri rumahtangga dan perkahwinan yang diatur. Menurut Nadiya, dia dan suami berkahwin kerana telah diatur oleh keluarga. Perkahwinan mereka kekal bahagia sehingga kini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...