Baru-baru ini terdapat satu video di laman Youtube yang telah menarik perhatian Hijabista. Video tersebut dimuat naik oleh seorang Youtuber daripada UK, bernama Eli yang kagum dengan kelazatan burger Ramly semasa dia mencubanya buat kali pertama.
Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan berbeza budaya. Oleh itu, terdapat pelbagai variasi makanan dan juadah yang unik. Namun, ada sesuatu yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia iaitu burger Ramly yang selalunya dinikmati terutamanya pada waktu malam.
Digelar ‘Raja Burger’ Malaysia
Ramly Burger yang juga dikenali sebagai ‘Raja Burger’ di Malaysia merupakan diantara ‘street food’ atau makanan segera yang sedap dan mudah untuk didapati di mana-mana gerai makanan di tepi jalan dan restoran. Ia sering menjadi pilihan rakyat Malaysia terutamanya bila tiba-tiba lapar pada waktu tengah malam!
Diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato’ Haji Ramly Bin Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap, Burger Ramly merupakan hasil cetusan idea dan hasrat murni pasangan tersebut untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.
Usai berita mengenai ‘kelazatan’ daging burger Ramly yang digembar-gemburkan, Vlogger asal UK ini telah mengambil keputusan untuk pergi ke salah satu gerai burger Ramly yang terletak berhampiran dengan KLCC.
Apabila dia sampai, dia terkejut melihat beberapa pelanggan yang sudah pun beratur, dan bertambah terkejut setelah mengetahui bahawa mereka sudah menunggu pesanan selama hampir 40 minit. Dia juga sempat bersembang dengan peniaga gerai tersebut dan mendapati bahawa perniagaan tersebut telah dijalankan sejak tahun 1990.
Artikel berkaitan: Roti Canai Dinobatkan Makanan Terbaik Dunia! Netizen Takut Kena ‘Claimed’
Diiktiraf oleh pelancong dari Taiwan!
Sementara menunggu burger yang dipesan siap, dia sempat menemu ramah seorang pelancong iaitu Grace, dari Taiwan yang merupakan seorang vegetarian. Grace telah memesan burger ikan bersalut telur beserta keju seperti yang disarankan oleh peniaga burger tersebut.
Difahamkan, itu merupakan kali pertama Grace menjejakkan kaki ke gerai tersebut dan mengetahui gerai tersebut setelah disyorkan oleh rakannya sendiri. Eli juga sempat merakam reaksi wanita terbabit apabila merasai buger tersebut.
“Saya rasa ia sangat sedap, telurnya sangat lembut,” ujar wanita itu sambil menikmati burger tersebut.
Apabila ditanya mengenai berapa ‘rate’ yang diberikan untuk menilai tahap kesedapan burger tersebut, wanita tersebut menjawab 9/10!
“Burger terbaik pernah saya makan!”
Tak lama selepas itu, burger ‘double’ daging keju yang berharga RM10 dipesan oleh Eli telah pun siap. Pelancong luar dari United Kingdom tersebut dilihat menikmati makanan serta terlihat teruja pada gigitan pertama!
“Daging sangat lembut, sangat berair(juicy) beserta sosnya yang manis. Rotinya, dibakar dengan elok. Salah satu burger terbaik yang pernah saya makan. Saya suka!” katanya.
Lelaki tersebut juga sempat menunjukkan ‘thumbs up’, tanda suka kepada penjual gerai burger tersebut sambil mengatakan bahawa burger tersebut sangatlah sedap. Dia juga sempat mengajak orang ramai untuk datang kesana dan merasai sendiri burger tersebut.
“Kamu semua perlu datang ke sini, ia merupakan salah satu burger yang terbaik yang pernah saya rasai!” tambahnya lagi.
Dek ‘terpesona’ dengan kelazatan burger tersebut, dia turut membungkus burger ayam untuk dibawa pulang kerana mahu merasai sekali lagi kesedapan yang ada dalam burger itu.
Meninjau di ruangan komen Youtube tersebut, rata-rata netizen memberikan komen yang positif serta mengalukan kedatangannya ke Malaysia. Ada juga yang menggunakan peluang tersebut dengan mencadangkan menu lain untuk dicuba, seperti burger kahwin iaitu burger daging bersama ayam.
“Burger crispy is so dope yaww….it is sodap.”
“Ramly is best burger in the world broo”
“THE BEST HALAL BURGER IN THE WORLD!!!!!!!!!!”
“Nice sir. Thank you for your compliment about Malaysia. Love you sir!”
Eli yang mempunyai 9.76K subscribers dilihat sering melancong ke pelbagai negara serta sering memberi tumpuan ke gerai tempatan, pasar, ’street food’ serta makanan ‘kampung’. Dia juga gemar menemu bual penduduk tempatan, chef dan tukang masak untuk memperkenalkan makanan unik di pelbagai negara.
Artikel berkaitan: Nikmati Makanan Segera Walaupun Dalam Proses Turunkan Badan, 12 Cara Ini Sangat Membantu
Sumber: This Food Bangz
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI