
Perjalanan hidup Inara Rusli tidak selalunya lancar.
Keadaan di mana dia berada dalam situasi paling teruk ialah semasa kes rumahtangganya dengan bekas suami, Virgoun yang berakhir dengan perceraian.

Setelah berada dalam situasi yang tidak menyenangkan itu, Inara Rusli mengharunginya dengan tabah bersama anak-anak.
Pertama sekali, dia mesti menerima keadaan yang ditinggalkan.
“Ketika berada di tahap paling rendah, saya terpaksa menerima kekalahan. Hati sudah benar-benar hancur,” kata Inara Rusli.
Menerima ujian itu dengan jiwa yang redha, Inara Rusli meletakkan dua sikap ini dalam dirinya.
Mendekatkan Diri Kepada Yang Maha Esa
Sebagai hamba-Nya, Inara Rusli berusaha untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

Inara Rusli menerima segala ujian yang datang kepadanya.
Redha
Sikap kedua yang diambil Inara Rusli ketika menempuh pelbagai dugaan dalam hidupnya ialah berserah bulat-bulat kepada Yang Maha Esa.

“Akhirnya saya berkata, Allah, saya redha,” tegasnya.
BACA JUGA: Semakin Ligat Berniaga INARA RUSLI Kini Sudah Ada Jenama & Rangkaian Perniagaan Sendiri
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Luah Rasa Rindu, Putera Mateen Dedah Penyakit Yang Jadi Punca Kemangkatan Abang

Menzahirkan rasa rindu, anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Mateen,29, telah meluahkan isi hatinya sekali gus turut mendedahkan punca sebenar kemangkatan arwah abangnya, Pengiran Muda Haji Abdul Azim yang telah pergi menghadap ilahi pada 24 Oktober lalu.
Jelas Putera Mateen, kekandanya itulah yang banyak menghiburkan dan menceriakan kehidupan mereka selama ini.
Tidak pernah ada hari yang membosankan bila Abang Azim ada. Dia suka mengenakan kami, membuat lawak dan tidak pernah terlalu serius dalam hidup.
Gelak tawanya sangat menghiburkan, tidak kiralah ia kelakar atau tidak, kami semua akhirnya akan turut ketawa sekali. Dia semestinya menikmati kehidupan dengan sebaiknya.
Saya melalui zaman kanak-kanak bersama abang saya. Dia mengajar saya banyak perkara dan ia telah menjadikan siapa saya pada hari ini, dan saya sangat bersyukur tentangnya.

“Awal tahun ini, abang saya disahkan mengidap systemic vasculitis yang merupakan penyakit autoimun. Penyakit autoimun adalah keadaan sistem imun yang tidak normal dimana antibodi menyerang tisu badannya sendiri.
Pada masa yang sama, dia juga berdepan dengan gangguan bipolar yang membuatkannya sukar untuk melawan penyakit ini.
Akhirnya, abang saya mengalami banyak kegagalan organ yang disebabkan oleh jangkitan berterusan, berpunca daripada sistem autoimun yang membawa kepada kemangkatannya pada pagi 24 Oktober.

Kami ingin berkongsi mengenai semua penyakit ini sebagaimana yang saya tahu inilah yang dimahukan olehnya. Dia sangat mahu memberi kesedaran pada semua.
Saya dan keluarga sangat sedih dan sayangkan dia, namun kami tahu Allah lebih sayangkannya. ‘Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali’.
Terima kasih pada semua di atas ucapan yang diberikan dan juga menjadikan Putera Azim dan keluarga saya dalam ingatan dan doa kalian. Kami okey. Kami hanya rindukan dia sahaja.
Semoga kita bertemu lagi bang. Al Fatihah.
Pada 24 Oktober lalu, putera berusia 38 tahun itu telah mangkat pada jam 10.08 pagi dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja di Brunei selepas waktu Asar.

sumber: instagram @tmski
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ustazah Asma’ Harun Terharu Bila Neelofa Masih Sempat Balas Mesej Walaupun Sibuk Dengan Majlis Nikahnya

Neelofa telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, pendakwah Haris Ismail kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Mula mengenali Haris pada tahun 2017, sekitar bulan Jun, Neelofa bekerjasama buat kali yang pertama dengannya untuk sebuah projek pada tahun 2018.
Walau bagaimanapun selepas kolaborasi tersebut, mereka tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian. Dari titik pertemuan semula itu, mereka mula mengenali hati budi masing-masing. Akui Neelofa, Haris seorang yang sangat baik, lemah-lembut dan matang.

“Apabila berbual dengannya, kita boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa. Dia juga merupakan seorang pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran/masalah,” ujar Neelofa.
Menyentuh tentang soal zuriat, sama seperti mana jodoh, perihal zuriat juga Neelofa menyerahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, dia menerimanya dengan tangan terbuka.

Meskipun sibuk dengan persiapan majlis pernikahannya hari ini, namun Neelofa nyata masih sempat membalas mesej Ustazah Asma Harun. Berikut perkongsian Ustazah Asma’ Harun
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
Selepas subuh pagi tadi, saya ada bermesej dengan Adinda Neelofa tentang beberapa perkara. Sungguh saya tak tahu pagi ni hari pernikahan beliau. Memang ada terbaca rumors tentangnya, namun tak pasti bila, dan Adinda Neelofa sempat reply dengan baik, sedangkan sudah tentu beliau sangat sibuk untuk buat persiapan.
Sunguh baik kamu dik, selalu cuba membalas mesej walau dalam kesibukan. Moga Allah merahmatimu.
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكَمُاَ فِيْ خَيْر

Ketika dapat mesej beliau mohon didoakan, tiba-tiba rasa sebak dan menitis air mata bahagia dan gembira. Akhirnya Adinda Neelofa bersatu dengan cinta hatinya. SubhanAllah, semoga pernikahan kalian diberkati dan sentiasa dilindungi Allah SWT, bahagia bercinta sampai ke syurga.





Semoga Puan Neelofa menjadi isteri Solehah dan sentiasa dijaga, disayang, dicintai oleh suamimu Ustaz Muhammad Haris yang soleh. Tahniah buat keduanya.
HIJABISTA: Selamat pengantin baru Neelofa dan PU Riz. Semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke syurga.
Sumber kredit: Ustazah Asma’ Harun Top image: Wedlocx.co
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pembelian ‘Online’ Semakin Laris, LazMall Perkenalkan ‘Virtual Try-On’ Bagi Keselesaan Pelanggan

Lazada Malaysia meraikan beberapa jenama dan rakan perniagaan LazMall, serta menyatakan pelaburan yang lebih kukuh semasa LazMall Gala Dinner 2022 di EQ Hotel Kuala Lumpur pasa 31 Oktober 2022.
Meskipun corak perbelanjaan pelanggan sudah kembali ke tabiat pra-pandemik, Lazada Malaysia tetap yakin 8 daripada 10 pengguna di rantau ini bakal terus membeli-belah menerusi atas talian kerana ia terbukti lebih mudah dan senang.
Lebih banyak ciri terbaru untuk memudahkan pelanggan!

LazMall juga merekodkan penambahan dalam pertumbuhan pelanggan, selaras dengan peningkatan jualan pada kadar yang amat memberangsangkan iaitu 75x pada jam yang pertama berbanding hari jualan biasa semasa Jualan 9.9 baru-baru ini.
Artikel berkaitan: Cipta Stail Tersendiri Dengan Gaya Selebriti, Dapatkan Koleksi Menarik Hijabista Dengan Tawaran Hebat Jualan 9.9 Lazada
“Para pelanggan kini amat mementingkan ketulenan dan nilai jenama, di samping pengalaman yang unik dan berbeza, maka di atas sebab itu kepercayaan dan kaitan relevan tampil menjadi matawang dalam ekosistem digital. Laporan Lazada Sponsored Solutions (LSS) menunjukkan bahawa 53% daripada para pelanggan di Malaysia kini mencari produk secara terus di app atau platform eDagang, berbanding pendekatan terdahulu di mana pelanggan mencari produk menerusi enjin pencarian.” kata Alan Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia.

Lazada Malaysia bakal memperkenalkan LazMall Priority Delivery (Penghantaran Keutamaan LazMall) iaitu pilihan penghantaran yang boleh mengurangkan masa penghantaran! Kini, barang yang anda nantikan akan cepat sampai di depan pintu.
Malah, Lazada Malaysia juga cuba perkasakan teknologi yang lebih canggih di mana pengalaman membeli belah anda akan dikuasakan oleh AR (Augmented Realiti), antaranya Virtual Try-On (ciri ‘Cuba di Alam Maya’) yang mana para pelanggan boleh mencuba produk kecantikan pada masa sebenar dengan keputusan true-to-life, lantas menjanjikan pengalaman membeli-belah yang terpadan dan ultra-realistik.
Baru-baru ini, ciri terbaru turut dilancarkan iaitu ‘Cuba & Beli’ (Try & Buy) yang mana para pelanggan berpeluang untuk mencuba produk saiz sampel secara percuma atau pada harga yang amat rendah, serta program Keahlian Kedai LazMall (LazMall Store Membership) yang membolehkan para pelanggan menikmati keistimewaan serta tawaran eksklusif dari kedai LazMall pilihan mereka.
Artikel berkaitan: Elak Pakaian Jadi Hapak & Melekat Dengan Virus, Mesin Basuh Dan Pencuci Main Peranan Penting
Semasa majlis gala makan malam tersebut, Lazada turut menghargai rakan jenama LazMall yang cemerlang dalam pelbagai kategori menerusi anugerah seperti;

- Rakan Jenama Cemerlang Tahun Ini (Brand Partner of the Year) – L’Oreal Malaysia Anugerah Pencapaian Mengagumkan (Outstanding Achievement Award) – The Estée Lauder Companies Malaysia
- Rakan Jenama Barangan Runcit Paling Popular (Most Popular Grocery Brand Partner) – Nestlé
- Rakan Jenama Fesyen Paling Popular (Most Popular Fashion Brand Partner) – Nike
- Rakan Jenama Bayi & Produk Mainan Paling Popular (Most Popular Baby & Toys Brand Partner) – The LEGO Group
- Rakan Jenama Elektronik Paling Popular (Most Popular Electronic Brand Partner) – Xiaomi Rakan
- Jenama Gaya Hidup Paling Popular (Most Popular Lifestyle Brand Partner) – AKEMI
- Rakan Jenama Kesihatan & Kecantikan Paling Popular (Most Popular Health & Beauty Brand Partner) – Beiersdorf
- Anugerah Kecemerlangan Pemasaran (Marketing Excellency Award) – Pediasure
- Anugerah Bintang Yang Semakin Meningkat (Rising Star Award) – Prism+
- Anugerah Jenama Tempatan Paling Popular (Most Popular Homegrown Brand Partner) – Signature Market
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di

