Ketiak Tampak Mulus, Bersih Tanpa Iritasi Boleh Diperoleh Dengan Mudah. Ini 6 Cara Hasilnya Tanpa Tinggalkan Kesan Hitam.

Share

Banyak cara yang dilakukan hijabi untuk menghilangkan bulu ketiak. Mulai mencukur, membuat rawatan ketiak di salon, hingga rela untuk mengeluarkan wang yang bukan sedikit untuk menghilangkan bulu ketiak secara abadi. Nah buat hijabi yang meras risau dan malu punya bulu ketiak, ada baiknya mengetahui cara bercukur yang tepat.

Mencukur rambut di bahagian ketiak, jika tidak tepat boleh menghasilkan iritasi, area ketiak menghitam, hingga tumbuhnya rambut yang liar. Tidak mahu mengalami kesan tersebut? Ada baiknya kamu semak cara menghilangkan bulu ketiak yang hijabista himpun dari berbagai sumber. Ketiak tampak mulus, bersih tanpa iritasi bisa diperoleh dengan mudah.

1. Lemon, gula, dan madu.

Tak perlu menggunakan pisau cukur, cukup dengan campuran lemon, gula dan madu untuk menghilangkan bulu ketiak. Cara ini sangat bagus untuk menanggalkan bulu ketiak secara cepat. Caranya sangat mudah, campurkan satu sudu makan gula pasir, satu sudu teh madu dan perahan lemon. Kacau hingga rata, kemudian sapukan pada ketiak. Biarkan selama 30 minit. Bersihkan dengan kain panas secara berlawanan dengan pertumbuhan bulu ketiak. Kemudian bilas bersih dengan air sejuk.

2. Kapur sirih

Sebelum menggunakan bahan ini pastikan bahwa kulit tidak sensitif, kerana kandungan dalam kapur sirih bersifat panas. Kandungan seperti kadinen, karkavol, kavinol, dan zat samak memiliki khasiat baik untuk kesihatan dan kecantikan.

Cara menggunakan kapur sirih untuk mencukur adalah campurkan satu sudu makan kapur sirih dengan air lemon. Kacau hingga rata kemudian sapukan pada ketiak yang sudah dibersihkan. Biarkan selama 30 minit, lalu bilas dengan air hangat.

3. Lemon dan timun.

Kombinasi dua buah ini ternyata mampu menanggalkan bulu ketiak secara cepat. Cara menggunakan, parut timun, lalu campurkan parutan timun tersebut dengan perasan lemon. Gaul sehingga rata, kemudian sapukan pada ketiak dan biarkan selama 15 minit. Lalu bersihkan dengan air hangat.

4. Limau nipis

Jika kamu ingin membuang bulu ketiak secara alami dan berperingkat, anda boleh menggunakan limau nipis secara rutin dan jadikan sebagai pengganti deodoran. Caranya, belah limau nipis menjadi dua, lalu gosokkan pada ketiak. Lakukan secara rutin untuk hasil maksimal.

5. Betik muda, kunyit, dan lidah buaya.

Menggunakan betik muda, kunyit dan lidah buaya untuk membuang bulu ketiak boleh memberikan dua khasiat sekaligus. Campuran tersebut boleh menghilangkan bulu ketiak sekaligus memutihkan ketiak. Caranya cukup mudah, campurkan betik muda yang sudah dihaluskan, kunyit dan lidah buaya. Campuran tersebut gaul hingga rata dan gunakan pada ketiak. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas.

Gabungan betik, kunyit, dan lidah buaya untuk mencegah pertumbuhan rambut ketiak. Kandungan papain dalam betik boleh mencegah pertumbuhan rambut sehingga bulu ketiak tidak akan tumbuh lagi. Bagi kamu yang memiliki kulit sensitif jangan risau, kerana betik selamat digunakan.

6. Kunyit dan air mawar.

Kunyit dan air mawar boleh untuk memutihkan ketiak. Kandungan kurkumin pada kunyit merupakan antioksidan kuat yang menutralkan radikal bebas. Jika tidak ada air mawar, boleh gantikan dengan susu. Cara menggunakannya, sediakan 1/4 gelas potongan kunyit, tiga sudu air mawar atau susu. Kemudian campurkan jadi satu dan gaul sehingga rata. Bersihkan ketiak dan sapukan ramuan tersebut, biarkan selama 30 minit. Bersihkan dengan tuala yang telah direndam air hangat.

Published by
SH