Ketara Sungguh Foto SEBELUM & Selepas Suami Isteri Ini Turunkan BERAT Badan. Ini Yang Mereka Buat Untuk HASIL Menakjubkan!

Share

Kebiasannya kaum wanita sahaja yang begitu mengambil berat mengenai proses menurunkan berat badan atau berdiet. Maklumlah ini kerana mereka memang obses untuk kelihatan cantik dan bertubuh langsing. Tetapi kisah yang berlaku di Indiana ini adalah sebaiknya. Pasangan suami isteri, Lexi Reed dan Danny yang mengalami pertambahan berat badan berlebihan mengambil keputusan untuk sama-sama berjuang menurunkan berat badan.

Pasangan ini mengambil keputusan untuk diet menurunkan berat badan kerana ingin menjalani hidup bersama selamanya. Dengan semangat yang kuat, pasangan ini akhirnya berjaya menurunkan berat badan sehingga 36kg dalam masa hanya 12 bulan. Sebelum itu Lexi memiliki berat sekitar 219 kg manakala Danny pula memiliki berat badan mencecah 127kg.

Jom kita intai apa rahsia pasangan ini yang berjaya turun dalam tempoh cukup drastik.

Dalam akaun instagramnya, Lexi membertahu mereka tidak mempunya perancangan pola makan yang tetap ataupun ‘coach’ peribadi yang melatih mereka, sebaliknya keduanya mempunyai semangat untuk bekerja keras setiap hari.

Sebelum ini pasangan ini yang berkahwin tahun 2015 mengambil kira-kira 8,000 kalori setiap hari. Tetapi keduanya kemudian memutuskan untuk berdiet menurunkan berat badan dan berhenti mengambil makanan ringan. Justeru mereka mula memgambil masakan yang dimasak

sendiri di rumah mereka.

Selain menukar tabiat pemakanan, Lexi dan Danny juga semakin rajin bersukan. Mereka akan memperuntukkan masa 5 hingga 6 kali seminggu dan juga turut mengikuti kelas zumba. Dengan perbahan makanan dan cara hidup, pasangan ini akhirnya berjaya menurunkan berat badan separuh dari berat asal hanya dalam masa 12 bulan.

Malah Lexi sendiri turut mengalami perubahan drastik. Tubuhnya yang gemuk dengan berat badan mencecah 219 kg erjaya diturunkan sehingga 138 kg hanya dengan menukar kebiasaan tabiat pemakanan dan rutin olahraga. Lexi berjaya membuang 81 kg untuk mendapatkan berat badan ideal daripada sebelumnya.

Kisah yang dikongsi di laman sosial ini nyata menjadi inspirasi kepada orang ramai. Dia kini sudah memiliki follower lebih dari 500 ribu di akaun instagramnya. Ramai yang cukup terinspirasi dengan kisahnya dan perjuangan Lexi menurunkan berat badan.

Dalam hal ini Lexi sebenarnya cukup berterima kasih kepada suaminya. Danny adalah insan yang memberi motivasi terbesar pada dirinya. Malah suaminya itu tetap mencintai dirinya sejak dia bertubuh gemuk hinggalah sekarang sudah kurus. Bukan itu sahaja, dia turut terharu dengan kesanggupan suaminya yang turut sama-sama mengamalkan proses diet sehingga mendapat berat ideal.

Jika dilhat proses diet pasangan ini cukup simple dan boleh dilakukan untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan. Apa yang penting, lakukan ia secara rutin dan konsisten.

ARTIKEL BERKAITAN: Diet Rendah Kalori Berjaya Turunkan Berat Badan Gadis Ini

Selain itu komitmen dan kerja keras ditunjukkan mampu mengubah keadaan kita jadi sebaliknya. Ketepikan dulu rasa ingin ‘makan’ untuk sementara, sebaliknya gantikan perasaan ‘ingin berubah’ demi insan yang kita sayang.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM FATGIRLFEDUP

 

Published by
Siti Zurina