Sebagai seorang wanita, anda tentu akan mengoles gincu pada bibir. Gincu bibir ini ibarat item solekan yang wajib ada dalam beg tangan setiap wanita. Barulah wajah tampak lebih berseri. Tetapi, masalah yang sering dihadapi adalah untuk memilih warna gincu yang sesuai mengikut tona kulit anda. Pastikan anda tahu tona kulit anda terlebih dahulu sebelum membeli gincu baru. Ini tip yang mungkin membantu anda.
Buat hijabi yang memiliki tona kulit cerah, rona gincu terbaik adalah rona nude. Rona nude seperti pic atau merah jambu memang sesuai untuk anda. Elak daripada memilih rona coklat gelap dan burgundy. Sesekali, tampil dengan rona merah agar tampak lebih anggun dan seksi.
Hijabi yang memiliki tona kulit ini sesuai dengan kebanyakan warna gincu. Rona coral merupakan warna yang terbaik untuk anda. Selain itu, rona bronze
dan warm pink juga sesuai dengan tona kulit ini. Cuma, sebaiknya elakkan memilih gincu rona coklat dan ungu kerana ia akan membuatkan wajah anda tampak lebih pucat.Rona nude, oren dan merah jambu merupakan rona pilihan yang paling sesuai untuk anda dan boleh dipakai setiap hari. Merah antara warna yang perlu dielakkan untuk tona kulit anda. Selain itu, elakkan juga memakai rona ungu dan kuning kerana ia akan membuatkan wajah anda tampak seperti sedang sakit.
Sekiranya anda memiliki tona kulit ini, gincu bibir rona coklat, plum atau merah merupakan pilihan yang terbaik. Untuk waktu siang, anda boleh memilih rona coklat karamel atau pic. Manakala, untuk waktu malam pula anda boleh cuba mengoles rona merah wine.