Baru-baru ini kita dapati ramai yang demam, batuk, selesema dan sakit tekak. Pastinya kita akan memikirkan ianya adalah jangkitan Covid-19. Akan tetapi, terdapat demam influenza yang semakin meningkat kesnya! Jom ketahui cara untuk membezakan jenis demam influenza dan demam biasa.
Demam biasa pastinya mempunyai simptom tersendiri iaitu demam, pening kepala, selesema, batuk, sakit tekak, hidung berair dan sakit badan. Diingatkan influenza juga mempunyai simptom yang sama. Kedua-dua demam biasa dan demam influenza mempunyai simptom yang sama iaitu berpunca dari virus.
Selalunya perbezaan yang ketara untuk mengetahu demam biasa atau demam influenza adalah jenis virus adalah berlainan. Demam biasa atau demam selesema biasa adalah berpunca dari virus rhinovirus yang mempunyai 3 jenis utama iaitu A,B dan C. Dikatakan, mempunyai lebih 160 subjenis yang boleh menjejaskan tubuh badan manusia. Ini bermaksud, anda boleh mendapat jangkitan banyak kali.
Bagi demam influenza pula, berasal dari virus influenza sendiri. Virus influenza ini terdiri daripada jenis A,B,C dan D. Virus A pada influenza ini merupakan agen utama jadi ianya paling kerap ditemui. Ia adalah virus H1N1 dan H3N1.
Cara membezakan jenis demam
Menurut laman sesawang Hellodoktor, untuk anda membezakan demam biasa dan demam influenza ini agak sukar kerana simptomnya lebih kurang. Hanya keputusan ujian makmal yang khusus dapat membantu untuk membezakannya.
Artikel Berkaitan: Musim Hujan Punca Badan Mudah Demam, Legakannya Dengan 5 Jenis Makanan Yang Mudah Ini!
Secara dasarnya, demam influenza selalunya lebih teruk dan berlaku secara tiba-tiba berbanding demam biasa. Demam biasa dianggap ringan dan datang secara beransur dan tidak mengejut. Dibawah ini adalah perbezaan ketara yang anda boleh perhatikan sekiranya terjadi kepada anda:
Akhir kata, penyakit apa pun anda perlu berhati-hati terutama sekali apabila penyakit tersebut jenis mudah dijangkiti. Teruskan untuk mengamal gaya hidup sihat. Berjumpa dengan doktor sekiranya anda ingin mengetahui tentang sakit yang sedang anda alami. Jangan lupa untuk makan ubat walaupun ada yang tidak suka!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://www.youtube.com/watch?v=AvdEvtDsPT4&list=PLwTVJflD5bmFi9sVgQNWUsljGWP6IdR1h&index=4
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sabun Cuci Baju Boleh Menyebabkan Alahan Dan Boleh Meragut Nyawa Anda
Isi Kandungan
ToggleTerdapat banyak jenis alahan yang berada di muka bumi ini. Akan tetapi yang paling kerap didengari adalah alahan terhadap makanan seperti kacang, kerang. Tetapi, tahukah anda objek yang berada di sekeliling juga boleh menjadi punca alahan?
Ramai yang tidak tahu bahawa alahan berlaku apabila sistem imun yang memberi tindak balas kepada bahan atau makanan yang selalu tidak berbahaya. Alahan akan memberi signal kepada sel-sel antibodi yang mengenal pasti alergen sebagai sesuatu yang berbahaya walaupun pada dasarnya ia hanyalah objek biasa.
Setiap orang mempunya alahan yang berbeza seperti alahan terhadap bahan atau makanan yang berbeza-beza. Malah reaksi yang akan di hadapi juga berlainan setiap individu. Antara reaksi alahan adalah hidung berair, bersin, rasa gatal-gatal dan diserang anafilaksis. Anafilaksis adalah reaksi di mana alergi yang boleh mengancam nyawa seseorang itu.
Artikel Berkaitan: Jerawat Timbul Punca Alergi Dan Alahan Kacang. Hilang Nikmat Makan Kuah Kacang!
Punca-punca alahan
1. Barang-barang perhiasan
Tahukah anda, barang kemas yang murah atau berwarna perak biasanya diperbuat dariapada nikel, iaitu sejenis besi yang boleh menyebabkan pemakainya mengalami ruam gatal-gatal. Malah, alergi nikel ini selalu terjadi apabila pesakit memakai anting-anting atau barang kemas lain.
Nikel juga terkandung di dalam objek seperti duit syiling, zip seluar dan telefon bimbit. Rangka cermin mata juga sama.
2. Telefon bimbit atau tablet
Individu yang mempunyai alahan pada besi selalunya akan mengalami masalah menggunakan telefon bimbit atau tablet mereka. Apa yang bakal terjadi adalah, mereka akan mengalami ruam pada kawasan muka, telinga dan tangan sekiranya mereka kerap menggunakan telefon bimbit.
Cara yang terbaik buat mereka yang mempunyai reaksi alahan tersebut adalah menjauhkan diri daripada objek-objek tersebut. Selain itu, anda digalakkan mengguna pelindung plastik pada telefon bimbit. Anda juga boleh mengurangkan sentuhan dengan menggunakan mod freehand pada telefon bimbit anda.
3. Butang seluar
Butang seluar dikategorikan sebagai alergi nikel kiga kerana butang seluar diperbuat daripada besi. Jadi, jika anda sering merasakan gatal-gatal sekitar pusat ini mungkin penyebabnya!
Kalau ini merupakan masalah reaksi alergi, anda boleh cuba untuk memisahkan butang tersebut dengan memakai lapisan lain pada seluar anda. Sebagai contoh, pakai singlet untuk mengalas bahagian besi.
4. Alahan pada lipas dan tikus.
Salah satu punca alahan rhinitis dan asma adalah kerana lipas dan tikus yang berkeliaran di rumah anda. jika jumlah makhluk perosak ini berada di rumah anda besar kemungkinan ahli keluarga anda yang mempunyai alergi rhinitis akan terkesan.
Punca utama yang menyebabkan alahan ini adalah, anda tidak sedar akan kewujudan najis, sel kulit, bulu atau air kencing binatang ini. Apabila ia kering, ia merebak ke seluruh rumah anda dengan jisim yang lebih ringan. Selain itu, jangan rasa bebas sekiranya rumah anda tiada binatang ini kerana kemungkinan ia boleh berlaku pada jiran-jiran anda yang mengalami infestasi.
5. Sabun basuh baju
Di dalam sabun baju terdapat sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan ruam pada kanak-kanak atau orang dewasa. Pewangi, pewarna dan bahan pengawet boleh menyebabkan alergi.
Selain itu, ada juga yang akan terasa gatal-garal apabila terkena sabun basuh baju. Malah, sabun basuh baju juga boleh menyebabkan individu tersebut mengalami kegatalan walaupun tidak menyentuhnya secara langsung. Ruam gatal juga boleh terjadi jika kulit anda terdedah pada pakaian yang tidak basuh atau kotor.
7. Alat solek dan Skincare
Bahan kimia yang terdapat dalam alat solek, losen dan pelindung matahari juga boleh menyebabkan ruam pada muka. Malah, ruang ini akan naik pada kawasan yang terjejas selepas sejam atau dua selepas pendedahan.
Dermatitis sentuh berlaku disebabkan alat solek boleh diperiksa oleh doktor. Berjumpalah dengan ahli dermatologi dengan secepat mungkin untuk mengenal pasti bahan yang menyebabkan sensitiviti pada kulit anda.
Akhir kata, banyak sebab yang boleh menyebabkan benda di sekeliling kita yang boleh menyebabkan alahan. Sabun mandi hinggalah serangga semuanya boleh berupaya untuk mencetuskan reaksi alergi jika kita tidak berhati-hati.
Artikel Berkaitan: Bibir Merekah & Mengelupas Boleh Disebabkan Alahan Pada Makanan Tertentu Selain Kurang Minum Air & Cuaca
Pastikan anda menjauhkan diri daripada menyentuh objek yang boleh menyebabkan alergi jika tersembunyi seperti ini. Pastikan anda sentiasa peka ketika menggunakan objek disekeliling anda setiap hari.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rawat Kurap Pada Kulit Sebelum Parah, 7 Bahan Sedia Ada Di Rumah Selamatkan Keadaan
Isi Kandungan
ToggleKurap, juga dikenali sebagai Dermatophytosis, adalah sejenis kulat kulit yang cepat menular yang patut menjadi kebimbangan setiap individu yang menghadapinya. Mereka yang dijangkiti tidak mendapatkan rawatan, jadi teruskan membaca untuk memastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan jika anda pernah menghadapi situasi seperti ini pada masa hadapan.
Senarai beberapa remedi yang boleh anda gunakan terus di rumah. Adalah penting untuk diingat bahawa walaupun pada hakikatnya setiap ubat ini telah dikaji dengan baik, anda masih perlu berunding dengan doktor sebelum merawatnya di rumah. Jika anda mempunyai sejarah jangkitan kulit atau kulat, tetapkan temu janji dengan pakar dermatologi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Cuka Epal
Ciri-ciri anti-kulat cuka epal boleh membantu anda merawat kegatalan dan kekeringan kurap anda. Kandungan dalam cuka sari apel yang tidak ditapis mengawal pertumbuhan yis dengan meneutralkan pH.
Cara mengguna:
- Sapukan cuka epal pada bahagian yang dijangkiti menggunakan kapas yang direndam di dalamnya.
- Ulangi proses sehingga 3 kali sehari.
- Bilas selepas 15 minit jika anda keluar atau jika jangkitan berada di kawasan yang berpeluh.
Kunyit
Kunyit terkenal dengan sifat anti-radangnya. Komponen yang terdapat dalam kunyit dipanggil curcumin dipercayai mempunyai sifat anti-mikrob.
Cara mengguna:
- Gunakan kunyit dalam teh atau gunakannya dalam penyediaan hidangan anda.
- Menggunakan kunyit secara langsung akan lebih berkesan terhadap jangkitan kulat.
- Campurkan dengan air atau minyak kelapa dan sapukan pes pada kawasan yang dijangkiti.
- Biarkan selama mungkin sebelum membilasnya.
Nota: Penggunaan kunyit boleh menjadikan kulit anda kelihatan kuning, tetapi jangan risau kerana ia akan hilang dalam beberapa hari.
Ekstrak Daun Neem
Azadirachta indica, juga dikenali sebagai “Neem” oleh kaum India, telah dianggap sebagai penyahtoksik antikulat dan semulajadi yang wajib di India selama beratus-ratus tahun. Ekstrak Azadirachta indica mampu menyingkirkan patogen utama dan dermophytes dari kulit anda.
Cara mengguna:
- Rebus daun neem dalam air selama beberapa minit.
- Basuh kawasan yang dijangkiti menggunakan air.
- Jangan rebus terlalu lama atau gunakan daun neem terus pada jangkitan kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.
Minyak Kelapa
Minyak kelapa mengandungi sejumlah asid lemak yang membantu dengan jangkitan dengan merosakkan membran sel kulat. Ubat yang berkesan hanya dalam kes jangkitan kulit ringan dan sederhana.
Cara mengguna:
- Sapukan minyak kelapa ke kawasan yang dijangkiti 3 kali sehari.
- Gunakannya selama beberapa minggu walaupun selepas jangkitan hilang dan menggunakan minyak kelapa sebagai pelembap mungkin merupakan cara yang berkesan untuk mencegah sebarang jangkitan pada masa hadapan.
Minyak Oregano
Minyak oregano mengandungi timol dan carvacrol yang boleh menghentikan pertumbuhan kulat.
Cara mengguna:
- Sentiasa gunakan minyak oregano yang dicairkan pada kawasan yang dijangkiti.
- Sapukan sehingga 3 kali sehari.
Nota: Pastikan anda mendapat minyak oregano liar (Origanum Vulgare) kerana kebanyakan minyak oregano di pasaran mempunyai oregano biasa (Origanum marjoram).
Bawang putih
Bawang putih adalah idea yang paling biasa untuk merawat jangkitan di hampir setiap isi rumah. Sangat berkesan terhadap kurap, serta terhadap Trichophyton, Torulopsis, Candida, dan Cryptococcus.
Cara mengguna:
- Jangan sapukan pes bawang putih mentah terus pada kulat. Ia boleh menyebabkan kerengsaan selama berjam-jam.
- Campurkan pes bawang putih dengan minyak zaitun atau minyak kelapa.
- Sapukan salutan nipis pes ke kawasan yang dijangkiti menggunakan bola kapas atau sehelai pakaian yang bersih.
- Simpan selama 2 jam sebelum anda membilasnya.
- Ulangi dua kali sehari, sehingga anda melihat peningkatan.
Minyak Pokok Teh
Minyak ini mempunyai sifat antibakteria dan anti-kulat minyak pokok teh selama berabad. Pada masa kini, ia adalah produk yang biasa digunakan yang berkesan dalam rawatan jangkitan kulat. Ia menyahtoksik kawasan yang dijangkiti dan mengurangkan keradangan.
Cara mengguna:
- Buat pencairan 2% minyak pokok teh dengan minyak kelapa.
- Sapukan 3 kali sehari ke kawasan yang dijangkiti.
Nota: Jika anda tidak mempunyai kulit sensitif, anda boleh menggunakannya terus pada kawasan yang dijangkiti.
Perkara yang perlu dielak supaya tak dijangkiti:
- Pastikan kulit anda bersih dan kering.
- Pakai kasut yang membolehkan udara beredar dengan bebas di sekeliling kaki.
- Cuba elakkan tempat seperti pancuran mandian umum dan bilik persalinan. Jika anda tidak mempunyai pilihan, pastikan memakai kasut yang sesuai.
- Tukar stokin dan seluar dalam setiap hari.
- Jangan keluar dengan pakaian yang ketat pada hari yang panas.
- Elakkan berkongsi barangan seperti tuala, stokin, seluar dalam, cadar dan sebagainya.
- Pastikan mencuci tangan anda selepas menyentuh haiwan.
- Mandi sejurus selepas bersenam.
- Pastikan jari dan kuku kaki anda dipotong dan bersih.
Perkara yang perlu dilakukan jika anda sudah dijangkiti:
- Cuba pastikan kulit kering dan sebersih mungkin. Gunakan tuala lembut untuk membersihkannya dan pastikan anda tidak menggunakan tuala yang sama lagi pada mana-mana bahagian badan yang lain.
- Elakkan memakai seluar jeans, seluar atau seluar dalam yang ketat. Gunakan kain yang tidak merengsakan kulit. Pakaian yang longgar dan fabrik yang lebih berkualiti mengurangkan geseran jika jangkitan di antara peha atau di ketiak.
- Sekiranya anda tidak dapat mengelak daripada memakai seluar jeans yang ketat atau fabrik yang sesuai, letakkan pad kapas buatan tangan di antara peha atau di bawah ketiak. Ia mengurangkan geseran dan kerengsaan.
- Sangat gatal tetapi cuba elakkan sebarang calar kerana ia memburukkan lagi jangkitan.
- Jangan gunakan minyak wangi atau agen pencuci pada pakaian anda apabila anda dijangkiti kerana ia boleh merengsakan kulit anda dengan lebih teruk.
- Tukar pakaian anda setiap hari dan bersihkan kawasan yang dijangkiti sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sehari.
Walaupun dalam kes kurap yang paling teruk, ia hilang dalam 2 minggu hingga 20 hari. Tetapi jika ia tidak hilang walaupun selepas tempoh masa yang dicadangkan, berjumpa dengan pakar kulit.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Instafamous Bella AlYahya Kongsi Video Nak Kekal Awet Muda Seperti Arwah Umminya Dengan Guna Tomato
Kesibukan bekerja kini menyebabkan kita tidak begitu mementingkan penjagaan kuit wajah. Akibatnya wajah akan menjadi kusam, tidak berseri hingga menyebabkan ada yang nampak lebih tua dari usia sebenar.
Bagi pemilik jenama Bella Ammara, Syarifah Nabilla Al Yahya, atau dikenali Bella ini seorang yang begitu menjaga kecantikan kulit wajahnya.
Seperti orang lain dia juga pernah mengalami masalah jerawat tetapi pesanan arwah uminya supaya menjaga kulit wajah.
Arwah ibunya merupakan sumber inspirasi untuknya mementingkan penjagaan wajah.
Menurut Bella walaupun usia umminya ketika itu sudah 40 tahun, tetapi ramai yang ingat dia adalah kakak.
Bagi Bella lagi semua insan dilahirkan cantik tetapi cara pemakanan dan penjagaan kulit wajah memainkan peranan sangat penting.
Tambah Bella lagi jika seseorang itu memang cantik tetapi tidak jaga dari awal lama-lama kulit akan cepat berkedut, naik jeragat, jerawat dan banyak lagi masalah kulit lain.
Apatah lagi faktor gaya hidup dan cuaca yang juga penyumbang kepada punca masalah kulit.
Artikel Berkaitan: Kongsi Tip Jadi Jutawan Muda & Bina Empayar Sendiri
Justeru ibu muda ini menyarankan bagi mereka yang tidak ada masa boleh membuat ‘face spa’ di rumah dengan melakukan skrub menggunakan tomato.
Skrub ini adalah untuk menghilangkan kotoran atau menanggalkan sel kulit mati. Selain dibuat skrub, tomato juga boleh dimakan begitu sahaja.
Bella tidak lokek berkongsi cara membuat face mask menggunakan tomato di laman sosialnya.
Tomato ini dicampur dengan madu atau minyak zaitun dan boleh juga dibuat dalam bentuk ais atau cara lain.
Dalam video yang ditonton ramai follower Bella ini menunjukkan cara paling senang dan murah untuk membuat paper face mask.
Caranya hanya menggunakan kertas tisu dan tomato. Ini kerana bahagian tomato memang berair dan boleh terus sahaja sapu dan lekap pada wajah.
A post shared by Belle Al-Yahya (@bellealyahya) on
Cara ini sangat senang dan menurut Bella boleh dibuat ketika sedang melihat televisyen atau sebelum tidur. Hasilnya kulit akan jadi lembap dan licin.
Dia juga turut berpesan kita kena rajin untuk mendapat kulit yang cantik. Dia juga menasihatkan agar membuat face mask ini sebulan sekali jika masa terluang.
Selain rajin membuat face spa di rumah, Bella juga turut mengamalkan minum air kosong untuk menjaga kecantikan dirinya.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM BELLA ALYAHYA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI