Wanita perlu cakna tentang keperluan kulit masing-masing. Ini kerana, krim mata sahaja didatangkan dengan pelbagai tujuan dan fungsi. Sesetengah krim mata diformulasi untuk mengurangkan garis-garis halus dan kedutan, ada pula yang lain membantu mengatasi ‘panda eyes’ dan kantung mata.
Justeru, untuk memudahkan Hijabi menggunakan krim mata yang sesuai mengatasi masalah-masalah di bahagian mata atau zon-T, Hijabista menyenaraikan jenis dan ciri krim mata yang sesuai mengikut usia. Jom semak!
Usia 20-an
Di awal usia 20-an merupakan masa emas buat kulit wanita. Tetapi perlu diingat, keanjalan kulit akan terus menurun dari tahun ke tahun. Oleh itu, gunakan krim yang mengandungi bahan-bahan semulajadi atau botanikal untuk memberikan rasa segar, mencegah dan mengurangkan garis halus akibat dehidrasi pada kulit.
Usia 30-an
Masalah kulit yang sering dihadapi oleh wanita usia 30-an adalah tekstur kulit yang tidak sekata, garis halus yang mula menonjol, dan warna kulit pada kelopak mata yng cenderung menjadi lebih gelap.
Bagi mengatasi masalah ini, Hijabista mengesyorkan agar hijabi menjadikan penggunaan krim mata sebagai rutin atau rejim harian. Tetapi disarankan memnggunakan krim mata yang mengandungi antioksida dan pencerah (brightener) untuk menghalang kemunculan pigmentasi kulit secara berlebihan.
Artikel berkaitan: Krim Mata Rahsia Nampak Awet Muda, Dari Mata Turun Ke Hati
Usia 40-an
Di usia ini, tanda penuaan kian terlihat jelas. Agar kulit dia area mata tetap tegang dan anjal, anda digalakkan menggunakan serum mata yang teksturnya lebih ringan tetapi lebih efektif daripada krim mata. Pilih serum mata yang mempunyai fungsi memudarkan garis halus dan kaya dengan kolagen untuk merawat keanjalan dan kelembapan kulit.
Dah tau kan bagaimana memilih krim mata sesuai mengikut usia masing-masing? Sebelum membeli produk, amati terlebih dahulu kandungan yang terdapat dalam krim mata. Berikut beberapa bahan yang WAJIB ada dalam krim mata:
Kafein: Membantu mengecilkan pembuluh darah dan mengurangkan mata bengkak.
Peptides: Membantu meningkatkan kadar kolagen.
Antioksidan: Melindungi kulit dari sinar pancaran Ultraviolet dan mencegah kerosakan kolagen.
Brightener: Memudarkan kantung mata.
Silicone atau Dimethicone: Menghaluskan permukaan dan tekstur kulit.
Retinoid atau Retin A: Mengatasi kedutan dan kerosakan akibat sinaran matahari.
Artikel berkaitan: Elak Bahagian Bawah Mata Berkedut & Berkawah, Ini Pilihan Krim Mata Yang Boleh Disapu Barulah Nampak Awet Muda
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI