Kecantikan

Ketahui Jenis Jerawat Yang Menjadi Tetamu Tanpa Diundang Sebelum Merawatnya. No 4 Paling Ditakuti Hijabis

Share

Jerawat merupakan masalah kulit yang popular kalangan hijabi yang baru datang haid, tetapi sekarang jerawat datang bagaikan tetamu tidak diundang. Semua orang tidak suka dengan jerawat kerana ia memberi masalah besar pada muka khususnya. Bahkan, jerawat ini membuatkan seseorang hilang keyaknan diri.

Bagi hijabis pula, mereka menganggap ia sebagai musuh utama dalam kehidupan mereka. Sebabnya, jerawat suka muncul secara tiba-tiba, seolah-olah ia boleh menghantui diri. Pelbagai penjagaan muka dan pendedahan alam sekeliling dan juga faktor hormon juga boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat.

Jadi, jika anda mengalami masalah jerawat, anda juga harus tahu tentang jenis jerawat yang menimbulkan masalah kepada muka anda dan cara untuk anda mengatasinya. Hal ini kerana ia akan memberi kesan tindak balas yang buruk jika anda tersalah menggunakan sesuatu produk untuk atasi jerawat itu.

Di sini terdapat 5 jenis jerawat yang anda perlu tahu dan tips untuk mengatasinya :

Jerawat non-inflamasi (tidak meradang) terdiri dari:

1. Whiteheads – (tertutup)

Whitehead

Merupakan kumpulan minyak dan sel-sel kulit mati yang bercampur dan menyumbat pori-pori, dan memerangkap sebum (minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati tapi pori-porinya belum terbuka.  Menyebabkan paparan putih ini muncul di atas permukaan kulit muka anda.

 

2. Blackheads (terbuka)

Blackhead

Kumpulan minyak dan sel kulit mati yang terbuka dan teroksidasi akibat udara sehingga berwarna hitam. Warna hitam itu bukan disebabkan oleh kotoran tetapi disebabkan oleh pigmen kulit-melanin yang bertindak balas dengan oksigen di udara.

Jerawat inflamasi (jerawat meradang) terdiri dari:

3. Papule

Papule

Blakheads yang tidak terubati dan terinfeksi dengan bakteria dan kemudian meradang. Ia merupakan sejenis jerawat radang kulit dan ia kelihatan seperti benjolan lembut yang kemerah-merahan.

4. Pustule

Pustule

Jerawat kelihatan seperti bintik merah yang meradang yang tidak terubati. Di tahap ini jerawat sudah terlihat nanahnya seperti jerawat matang.

5. Nodule

Jerawt Batu

Dikenali juga sebagai jerawat batu. Jika pori-pori tersumbat dan bakteri asudah masuk ke lapisan paling bawah maka membentuk jerawat nodule. Ini adalah sejenis jerawat yang kronik juga jika tidak dirawat dari awal. Ia juga sangat menyakitkan dan kadang-kadang ia muncul agak lama selama berbulan-bulan. Jerawat ini yang menjadi penyumbang kepada parut berlubang dan trauma yang teruk serta luka pada permukaan kulit.

Jadi kenali jenis jerawat yang menjadi tetamu tidak diundang di wajahmu. Jangan biarkan jerawat menghilangkan keyakinan anda. Sekiranya anda menghidapi sebarang masalah ‘breakout’ dan cara mengatasinya, boleh kongsi pengalaman anda dengan hijabista.

Published by
SH