Kalau berkunjung ke bazar Ramadan, memang banyak pilihan air dari bermacam warna dan perasa ada dijual. Memang tak sah kalau tak singgah beli. Selain daripada air lemon pudina dan laici asam boi yang sentiasa menjadi pilihan di bulan puasa, air katira pun boleh buat kecur air liur!
Tahun ini memang tak merasalah hendak pergi ke bazar Ramadan memandangkan kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tapi tidak mengapa. Kalau ada yang teringin hendak minum air katira, kita boleh cuba resipi perkongsian Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
PKP ni terasa seperti bulan Ramadan pula. Di Johor, minuman yang sentiasa popular di bazaar Ramadan adalah Air Katira. Ramai peniaga jual, tapi sebahagian besar guna resepi tangkap muat. Hari ni kita buat resepi asli Johor.
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar katira
1 sudu besar biji selasih
3 biji kurma
3 biji kembang semangkuk
4 biji badam
4 helai daun pandan
4 sudu besar gula
1 liter susu segar
*untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500ml
CARA MEMBUAT:
Sumber kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Hilangkan White Head & Black Head, Syaratnya Kena Konsisten
Selain jerawat, masalah yang sering menepek di kulit wajah adalah white head dan black head. Oleh kerana sifatnya yang kecil menyebabkan sukar untuk dilihat dengan mata kasar. Malah adakalanya ia boleh menyebabkan kegatalan di sekitar wajah dan boleh buat kita tak senang duduk. Perkongsian wanita ini yang memberi petua semula jadi membuat masker bagi menghilangkan masalah ini yang cukup mudah dan bajet.
Menurut Cik Oya petua ini perlu diamalkan secara konsisten. Dan hasilnya kelak akan membuatkan kulit bebas jerawat, jeragat dan menjadi licin.
Ini rutin penjagaan kulit cik oya yang murah. Tapi hasilnya wow.
Amalkan selalu dan konsistan. Kulit akan bebas jerawat, jeragat dan licin.
Langkah 1,
Wap muka dengan air panas bersama lemon.
Langkah 2,
Buang Segala white head dan black head yang menutup liang roma.
Langkah 3,
Lakukan mask scrub yang saya kongsikan ini mengikut keselesaan kau orang. Scrub ini boleh lakukan 2 hari sekali jika perlu.
Semoga bermanfaat hujung minggu kau orang dengan aktiviti yang mampu memberi kesan yang positif kepada diri.
Ini hasilnya setelah hampir dua bulan memakai masker ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Acah ‘Mat Salleh’, Che Ta Sedih Lihat Umat Islam Main Dengan Anjing Di Hari Krismas!
Isi Kandungan
TogglePelakon jelita dan juga usahawan inai, Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa dengan panggilan Che Ta baru-baru ini menzahirkan rasa sedih dan kurang senang dengan kelakuan orang melayu beragama Islam yang menyambut hari Krismas pada 25 Disember lalu.
Menurut Che Ta golongan ini terlalu berusaha mahu ‘acah-acah mat salleh’ dengan tanpa segan silu menyambut perayaan itu sambil bermain dengan anjing meskipun agama Islam melarang menyentuh haiwan berkenaan.
Sedih Tengok Orang Melayu ‘Acah’ Jadi Orang Putih
Perkara tersebut dimaklumkan isteri kepada aktor kacak Zain Saidin itu, menerusi satu hantaran di laman Instastory miliknya tengah malam tadi.
“Sedihnya bila tengok orang Melayu ni acah-acah nak jadi orang putih, nak sambut Krismas, main-main dengan anjing, walaupun beragama Islam!,” Tulis Che Ta
Moga Allah Kurniakan hidayah Kepada mereka
Sehubungan itu, ibu kepada Aisyah Dhia Rana itu juga berkesempatan menitipkan doa agar individu-individu ini kelak akan mendapat hidayah kurniaan Allah SWT.
“Allahuakbar.. Moga ada hidayah lah untuk mereka..” Tulisnya lagi.
Artikel berkaitan: Belum Sampai Hujung Bulan, Poket Dah Kering? Jom Amalkan Tips Jemput Rezeki Ni!
Untuk rekod, isu artis dikecam kerana meraikan sambutn hari Krismas turut terpalit kepada penyanyi, Nourul Depp yang baru-baru ini tindakannya itu telah menjadi perdebatan hingga menerima kritikan hebat dari netizen, selepas berkongsi momen berkenaan di media sosial miliknya.
Bagaimanapun, Nourul menjelaskan bahawa dia dan keluarganya sekadar meraikan kegembiraan dengan memberi hadiah sahaja, memandangkan kedua-dua mentuanya juga tidak lagi terlalu mengamalkan ajaran Kristian.
Artikel berkaitan: Travel Dengan Penuh Bergaya! Ikuti Lima Tips Agar Hijabi Kekal Patuh Syariah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
30 Tahun Menetap Di Bumi Asing, Saintis Muslimah Ini Bangga Bila Hijab Rekaannya Dipakai Polis Wanita UK
Isi Kandungan
ToggleWalaupun berada di luar negara, namun tidak membataskan anak Melayu yang merantau mencari rezeki di sana untuk membanggakan nama Malaysia. Seperti kisah wanita ini, Dr Eliesmaziah Alias, 45 tahun yang boleh tersenyum bangga kerana mampu mencipta nama di bumi asing, iaitu United Kingdom, (UK) apabila tudung rekaannya menjadi pilihan untuk dipakai polis wanita di negara berkenaan.
Tudung rekaan sesuai dipakai polis wanita Muslim di UK
Menurut Dr Eliesmaziah atau lebih mesra dipanggil Dr Elies, idea untuk mencipta hijab yang digunakan polis wanita UK bermula ketika beliau bertemu berjumpa beberapa polis dalam satu pameran di UK.
“Ketika itu saya lihat uniform mereka dan beritahu material begini tak sesuai untuk anggota polis. Lalu saya berbincang dengan mereka dan dari situ bermulalah perbincangan seterusnya dengan pihak atasan.
“Ternyata tudung sukan jenama MoreSlim rekaan saya digunakan untuk polis wanita Muslim mereka yang biasa tetapi mereka meminta saya membantu untuk design hijab yg sesuai untuk polis wanita Muslim unit taktikal.
“Design saya juga banyak kali digunakan sebagai experiments antara pihak polis UK. Yang ini tudung lain dan sangat istimewa. Dan saya juga benar-benar berharap dapat membantu polis, askar dan anggota keselamatan lain di Malaysia pula satu hari nanti,” ujarnya ketika dihubungi secara dalam talian.
Sudah 30 tahun berhijrah ke UK
Beliau dan keluarga yang kini sudah 30 tahun berhijrah ke UK dan tinggal di Manchester. Menceritakan detik penghijrahannya di sana, Dr Elies berkata bermula sebaik tamat peperiksaan SPM dan mengambil A Level di sana.
“Pada asalnya saya ke UK setelah peperiksaan SPM untuk mengambil A level seterusnya meneruskan pengajian dalam bidang perubatan. Tetapi kemudiannya berpindah ke Mechanical Engineering sebelum meneruskan pula pengajian dalam MSc dalam bidang Medical Engineering.
“Setelah keputusan cemerlang, saya kemudiannya ditaja oleh kerajaan UK dan beberapa small companies untuk membuat PhD Biomaterial and Biomedical Engineering. Project student saya juga telah mendapat anugerah di Institute of Mechanical Engineering.
“Kemudian saya menjadi Research Scientist di universiti dan bekerja dengan pakar bedah untuk mencipta alatan bagi pembedahan dan material untuk ditanam dalam tubuh manusia. Projek terakhir saya sebelum berhenti merupakan develop a sensor untuk detect penyakit jantung,” tambahnya yang kini senang dengan tuganya sebagai founder/owner Instant Hijabs UK selain menguruskan hal keluarga.
Wanta Muslim berilmu dipandang tinggi masyarakat di sana
Menurutnya juga walaupun sudah lama tinggal di sana namun tiada kekangan dalam berhijab dan hidup sebagai wanita Muslim di rantau orang.
Malah menurutnya apa yang penning adalah pembawaan diri. Baginya Muslimah yang cerdik dan berpendirian adalah lebih dihormati.
“Saya dah tinggal di luar negara nak dekat 30 tahun. Sepanjang saya tinggal di sini, belajar di kolej, universiti dan bekerja di universiti, belum pernah lagi saya bertemu dengan soal diskriminasi pelajar kerana mereka bertudung.
“Seseorang pelajar itu akan berjaya sekiranya mereka menunjukkan prestasi pembelajaran yang baik, mengambil bahagian dalam sistem pendidikan dengan aktif (bukan hanya duduk diam. Ini kerana pakai tudung tak semestinya jadi tunggul kayu tak bercakap kalau cikgu tanya soalan). Ramai pelajar cemerlang yang terdiri dari mereka yang menutup aurat dengan betul.
“Saya juga sering mengetuai meeting bersama syarikat-syarikat dan penyelidik-penyelidik, dengan orang putih sekeliling dan saya seorang wanita Muslim bertudung di hadapan. Tiada masalah dan paling penting kita berilmu,” cerita Dr Elias lagi yang juga bergelar isteri kepada seorang doktor perubatan dan mempunyai tiga cahaya mata.
Mula belajat jahit di bilik sebagai kerja sambilan
Beliau yang berasal dari Melaka ini juga turut menjelaskan mula belajar menjahit dalam bilik jahit sebagai kerja sambilan.
“Saya peniaga kecil, atau orang panggil start-up. Saya bermula tanpa bantuan dari mana-mana agensi setahun yang lalu. Mula belajar jahit di bilik jahit sendiri dan hanya saya buat sebagai part time.
“Bermula dari situ saya mula terfikir untuk mengisi career break saya. Jadi atas kapasiti yang agak terbatas saya telah mengeluarkan dalam 1000-2000 helai tudung. Tetapi sekarang saya telah mendapat jalan, lebih banyak dalam production disebabkan banyak permintaan. Alhamdulillah saya bersyukur atas rezeki kurniaan Allah ini,” tambahnya lagi yang memberitahu syarikatnya juga telah menerima anugerah baru-baru ini.
“Baru-baru ini syarikat saya telah mendapat shortlisted as one of the finalist for start-up business of the year, di majlis prestijious Islam Channel Business awards 2019 yang telah berlansung di London.
“Saya sangat-sangat bersyukur dalam banyak start-up business di UK ini kami terpilih dan dalam majlis tersebut kami merupanya satu sahaja syarikat Melayu yang memasuki peringkat akhir,” jelasnya yang hanya menjalankan bisnes secara online.
Penghantaran percuma sekitar UK
Dan dalam masa sama juga turut menawarkan khidmat penghantaran percuma sekitar UK. Kebanyakan pembeli hijab keluaran syarikatnya adalah dari UK, Eropah dan juga Australia.
Sebagai orang baru yang berjinak-jinak dalam bisnes hijab ini Dr Elies turut memberi pesanan cukup berguna.
“Sebagai seorang saintist dalam bidang biomaterial, saya memang berhasrat memberi khidmat saya kepada Muslimah dengan ciptaan yang berkualiti, yang dikaji dan sesuai untuk keselesaan.
“Saya juga amat berharap agar komuniti kita menghormati hak cipta dan penat lelah orang lain. Pengalaman saya pertama kali memasarkan produk ke Malaysia, saya berasa sungguh kecewa apabila mandapat tahu beberapa peniaga yang tidak beretika meniru hasil cipta orang lain tanpa segan silu.
“Perkara ini tidak ada di barat. Untuk menjadi masyarakat yang maju dan mempunyai daya saing dan inovasi, kita sebagai masyarakat sepatutnya membidas perkara ini dan tidak menyokong mereka. Dan amatlah malang sekali, mereka menganiaya peniaga dari kalangan seagama mereka,” tegasnya yang mahu menjadi seorang Muslimah yang pandai dalam menilai.
Pesannya jangan jadi hamba fesyen
“Saya ingin Muslimah jadi pandai dalam menilai. Jangan jadi hamba fesyen. Kadang-kadang cantik tidak semestinya sesuai. Kenali kualiti bukan benda yg menjadi ikutan. Sayangi dan hormati diri sendiri dan jadilah seorang yang kuat.
“Motto hidup saya adalah selalu memberikan segala yang terbaik dalam segala pekerjaan kita. Saya ada anak semasa belajar, tapi kita kena kuat hadapi segalanya,” ujarnya lagi yang juga merupakan mantan Pengetua Sekolah Komuniti Malaysia Manchester.
Tudung MoreSlim yang boleh dibeli menerusi laman web www.instanthijabs.co.uk itu dilancarkan di London pada April 2018. Ataupun boleh melayari laman facebook Page MoreSlim Malaysia bagi yang berminat untuk mendapatkan sport hijab ini.
KREDIT FOTO: FACEBOOK & INSTAGRAM DR ELIESMAZIAH
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI