Semua orang pasti ada pengalaman jerawat ‘tumbuh’ di muka kan. Pasti stress apatah lagi sekarang ini musim konvokesyen, tak tenang hidup rasanya bila jerawat menjelma di saat-saat begini. Bertenang sis! Ada banyak cara untuk menghilangkannya tapi jangan ikut cara yang salah pula tau.

Di twitter, Shazmie Nadziri telah berkongsikan 7 kesilapan yang biasa kita lakukan untuk merawat jerawat.

Kesilapan Merawat Jerawat Yang Anda Selalu Lakukan. Ini Krim Terbaik Untuk Semua jenis Kulit.

Diet pemakanan ada kena mengena tau.

Kesilapan Merawat Jerawat Yang Anda Selalu Lakukan. Ini Krim Terbaik Untuk Semua jenis Kulit.

Haaaa… yang ni mesti ramai buat!

Kesilapan Merawat Jerawat Yang Anda Selalu Lakukan. Ini Krim Terbaik Untuk Semua jenis Kulit.

10 KRIM TERBAIK UNTUK MERAWAT JERAWAT

Fungsi krim jerawat untuk mengurangkan atau melambatkan kadar pertumbuhan jerawat. Gunakan produk yang diformulasi dengan bahan-bahan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Ikuti senarai dibawah untuk mengetahui kebaikan krim jerawat ini;

1. OXY 5 Acne Pimple Medication

Kesilapan Merawat Jerawat Yang Anda Selalu Lakukan. Ini Krim Terbaik Untuk Semua jenis Kulit.
PIC: Watsons

Krim jerawat dari drugstore – menghalang penghasilan minyak di wajah

Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat yang masih boleh dicegah dengan perawatan sempurna. Krim ini bebas daripada bahan kimia merbahaya dan tidak mengandungi haruman. OXY 5 Acne Pimple Medication mengandungi 5% Benzoyl Peroxide yang berfungsi untuk membunuh bakteria dalam jerawat pada kulit serta liang pori dengan pantas dan berkesan. Berfungsi untuk menyeimbangkan minyak semulajadi yang berlebihan pada wajah dengan membantu mencegah pertumbuhan jerawat.

2. Aiken Tea Tree Oil Pimple Cream

Kesilapan Merawat Jerawat Yang Anda Selalu Lakukan. Ini Krim Terbaik Untuk Semua jenis Kulit.
PIC: Shopee Malaysia

Mengandungi bahan semulajadi untuk kulit sensitif

Krim dari Aiken ini mengandungi minyak Tea Tree (Melaleuca alternifolia) untuk membantu melindungi kulit dari jerawat secara semula jadi tanpa mengelupaskannya seperti krim jerawat lain. Krim bebas minyak ini amat sesuai untuk jenis kulit yang berminyak dan sensitif.

Dirumus khas untuk menyembuhkan kulit jerawat serta menghilangkan minyak berlebihan, mengawal kesan sinar (matte effect) dan menapis liang pori dari tersumbat. Tekstur krim ini mampu untuk menembusi jauh ke dalam lapisan kulit agar kelihatan lebih jelas dengan kemasan matte.

3. Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Blemish X-Press

Kesilapan Merawat Jerawat Yang Anda Selalu Lakukan. Ini Krim Terbaik Untuk Semua jenis Kulit.
PIC: Shoppe

Merawat pertumbuhan jerawat di badan

Krim perawatan dari Cosmoderm ini sangat terkenal di kalangan pengguna yang mempunyai kulit bermasalah seperti jerawat dan parut. Ianya dapat mengurangkan jerawat, blackheads dan whiteheads sekaligus tanpa menyebabkan kulit anda menjadi kemerahan. Dengan formula unik daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan, krim ini dapat menghapuskan kesan jerawat dalam masa yang singkat.

Ads

Sapukannya setiap hari untuk mendapatkan hasil kulit lebih pantas dan gunakan pada waktu malam sebelum tidur. Tidak sesuai untuk kulit sensitif kerana bahan kandungannya mungkin akan menyebabkan radang kulit dan menjadi lebih bermasalah.

4. Hiruscar Anti Acne Spot Gel

Kesilapan Merawat Jerawat Yang Anda Selalu Lakukan. Ini Krim Terbaik Untuk Semua jenis Kulit.
PIC: Watsons

Menghilangkan kesan parut jerawat

Gel lutsinar krim jerawat ini dapat menyelesaikan masalah kulit jerawat dalam beberapa kali sapuan. Ia mengandungi asid Salicylic untuk memulihkan kulit dari masalah jerawat dan membantu mencegah kadar pertumbuhan jerawat, mengecutkan saiz jerawat dan memperbaiki masalah kulit dengan cepat tanpa membuatkan kulit wajah terasa pedih.

MPS mengekalkan kelembapan kulit dengan tambahan Vitamin C, ia membantu mencegah jerawat serta kesannya. Diperkaya dengan ekstrak semula jadi untuk mengurangkan keradangan, kemerahan dan kesakitan pada kesan jerawat.

5. Clinelle Blemish Clear

Kesilapan Merawat Jerawat Yang Anda Selalu Lakukan. Ini Krim Terbaik Untuk Semua jenis Kulit.
PIC: Clinelle

Boleh digunakan semasa menjalani aktiviti luar

Krim anti-cela ini yang bertindak untuk memyembuhkan kulit akibat jerawat secara berkesan, tidak menjadikannya iritasi. Dengan mengandungi agen pembersih yang berkuasa untuk mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan dan mengalakkan peredaran mikro untuk pembaharuan sel.

Ekstrak botani semulajadi yang terdapat dalam krim ini membantu merangsang penyembuhan dan pembaharuan sel-sel kulit. Pro Vitamin B5 dan asid Salicylic membantu memelihara kulit dari pertumbuhan jerawat dan cela. Tiada lagi masalah jika anda berjemur dibawah terik matahari sepanjang hari.

Ads

6. Himalaya Herbals Acne & Pimple cream

Kesilapan Merawat Jerawat Yang Anda Selalu Lakukan. Ini Krim Terbaik Untuk Semua jenis Kulit.
PIC: Shopee

Sesuai untuk kegunaan kulit wajah kaum lelaki

Krim ini bukan sahaja dapat menghapuskan kesan jerawat, malahan menyembuhkan serta mencegah masalah kulit bermasalah. Dengan mengandungi Silk cotton tree, sifat astringen dan penyejuk yang terdapat dalam krim ini berfungsi untuk mengawal kadar pertumbuhan jerawat di masa hadapan. Diperkaya dengan Aloe Vera dan Five-Leaved Chaste Tree yang bertindak untuk menyembuhkan, melembutkan kulit serta mengurangkan keradangan. Kaum adam yang masih mencari krim yang sesuai? Krim ini pilihan yang tepat.

7. Sendayu Tinggi Acne Cream

Kesilapan Merawat Jerawat Yang Anda Selalu Lakukan. Ini Krim Terbaik Untuk Semua jenis Kulit.
PIC: Carousel

Rawat jerawat ketika waktu tidur

Produk krim jerawat dari brand lokal, Sendayu Tinggi ini dapat merawat liang pori dan menyeimbangkan minyak semulajadi pada wajah. Krim jerawat ini dirumus khas dengan pelbagai bahan semulajadi terbaik seperti ekstrak pegaga, timun, Chamomile, daun Saponaria, daun Camellia, likuoris, lidah buaya, Mulberi, Rosemary, dan minyak Lavender untuk merawat jerawat.

Krim ini dapat mengurangkan kemerahan, radang kulit, menggalak pertumbuhan semula kulit serta memutihkannya.Gunakan pada waktu malam untuk mendapatkan hasil lebih berkesan.

8. Skin & Lab Dr. Spot Clear Don’t Touch Trouble Spot

Kesilapan Merawat Jerawat Yang Anda Selalu Lakukan. Ini Krim Terbaik Untuk Semua jenis Kulit.
PIC: Watsons

Krim ini beri kelembapan sepanjang hari

Krim jerawat dari SKIN & LAB ini berfungsi untuk mencegah dan mengawal jerawat serta sebum daripada terhasil secara berlebihan pada kulit wajah. Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan alami masalah jerawat, krim ini diekstrak dengan 5 tumbuhan semulajadi yang tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit wajah.

Ads

Krim ini bertindak dengan cepat pada cela akibat jerawat juga membantu mengurangkan kemerahan. Ianya juga mampu untuk menghalang kekeringan pada kulit dan meningkatkan kadar penyerapan kelembapan.

9. Uriage Hyeseac A.I Anti Blemish Skin Care

Kesilapan Merawat Jerawat Yang Anda Selalu Lakukan. Ini Krim Terbaik Untuk Semua jenis Kulit.

Krim untuk kulit cenderung jerawat dengan kemasan matte

Krim ini diformulasi dengan BHA, Uriage Thermal Water, Licorice Inflata, Piroctone Olamine dan Regul Complex yang dapat mengurangkan 37% kesan serta parut jerawat dalam masa hanya 2 bulan sahaja. Ianya tidak akan menyebabkan iritasi, kemerahan dan merengsa pada kulit wajah. Terbaik dalam membaikpulih kerosakan dan melindungi cela pada kulit.

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, krim ini bebas minyak, hypoallergenic dan bersifat non-comedogenic. Sesuai untuk anda yang juga alami masalah kulit sensitif.

10. Dr. Murad Outsmart Blemish Clarifying Treatment

Kesilapan Merawat Jerawat Yang Anda Selalu Lakukan. Ini Krim Terbaik Untuk Semua jenis Kulit.
PIC: Murad

Terbaik untuk kulit berminyak

Krim jerawat bertekstur gel sangat ringan ini, diuji secara klinikal dan terbukti mampu mengurangkan jerawat secara keseluruhan dalam hanya masa 1 minggu. Kandungan asid Salicylic dalam krim ini digabungkan dengan pelbagai jenis asid dan glycolic dalam teknologi penta-acid untuk membersihkan kulit dari bakteria.

Terkenal dengan perawatan kulit terbaik, krim dari produk Dr. Murad ini dapat memininumkan masalah jerawat, mengurangkan penghasilan minyak dan sebum berlebihan serta bintik hitam di samping melindungi kulit wajah anda dari kekeringan dan bermasalah.

Senarai produk dicadangkan oleh : productnation

SUMBER PERKONGSIAN: twitter @shazmiejo

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI