Sebelum ini telah pelbagai cara dicuba untuk menghilang kesan kotoran pada sofanya termasuk menggunakan air panas tetapi tetap tidak berkesan. Melalui posting Ayu Roses dilaman Facebooknya, wanita ini berkongsi tentang satu produk span yang sangat berkesan untuk menghilangkan kesan kotoran terutama kotoran pafa sofa.
Wanita ini mendapat idea untuk mencuba Magic Sponge dari kedai Eco setelah membeli span itu di kedai Eco. Akhirnya usaha untuk menghilangkan kesan kotoran itu berhasil dengan menggunakan span tersebut. Ternyata span ini banyak kegunaannya bukan setakat membersihkan bilik mandi.
HIJABISTA: Urusan mengemas rumah akan jadi lebih mudah dan cepat jika kita bijak memilih produk yang sesuai. Tidak perlu keluarkan bajet yang tinggi untuk membeli peralatan yang mahal kerana banyak tersedia produk-produk yang murah tetapi amat berkesan melancarkan urusan di rumah.
Sumber kredit: Ayu Roses via Deco Dengan Kedai Eco