Anda pasti pernah mengalami masalah warna corak batik seluruh kain ‘turun’ warna bukan? Memang rasa sedih dan kecewa apatah lagi jika kain tersebut merupakan kain kesayangan anda atau baru sahaja dibeli.
Nanti! Jangan dibuang pakaian yang mengalami masalah ‘turun’ warna itu. Sebenarnya ada cara untuk menghilangkan kesan tompok-tompok yang ada pada pakaian yang turun warna.
Melalui perkongsian Faryna Mohd Khalis dia berjaya mengatasi masalah pakaian yang ‘turun’ warna dengan beberapa langkah mudah. Hanya menggunakan bahan yang memang sedia ada di rumah.
Paling utama, warna dan corak asal pada kain masih elok dan cantik. Jadi tidak perlulah membazir apabila terjadinya masalah pakaian ‘turun’ warna. Pastinya ramai pernah mengalami masalah ini. Kini, anda mampu mengatasinya dengan mudah!
BAHAN-BAHAN:
Lemon
Sedikit sabun serbuk
Air panas
Air paip
Nota: Kain turun warna milik wanita ini jenis daripada kain kapas. Tidak pasti sama ada jenis kain lain atau material yang jenis nipis sesuai atau tidak untuk direndam dalam air panas)
CARA-CARA:
1. Rendam pakaian yang telah turun warna itu selama lebih kurang 5 hingga 10 minit.
2. Tompokan kesan ‘turun warna’ pada kain terus sahaja hilang di bahagian kain yang putih.
3. Akhir sekali bilas dengan air bersih dan sidai. Mudah sahaja bukan. Jadi selepas ini tiada lagi masalah perlu buang pakaian yang mengalami masalah ‘turun’ warna.
HIJABISTA: Tip ini boleh juga digunakan untuk pakaian warna putih yang mengalami masalah turun warna. Gunakan bahan dan cara yang sama.
Sumber kredit: Faryna Mohd Khalis